KEPALA BATAS:Padah mencabul seorang remaja perempuan, penjual aiskrim warga Pakistan cedera dipukul oleh penduduk di Taman Seri Indah, Kepala Batas di sini.
Kejadian dipercayai berlaku ketika suspek berusia 25 tahun itu menjual aiskrim kepada mangsa yang berusia 14 tahun dan adik perempuannya berusia enam tahun, di hadapan rumah mereka pada jam 4.45 petang Rabu lalu.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor, berkata suspek dipercayai mula menyentuh tubuh mangsa menyebabkan remaja itu terkejut.
"Ketika mangsa sedang memilih aiskrim di dalam tong ais, secara tiba-tiba suspek dikatakan memegang bahunya sehingga menyebabkan dia terkejut dan mengundur ke belakang.
"Ketika mangsa ingin membayar, suspek bertindak memegang tangan mangsa lalu cuba menciumnya," katanya dalam satu kenyataan, pada Sabtu.
Beliau berkata, mangsa dan adiknya yang ketakutan berlari masuk ke kawasan rumah dan menutup pintu pagar, namun suspek masih cuba memanggilnya keluar sambil menunjukkan sejumlah wang. Dia bagaimanapun beredar apabila mangsa enggan keluar.
Menurut Noorzainy, suspek yang datang untuk menjual aiskrim di kawasan itu keesokan harinya, telah dipukul oleh orang awam yang berang dengan perbuatannya itu.
"Polis yang tiba di lokasi mendapati suspek cedera di bahagian mulut," katanya.
Noorzainy berkata, suspek dibawa ke Hospital Kepala Batas (HKB) untuk rawatan sebelum ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan Akta Imigresen 1959 kerana kesalahan tiada dokumen perjalanan yang sah.
Terdahulu, tular satu klip video berdurasi dua minit 33 saat di media sosial memaparkan seorang lelaki warga asing dipukul seorang lelaki kerana didakwa mencabul remaja perempuan.
Dewi Nur Harasha Alias
Sat Oct 17 2020
Suspek yang datang untuk menjual aiskrim di kawasan itu keesokan harinya dipukul oleh orang awam yang berang dengan perbuatannya. -Gambar media sosial
Hampir 200,000 pelarian Syria pulang sejak kejatuhan Assad - PBB
Antara 8 Disember hingga 16 Januari, kira-kira 195,200 rakyat Syria telah kembali ke negara asal mereka.
Trump beri amaran: “Kekacauan besar akan berlaku jika gencatan senjata di Gaza gagal”
Bakal Presiden AS itu beritahu Benjamin Netanyahu "teruskan apa yang perlu dilakukan."
Tebusan Israel, banduan Palestin hadapi masalah kesihatan “kompleks” – Ketua WHO
Kedua-dua pihak kemungkinan besar menghadapi dan akan terus menghadapi cabaran kesihatan "kompleks" yang mungkin mengambil masa bertahun untuk diatasi.
TH nafi zalimi bakal haji, akui akan ambil tindakan undang-undang
Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menafikan tuduhan institusi kewangan Islam itu menzalimi bakal haji melalui tawaran haji musim 2025M/1446H.
Kemalangan: 70 maut, 56 cedera lori tangki minyak meletup di Nigeria
Sekurang-kurangnya 70 orang maut dan ramai lagi cedera dalam kejadian letupan lori tangki minyak yang terbalik di negeri Niger, Nigeria, pada hari Sabtu.
Mahkamah Korea Selatan sambung tempoh tahanan Yoon 20 hari
Mahkamah Korea Selatan pada Ahad melanjutkan tempoh penahanan Presiden Yoon Suk Yeol sehingga 20 hari.
PM Anwar sambung lawatan kerja ke Belgium dua hari
Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan lawatan kerja ke Belgium pada 19 dan 20 Januari ini sebaik selesai tugas beliau di United Kingdom (UK).
Pemukiman Menteri Luar ASEAN tumpu isu serantau dan antarabangsa
Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan akan mempengerusikan Pemukiman Menteri Luar ASEAN (AMM Retreat) pada Ahad yang akan membincangkan pelbagai isu serantau dan antarabangsa.
PM jumpa Corbyn, kongsi pendapat Malaysia-UK, gencatan senjata
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan tokoh politik British Jeremy Corbyn semasa lawatan kerja beliau ke London, United Kingdom.
Anwar berkata pertemuan itu digunakan untuk bertukar-tukar pendapat dan pandangan mengenai hubungan antara dua negara daripada landskap pelaburan, perdagangan dan ekonomi.
Anwar berkata pertemuan itu digunakan untuk bertukar-tukar pendapat dan pandangan mengenai hubungan antara dua negara daripada landskap pelaburan, perdagangan dan ekonomi.
Biden dituduh berat sebelah dalam konflik Gaza
Laporan Human Rights Watch (HRW) Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden dituduh bersikap berat dalam isu hak asasi manusia berhubung dua konflik yang hampir sama di Gaza dan Ukraine.
Penjual aiskrim warga Pakistan dipukul cuba cium remaja perempuan
Kejadian berlaku ketika lelaki berusia 25 tahun itu sedang menjual aiskrim kepada mangsa dan adiknya di Taman Seri Indah, Kepala Batas kelmarin.