PUTRAJAYA:Pegawai perkhidmatan awam persekutuan boleh bekerja dari rumah (BDR) jika mendapat arahan daripada kerajaan atau diarahkan ketua jabatan masing-masing melalui pelaksanaan dasar BDR yang berkuat kuasa 1 Jan 2021, kata Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Mohd Khairul Adib Abd Rahman.
Dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan Lima Tahun 2020 bertarikh 21 Dis lepas, beliau berkata pegawai boleh juga bekerja dari rumah jika mendapat kebenaran ketua jabatan masing-masing dan dalam keadaan tertentu, Ketua Setiausaha Negara atau Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam boleh mengarahkan mana-mana pegawai untuk BDR demi kepentingan perkhidmatan.
Pekeliling itu turut menyertakan garis panduan mengenai tujuan dan arahan BDR yang boleh dipertimbangkan iaitu untuk mengurangi atau mengelakkan kerugian, kerosakan atau kemusnahan atas sebab seperti pencemaran alam sekitar, penularan penyakit berjangkit atau bencana alam yang boleh mengancam keselamatan dan ketenteraman awam sama ada di pejabat, premis atau kawasan tempat kediaman.
Situasi yang boleh dipertimbangkan antaranya pegawai tidak dapat hadir ke pejabat kerana kediaman termasuk dalam kawasan dikenakan perintah kawalan pergerakan atau lain-lain tindakan yang menyebabkan pergerakannya terhalang.
Antara sebab lain termasuk pejabat pegawai perlu dikosongkan kerana mengalami serangan kulat atau serangga atau kerosakan struktur atau pejabat pegawai diwartakan oleh kerajaan sebagai pusat kuarantin atau lain-lain kegunaan bagi menangani isu tertentu.
BDR juga boleh dipertimbangkan untuk mengelakkan berlaku kemudaratan, kesukaran atau keadaan serba salah, seperti kehadiran pegawai di pejabat boleh menyebabkan wujudnya percanggahan kepentingan peribadi yang memungkinkan kebocoran maklumat atau membawa penglibatan pengaruh luar.
Ia juga dipertimbangkan bagi mewujudkan keseimbangan dan kesejahteraan antara keperluan agensi dan keperluan pegawai menguruskan hal persendirian dalam situasi pegawai tidak dibenarkan menggunakan kemudahan cuti, contohnya keperluan menjaga anak-anak berusia 12 tahun dan ke bawah akibat penutupan taska atau pusat asuhan kanak-kanak atau sekolah rendah disebabkan, antara lain atas arahan kerajaan
Menurut Mohd Khairul Adib, dasar BDR memperuntukkan pegawai melaksanakan tugas hakiki atau tugas rasmi lain dari rumah pada hari bekerja.
"Ia boleh dilaksanakan sama ada secara penuh atau separuh hari bagi sesuatu tempoh mengikut kesesuaian, tertakluk kepada kepentingan perkhidmatan awam dan diambil kira sebagai hadir bertugas," katanya.
Pegawai yang diarah atau dibenarkan BDR perlu mematuhi peraturan ditetapkan antaranya sentiasa berada di rumah sebagai tempat bekerja dalam tempoh yang ditetapkan dan sentiasa boleh dihubungi dalam tempoh, hari dan waktu bekerja, katanya.
Mohd Khairul Adib berkata pegawai berkenaan juga perlu sentiasa bersedia untuk hadir ke pejabat atau mana-mana lokasi lain yang diarahkan ketua jabatan dalam tempoh yang munasabah.
"Pelaksanaan BDR hendaklah dipastikan tidak akan menjejas atau menyebabkan penyusutan kualiti penyampaian perkhidmatan dan prestasi kerja pegawai. Ketua jabatan hendaklah menetapkan dan memantau pencapaian tugasan pegawai yang BDR," katanya.
Bagi memastikan BDR dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab dan berintegriti, Mohd Khairul Adib berkata pegawai yang diarah atau dibenarkan untuk BDR hendaklah mengemukakan maklumat mengenai alamat rumah sebagai tempat bekerja semasa BDR dan mematuhi semua peraturan yang ditetapkan dalam pekeliling itu.
Menurutnya, dasar BDR diwujudkan sebagai sebagai alternatif cara bekerja baharu dalam perkhidmatan awam dalam usaha berterusan menambah baik sistem penyampaian perkhidmatan awam dan keperluan mengimbangi keperluan tugas dan kesejahteraan pegawai.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 04 2021

Pegawai berkenaan bagaimanapun perlu sentiasa bersedia untuk hadir ke pejabat atau mana-mana lokasi lain yang diarahkan ketua jabatan dalam tempoh yang munasabah. - Gambar fail
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Kadar sewa pejabat Lembah Klang, tahap penghunian dijangka menurun tahun ini
Sentral REIT yang sebelum ini dikenali sebagai MRCB-Quill REIT, berkata ia optimis pemulihan ekonomi tahun ini akan memberi kesan positif kepada pasaran ruang pejabat.

Syarikat, premis tidak patuh arahan kerja dari rumah boleh dikompaun
Syarikat atau premis itu akan diarah tutup serta merta selama tujuh hari dan dikompaun maksimum RM50,000.

Perkhidmatan awam laksana kaedah BDR sepenuhnya - KSN
Mohd Zuki berkata arahan itu tidak termasuk perkhidmatan barisan hadapan, keselamatan, pertahanan dan penguatkuasaan.

KSN gariskan empat pendekatan BDR bagi pejabat kerajaan
Pengoperasian bagi pejabat kerajaan akan dilaksanakan secara hibrid melalui keberadaan di pejabat dan Bekerja Dari Rumah (BDR) menggunakan empat pendekatan.

PKPD: MKN ambil alih kawalan UTM hingga 3 Jun
Segala keperluan asas dan kebajikan seluruh warga kampus UTM Johor Bahru akan diuruskan oleh MKN termasuk agihan makanan dan keperluan khususnya kepada pelajar yang tinggal di kolej kediaman.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita tempatan yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

PKPB: Arahan WFH bertujuan kurangkan pergerakan, interaksi orang ramai - Ismail Sabri
Menerusi arahan Bekerja Dari Rumah, Ismail Sabri berkata, ia berkemungkinan dapat membantu menjayakan usaha memutuskan pandemik COVID-19.

WFH: Cuepacs gesa jabatan patuhi arahan kehadiran bertugas
Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menggesa semua ketua jabatan untuk mematuhi arahan kehadiran bertugas pada tahap maksimum 30 peratus.

Maksimum 30 peratus pekerja sektor awam dibenar masuk pejabat
Bermula 22 Oktober 2020 sehingga tamat tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat, maksimum 30 peratus pekerja sektor awam sahaja dibenarkan berada di pejabat.

Kerajaan pertimbang teruskan pelaksanaan kerja dari rumah bagi penjawat awam
Mohd Zuki berkata, ia memerlukan kajian lebih terperinci bagi memastikan ia dapat menepati hasrat pelaksanaannya.