Penjenayah rasuah paling dikehendaki di Indonesia, Djoko Soegiarto Tjandra, yang 11 tahun melarikan diri, akhirnya ditahan di Malaysia dan dibawa pulang ke Jakarta pada Khamis lepas.
Menurut media Indonesia, penangkapan Djoko, 68, itu adalah menerusi kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM), yang membantu mengesan suspek pada petang 30 Julai dan dibawa pulang pada malam hari menjelang sambutan Aidiladha.
Tiada butiran terperinci berkenaan tempat tangkapan itu dilakukan.
"Kami berjaya menangkapnya pada hari Khamis petang," kata Ketua Agensi Siasatan Jenayah Polis Indonesia Listyo Sigit Prabowo, seperti dipetik media tempatan selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Perdana Halim Kesuma di Jakarta bersama suspek pukul 10.39 malam waktu Indonesia Barat.
Listyo Sigit turut menyampaikan ucapan penghargaan kepada PDRM yang bekerjasama membantu menahan Djoko.
Djoko dibawa pulang dengan pesawat khas disewa polis Indonesia, yang berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang.
Djoko pertama kali ditangkap pada September 1999 kerana terlibat dalam kes rasuah Bank Bali yang berprofil tinggi.
Bagaimanapun beliau dibebaskan oleh Pengadilan atau Mahkamah Negeri Jakarta Selatan pada 2000.
Kesnya kemudian dibawa ke Mahkamah Agung dan beliau dijatuhi hukuman penjara dua tahun dan denda Rp546 miliar (USD54 juta).
Namun, Djoko melarikan diri ke Papua New Guinea sehari sebelum keputusan mahkamah dan sejak itu dilaporkan telah menetap di beberapa negara termasuk Malaysia.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Aug 01 2020

Polis Indonesia mengiringi Djoko Tjandra (tengah) yang tiba di lapangan terbang di Jakarta, 30 Julai, 2020, selepas ditangkap di Malaysia. (AFP)
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Penjenayah rasuah paling dikehendaki di Indonesia ditahan di Malaysia
Penangkapan Djoko itu adalah menerusi kerjasama PDRM, yang membantu mengesan suspek pada petang 30 Julai dan dibawa pulang pada malam hari menjelang sambutan Aidiladha.