Bukan sekadar untuk menjalani hukuman kerana kekhilafan lalu, tempat tinggal di sebalik tembok batu dan tirai besi itu, kini ibarat sebuah 'universiti' yang mencorak masa depan lebih gemilang kepada banduan.
Tinjauan Bernama ke bahagian wanita Penjara Pengkalan Chepa di sini mendapati, banduan sudah mula melakar kehidupan baharu yang lebih bermakna apabila mereka meninggalkan tembok batu dan pagar besi itu kelak.
Ada juga yang tidak sabar untuk kembali ke pangkuan masyarakat dan keluarga tercinta, dengan keazaman mampu mengelak daripada mengulangi perlakuan jenayah yang dilakukan sebelum ini.
Anita (bukan nama sebenar), 35, berkata dia kini mampu membuat kuih termasuk karipap, akok dan kuih talam di samping pelbagai jenis biskut dan kek untuk hari raya.
"Selama menjalani tahanan, saya berjaya mendapat sijil vokasional tahap dua dalam bidang masakan dan apabila bebas saya bercadang membuat kuih dan biskut untuk jualan bagi menampung kehidupan bersama empat orang anak yang masih remaja.
"Seorang rakan yang kini mengusahakan perusahaan kek lapis Sarawak menjadi idola kami untuk menjalani hari tua bersama anak-anak dengan lebih sempurna dan melupakan kisah hitam kerana terbabit dengan jenayah," katanya yang ditahan kerana memiliki dan positif dadah.
Nani (bukan nama sebenar), 35, pula berkata, penjara menjadikannya lebih berkeyakinan dan tenang untuk menghadapi masa depan.
"Saya sudah boleh bersolat dengan bacaan serta tartil lebih sempurna dan sembahyang lima waktu berjemaah mengikut masa ditetapkan.. dahulu sebelum saya menghuni tempat ini, saya jahil dalam mengerjakan suruhan Allah.
"Di sini, saya diajar membaca ayat-ayat suci al-Quran dengan betul dan sepanjang tempoh 15 tahun menjalani hukuman, saya boleh mengajar rakan-rakan lain membaca al-Quran," katanya yang menjalani hukuman kerana membunuh tanpa sengaja.
Sementara itu, Pengarah Penjara Kelantan, Penolong Kanan Komisioner Mat Yaacob berkata, banduan wanita yang menjalani tempoh tahanan melebihi satu tahun melalui empat fasa pemulihan dengan dua daripadanya mendalami bidang agama dan kelas kemahiran diri, masakan dan jahitan.
Katanya, pada fasa pertama, banduan menjalani sesi kaunseling untuk membiasakan diri dengan suasana dan berkenalan dengan rakan-rakan baharu selama dua minggu.
Menurut beliau, setiap banduan yang menjalani pengajian masakan, kimpalan dan perabot diberikan sijil tahap dua vokasional dan boleh menggunakan sijil berkenaan untuk mendapatkan pekerjaan yang sesuai.
"Sejak memulakan kelas masakan membuat kek lapis lima tahun lalu, Penjara Pengkalan Chepa berjaya melahirkan seorang pengusaha kek lapis di Pasir Puteh dan kini tempahan diterima cukup memberangsangkan.
"Kami juga masih memberikan khidmat nasihat kepada pengusaha terbabit supaya dia mampu mendepani semua cabaran semasa," katanya kepada Bernama, di sini hari ini.
Sama seperti penjara lain, Penjara Pengkalan Chepa juga diberikan petunjuk prestasi utama (KPI) untuk dipenuhi sama ada dalam kalangan banduan lelaki mahupun wanita, iaitu bagi tahun 2020, mereka perlu melahirkan 90 banduan yang mendapat sijil kemahiran vokasional Tahap II.
"Kita mampu melahirkan lebih daripada itu, tetapi bengkel yang digunakan hanya mampu menampung 50 banduan dalam satu-satu masa," katanya. - BERNAMA
Bernama
Fri Jun 05 2020

Tempat tinggal di sebalik tembok batu dan tirai besi kini ibarat sebuah 'universiti' yang mencorak masa depan lebih gemilang kepada banduan. - Gambar BERNAMA

Jabatan Kesihatan Melaka tingkat pemantauan, saringan langkah awal kekang kusta
"Setakat ini tiada kes dikesan dalam kalangan penduduk Orang Asli di negeri ini melibatkan 14 perkampungan dengan lebih 2,000 penduduk."

Hubungan dua hala Bangladesh-Malaysia diperkukuh pada Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa
Ahsan menyifatkan Malaysia sebagai model keharmonian dalam kepelbagaian komuniti linguistik.

Teknologi robotik pacu sektor pelancongan kesihatan di Melaka
Upaya memacu sektor pelancongan kesihatan yang menjadi satu daripada subsektor penting dalam industri pelancongan negeri.

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

46 warga Indonesia mangsa pemerdagangan dibawa pulang, termasuk bekas ahli DPRD
46 mangsa pemerdagangan manusia itu datang dari sembilan provinsi dengan majoriti berasal dari Sumatera Utara dan Jawa Barat.

Arab Saudi anjur sidang kemuncak pembinaan semula Gaza
Arab Saudi dijadual menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.

Hamas bebas tiga tebusan, Israel lepas 369 tahanan Palestin
Bas pertama tiba di Ramallah disambut sorakan orang ramai yang mengibarkan bendera Palestin.

Pengampunan banduan: Kemuka permohonan, Agong punyai kuasa prerogatif - Istana Negara
Seri Paduka Baginda juga boleh meremit, menggantung atau meringankan apa-apa hukuman yang telah dijatuhkan oleh mahkamah.

15,807 banduan di Indonesia diberikan pengurangan hukuman sempena Krismas
Pemerintah turut memberikan pengurangan hukuman kepada 166 kanak-kanak dengan tiga daripadanya dibebaskan serta-merta.

Kebanyakan banduan wanita rakyat Malaysia di Thailand terdiri pesalah dadah
Kebanyakan banduan itu ialah wanita berasal dari Kelantan yang tinggal berhampiran negeri bersempadan Thailand.

Banduan gembira, pembebasan awal hadiah Krismas bermakna buat keluarga
Ravi dibebaskan lebih awal menerusi program PBSL Ihsan MADANI yang membolehkannya meraikan Krismas bersama ahli keluarga.

Orang ramai berkumpul di penjara Sednaya, jejak ahli keluarga ditahan
Pertemuan penuh emosi banduan bersama ahli keluarga yang selama ini menyangka mereka telah dihukum mati disaksikan menerusi video itu.

Banduan Islam di penjara Narathiwat dihidang makanan halal - Jurucakap
Enam tahanan Malaysia yang berada di penjara berkenaan berkeadaan baik dan mereka tidak membuat apa-apa aduan setakat ini.

Banduan dipenjara dua tahun rempuh, langgar dua anggota polis
Seorang banduan yang sedang menjalani hukuman penjara atas kesalahan mencuri kereta, hari ini sekali lagi dihukum penjara dua tahun oleh Mahkamah Sesyen kerana merempuh dan melanggar motosikal polis.

Banduan bebas awal terharu diberi pengampunan Agong
Lelaki yang sepatutnya menjalani hukuman penjara 10 tahun itu merupakan satu-satunya banduan di Negeri Sembilan yang dibebaskan awal.

Mahkamah Persekutuan putuskan boleh dengar semakan banduan terima pengampunan hukuman mati
Mahkamah Persekutuan putuskan bahawa ia boleh mendengar semakan semula difailkan banduan yang telah diberi pengampunan bagi hukuman mati.