KUANTAN: Seorang penjawat awam bersama 11 wanita warga asing ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/1963 dalam pemeriksaan ke atas dua rumah sewa di Lorong Galing, Taman Imbi di sini pada Ahad.
Lelaki berusia dalam lingkungan 40-an itu didapati tinggal bersama dan disyaki terlibat melindungi wanita tersebut.
Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen) Pahang dalam satu kenyataan berkata, wanita warga asing tersebut didapati melakukan beberapa kesalahan termasuk masuk dan tinggal di negara ini tanpa pas perjalanan sah serta tinggal lebih masa.
Menurut kenyataan itu, siasatan mendapati, dua rumah sewa itu dijadikan tempat tinggal wanita tersebut yang dipercayai turut terlibat dalam aktiviti tidak bermoral.
"Kegiatan tersebut berjaya dibongkar dalam pemeriksaan Ops Patuh di kawasan tersebut yang disertai 21 pegawai penguat kuasa Imigresen Pahang diketuai Ketua Timbalan Penolong Pengarah Imigresen, Jeffri Nasir.
"Dalam pemeriksaan bermula jam 5 petang hingga 7.30 malam itu turut menemui minuman keras di ruang tamu rumah berkenaan," kata kenyataan itu pada Selasa.
Jelas kenyataan itu, semua wanita warga asing yang ditahan dibawa ke Depot Imigresen Kemayan untuk tujuan siasatan lanjut di bawah Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/1963.
"Penjawat awam itu pula disiasat di bawah Seksyen 56(1)(d) akta yang sama kerana sengaja memberi perlindungan kepada orang yang diketahui melanggar peruntukan Akta Imigresen1959/1963," katanya.
Artikel asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Aug 10 2021
Antara wanita warga asing yang ditahan dalam pemeriksaan Ops Patuh dijalankan Imigresen Pahang ke atas dua rumah sewa di Taman Imbi di Kuantan pada Ahad lalu. -Foto Sinar Harian
Operasi pengusiran: Komuniti imigran di AS resah
Pentadbiran Donald Trump mengarahkan pihak berkuasa untuk melakukan sekurang-kurangnya 1,800 penangkapan pendatang tanpa izin setiap hari, menyebabkan komuniti imigran gelisah dan tidak dapat hidup tenang.
Gencatan senjata: Rakyat Palestin bersiap terima rawatan di luar negara
Nariman Shekshek gembira anakanya akan menerima rawatan, namun dia menyuarakan kebimbangan untuk meninggalkan anak-anaknya yang lain.
Mayat, sisa pesawat kecil terhempas berselerakan
Pada masa sama, rakaman video oleh saksi turut menunjukkan mayat serta anggota badan berselerakan di jalan serta dalam rumah berdekatan.
Agensi PBB akan terus beri bantuan kepada Gaza
UNRWA tidak menerima sebarang arahan rasmi daripada pihak berkuasa Israel tentang bagaimana mereka merancang untuk melaksanakan larangan tersebut.
Barangan runcit dan lembu seludup bernilai lebih RM700,000 dirampas
Batalion 9 Pasukan Gerakan Am (PGA9) berjaya menumpaskan kegiatan penyeludupan lembu dan barangan runcit dengan nilai rampasan keseluruhan sebanyak RM706,750 dalam dua serbuan berasingan.
Pembelian 30 pesawat pejuang dari Kuwait dimuktamad tahun ini
Pembelian 30 pesawat pejuang jenis F/A-18C D Hornet terpakai dari Kuwait dijangka dimuktamadkan tahun ini.
Jawatan presiden, timbalan presiden mungkin tak dipertandingkan
PKR berkemungkinan tidak akan mempertandingkan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden pada pemilihan parti yang dijadual berlangsung pada Mei ini.
JDT ke final Piala Malaysia, singkir Terengganu FC dengan agregat 6-1
Skuad bimbingan Hector Bidoglio membawa bekalan selesa 4-0 daripada aksi separuh akhir pertama pada 17 Jan lepas.
10 Berita Pilihan - (1 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas 1 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 1 Februari 2025
1️⃣ Amaran ribut petir, hujan lebat
2️⃣ NADMA diminta terus pantau kesiapsiagaan
3️⃣ Tiga warga Israel, 183 Palestin dibebaskan
#awaniringkas
1️⃣ Amaran ribut petir, hujan lebat
2️⃣ NADMA diminta terus pantau kesiapsiagaan
3️⃣ Tiga warga Israel, 183 Palestin dibebaskan
#awaniringkas
Bau busuk bawa kepada penemuan mayat wanita
Wanita tersebut dipercayai meninggal dunia akibat komplikasi jantung, kanser, dan kencing manis.
Wanita warga asing maut ditikam
Seorang wanita warga asing ditemukan mati dengan beberapa kesan tikaman di Flat Taman Indah, Batu Maung, semalam.
Polis tahan 48 individu termasuk wanita warga asing dalam Op Noda
Polis menahan enam lelaki tempatan dan 42 wanita warga asing dalam Op Noda yang dijalankan di enam premis hiburan sekitar bandar raya ini, pada Jumaat lepas.
13 GRO warga asing ditahan disyaki salah guna dokumen perjalanan
Seramai 13 wanita warga asing yang bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) ditahan di empat pusat hiburan sekitar Jalan Chulan, pagi tadi.
Pusat hiburan diserbu, GRO bersama pengurus ditahan
Seorang pengurus pusat hiburan serta 15 wanita warga asing yang disyaki bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) ditahan dalam serbuan di sebuah kelab malam di Jalan Raja Chulan di sini pada Sabtu.
Wanita warga asing antara ditahan disyaki edar dadah dalam pek makanan segera
Kesemua suspek ditahan kira-kira 12 tengah malam dan polis turut merampas sejumlah dadah jenis Methamphetamine bernilai RM503,520.
42 'gadis kalung bunga' kena tahan
Seramai 42 wanita termasuk 40 warga Thailand serta dua masing-masing warga Indonesia dan Mynamar yang disyaki bekerja sebagai 'gadis kalung bunga' dicekup di Johor.
Wanita warga asing ditahan cuba ragut rantai leher pengunjung kuil Batu Caves
Wanita warga asing ditahan selepas cuba meragut rantai leher milik seorang wanita warga emas dalam kejadian berhampiran kuil Batu Caves, petang semalam.
Imigresen Johor tahan 51 PATI termasuk 23 tukang urut wanita
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Johor menahan 51 pendatang asing dalam beberapa operasi di sekitar daerah ini dan Batu Pahat, semalam.
Polis tahan wanita warga asing berhubung kes tetak lelaki di Ayer Tawar
Polis menahan seorang wanita warga asing yang dipercayai menetak kepala kenalannya yang ditemukan mati di ladang sawit berdekatan kilang papan di Ayer Tawar, Manjung semalam.