PUTRAJAYA: Penjawat awam dikehendaki melengkapkan program pembelajaran AI Untuk Rakyat, sebagai langkah memastikan peningkatan kesedaran mereka terhadap penggunaan teknologi termaju.
Perkara itu dinyatakan dalam surat edaran "Pelaksanaan program 'AI Untuk Rakyat' Dalam Kalangan Penjawat Awam' bertarikh 17 Jan 2024 yang ditandatangani Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz.
Menurut surat edaran berkenaan, perkara itu terpakai untuk semua penjawat awam di peringkat kementerian, jabatan, agensi Persekutuan, kerajaan negeri, Pihak Berkuasa Berkanun Persekutuan, Pihak Berkuasa Berkanun Negeri dan pihak berkuasa tempatan.
"Penglibatan penjawat awam dalam Program AI Untuk Rakyat dilihat berupaya meningkatkan pencapaian pelaksanaan inisiatif pendigitalan oleh kerajaan dalam perkhidmatan awam," demikian menurut surat edaran itu.
Program AI Untuk Rakyat ialah program pembelajaran secara dalam talian selama empat jam dan penjawat awam dikehendaki melengkapkan program pembelajaran itu bagi memperoleh lencana 'AI Aware' dan 'AI Appreciate'.
"Laporan penyertaan program AI Untuk Rakyat di peringkat organisasi masing-masing hendaklah dikemukakan kepada Kementerian Ekonomi melalui e-mel [email protected].
"Sesalinan laporan itu juga hendaklah dikemukakan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) melalui e-mel [email protected]," menurut surat edaran itu.
Berdasarkan surat yang dimuat naik menerusi laman Facebook rasmi JPA hari ini itu, program AI boleh dicapai menerusi portal AI Untuk Rakyat melalui pautan www.ai.gov.my.
Surat edaran itu juga menyatakan sebarang pertanyaan mengenai penggunaan portal AI Untuk Rakyat boleh dikemukakan terus kepada pihak MyDIGITAL Corporation (MYDC) yang akan memberikan maklum balas sewajarnya terhadap setiap pertanyaan pengguna menerusi alamat e-mel [email protected] seperti yang tertera dalam portal itu atau e-mel [email protected] atau menghubungi talian 03-88618282.
Selasa lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim melancarkan program AI Untuk Rakyat dan menyasarkan sejuta pengguna menjelang akhir tahun ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 21 2024

Perkara itu dinyatakan dalam surat edaran "Pelaksanaan program 'AI Untuk Rakyat' Dalam Kalangan Penjawat Awam' bertarikh 17 Jan 2024 yang ditandatangani Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz (foto). -Gambar fail/Bernama

Kerajaan peruntuk RM16.21 juta bagi pembangunan Orang Asli di Johor
Peruntukan menerusi JAKOA itu meliputi pelaksanaan pelbagai program ekonomi, keusahawanan, bantuan perumahan, pembangunan infrastruktur.

ATC 2025: Skuad Malaysia capai sasaran pingat
Sebelum ini, Mohd Harnizam meletakkan sasaran tiga pingat tanpa mengira warna bagi kejohanan itu.

Persatuan Pandu Puteri lahirkan pemimpin bermoral tinggi - Tunku Azizah
Baginda bertitah, pengadaptasian sahsiah nilai murni tidak boleh dipandang mudah kerana ia melengkapkan kriteria sebagai seorang pemimpin.

Ibu tiga anak maut, dipercayai dibunuh kekasih
Dalam kejadian itu, mangsa yang menyewa di rumah dua tingkat itu bersama kekasihnya sejak lima bulan lalu, ditemukan terbaring atas katil.

ATC 2025: Sawda pecah rekod remaja Asia, raih emas ujian masa 1km
Sawda mencatatkan satu minit 10.818s untuk memperbaharui rekod yang dicipta atlet Taiwan Liu Shang Ying (1:12.722s) pada pusingan kelayakan.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
Abdul Rashid berkata masalah kekurangan bekalan kelapa bukan hanya berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia berikutan musim melawas.

KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Landskap penyiaran Pakistan berdepan cabaran getir
Untuk menangani isu itu, penyiar mesti mengutamakan ketepatan dan pengesahan sebelum menyiarkan sebarang maklumat kepada khalayak.

Presiden DR Congo Tshisekedi tolak dialog dengan pemberontak M23
Felix Tshisekedi berkata, gabungan kerajaannya tidak seharusnya terpengaruh oleh ketegangan dalaman dan manipulasi dari luar.

Konflik Rusia-Ukraine boleh berakhir 'minggu ini' - Jurucakap Rumah Putih
Donald Trump yakin dengan keupayaannya untuk merundingkan perjanjian dengan Rusia bagi menamatkan konflik Ukraine.

Kerajaan mohon gantung keputusan pelarasan pencen pesara, kiraan ambil masa
Kerajaan memfailkan permohonan untuk menggantung keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan semakan kehakiman berhubung pelarasan bayaran pencen pesara.

Lima penumpuan utama jayakan Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam - KPPA
Lima penumpuan utama digariskan dalam Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam (ARPA) bagi merealisasikan pembaharuan perkhidmatan awam yang lebih telus, berintegriti dan diyakini.

Titah Diraja: JPA tumpu lima inisiatif utama perkukuh perkhidmatan
JPA menumpukan lima inisiatif utama bagi memperkukuh perkhidmatan awam sebagai tunjang utama pentadbiran negara selaras Titah Diraja Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.

Pusingan Kerja Petugas Kaunter semua kementerian bermula hari ini
Langkah ini selaras dengan matlamat reformasi perkhidmatan awam untuk mewujudkan sistem kerja yang lebih dinamik serta responsif kepada keperluan rakyat.

JPA dalam proses tambah baik MyPPSM, tingkat pengurusan kewangan peribadi pegawai awam - KPPA
Jabatan Perkhidmatan Awam dalam proses menambah baik Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia untuk memasukkan modul pengurusan kewangan peribadi.

Pertukaran petugas kaunter dilaksana secara berfasa, elak urusan rakyat terjejas - KPPA
Ia selaras dengan arahan KSN mengenai dasar penggiliran kerja bagi penjawat awam yang bertugas di kaunter lebih lima tahun.

SSPA: Kerajaan komited pastikan tiada mana-mana skim sektor awam dipinggirkan
Kerajaan komited memastikan tiada mana-mana skim dalam sektor awam dipinggirkan daripada Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA).

Tiada peluang kedua opsyen SSPA
Tiada peluang kedua atau tempoh tambahan akan diberikan kepada penjawat awam yang tidak menandatangani opsyen Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA).

PPS SSPA ditubuh beri penjelasan tepat, elak kekeliruan penjawat awam - KPPA
Pusat Panggilan Setempat SSPA yang ditubuh JPA bertujuan memberi penjelasan tepat bagi mengelak kekeliruan berlegar dalam kalangan penjawat awam.

Penjawat awam perlu tambah baik sistem penyampaian kepada rakyat - KPPA
Penjawat awam diseru menambah baik sistem penyampaian perkhidmatan kepada rakyat selaras ganjaran dan keprihatinan kerajaan terhadap mereka dalam Belanjawan 2025.