GEORGE TOWN: Presiden Gerakan Datuk Dr Dominic Lau meminta isu promosi penjualan arak sempena perayaan Tahun Baharu Cina di sebuah pusat membeli belah di Seberang Jaya, Pulau Pinang tidak terus dipolitikkan.
Katanya, Gerakan telah mendapat penjelasan yang disifatkan adil daripada Ahli Parlimen Permatang Pauh Muhammad Fawwaz Mohamad Jan, berhubung tindakannya membantah promosi tersebut.
Lau berkata, sebagai wakil rakyat di kawasan yang majoritinya orang Melayu dan Islam, tindakan Muhammad Fawwaz adalah wajar.
Namun, katanya, Gerakan masih berpendapat promosi penjualan arak harus dibenarkan memandangkan ia hanya dilaksanakan semasa Tahun Baharu Cina dan tidak mengambil masa yang panjang.
"Promosi ini memang hanya dibuat menjelang Tahun Baharu Cina sahaja. Jika ini bulan Ramadan, dan semasa Hari Raya, saya pun tidak setuju.
"Jika ada tekanan daripada pengundi di Permatang Pauh, beliau (Muhammad Fawwaz) kena mendidik mereka bahawa negara kita berbilang kaum, agama dan budaya.
"Kita mesti jelaskan, promosi ini hanya untuk jangka masa sangat pendek. Lagipun, peniaga hanya dapat sikit pendapatan kerana keadaan ekonomi.
"Kaum Cina akan meraikan perayaan, jadi nak cari duit, jadi kita mesti berikan laluan untuk adakan promosi seperti ini," katanya pada sidang media di pejabat Gerakan di sini semalam.
Lau berkata, isu tersebut boleh diselesaikan dengan baik dan aman dengan persefahaman semua pihak dan tidak perlu dihangatkan oleh parti politik yang seharusnya memahami adat resam budaya dan agama di negara ini.
Baru-baru ini, Muhammad Fawwaz berkunjung ke sebuah pusat membeli belah dan menyatakan bantahan terhadap penjualan arak secara terbuka di situ.
Tindakan pengurusan pusat membeli belah membenarkan promosi sedemikian disifatkannya sebagai tidak menghormati sensitiviti umat Islam.
Difahamkan, promosi jualan minuman keras itu diadakan sempena perayaan Tahun Baharu Cina tidak lama lagi.
Astro Awani
Wed Jan 11 2023
![Penjualan arak: Bantahan wakil rakyat Pas adalah wajar - Gerakan Penjualan arak: Bantahan wakil rakyat Pas adalah wajar - Gerakan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/81673472280_UndiPNGerakan.jpg)
Dominic Lau (tengah) bercakap pada sidang media di George Town, 11 Jan 2023. - Foto Astro AWANI
Tumpuan Khamis – 13 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Seramai 139 nelayan terperangkap berjaya diselamatkan
Perkara itu disahkan oleh Pihak Perkhidmatan Kecemasan Rusia pada Rabu menerusi aplikasi telegram.
10 Berita Pilihan - (12 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mesir umum visi bersepadu untuk pembangunan semula Gaza
Mesir menyuarakan hasrat membentangkan visi bersepadu bagi pembinaan semula Gaza demi memastikan kelangsungan rakyat Palestin di tanah air mereka.
Erdogan, Prabowo bincang isu Gaza, perkukuh pertahanan
Presiden Indonesia Prabowo Subianto, menerima kunjungan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan, di Istana Presiden di Bogor pada Rabu.
PBB anggar AS53 bilion untuk bina semula Gaza
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan lebih 53 bilion dolar atau RM236.39 bilion ringgit bagi membina semula wilayah Gaza yang musnah akibat diserang tentera Israel. Ujar PBB, untuk tiga tahun pertama pembinaannya, kos yang dianggarkan mencecah 20 bilion dolar atau RM89.20 bilion.
Rakyat Palestin tidak sanggup lagi hadapi perang
Rakyat Palestin mengharapkan genjatan senjata yang dilaksana antara Hamas dan Israel diteruskan tanpa sengketa kerana mereka tidak lagi berdaya untuk berhadapan dengan perang. Suara hati rakyat Palestin itu disuarakan selepas berlaku ketegangan antara Hamas dan Israel dalam rundingan genjatan fasa pertama yang sepatutnya berakhir minggu lalu dan diteruskan dengan fasa kedua.
Trump laksana pemotongan berskala besar agensi kerajaan
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump melaksanakan pembuangan berskala besar melibatkan kakitangan agensi kerajaan negara itu, menerusi perintah eksekutif terbaharunya. Beliau yang optimis dengan misi untuk mencapai 'golden age of America' dalam masa yang sama mengarahkan setiap agensi persekutuan untuk bekerjasama rapat dengan Jabatan Kecekapan Kerajaan (DOGE) yang dipimpin oleh Elon Musk.
Alam sekitar: Malaysia komited dasar sifar plastik sekali guna
Malaysia tidak akan berganjak dengan dasar sendiri untuk membimbing orang awam tentang risiko penggunaan plastik sekali guna terhadap alam sekitar.
Dasar luar aktif, inklusif kunci Malaysia hadapi cabaran
Dasar luar Malaysia yang aktif, inklusif dan adaptif kunci bagi menghadapi cabaran ketidaktentuan global yang dibawa pentadbiran Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.
![Hadis 40 Imam Nawawi: Pas akan adakan dialog bersama Gerakan - Hadi Hadis 40 Imam Nawawi: Pas akan adakan dialog bersama Gerakan - Hadi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/61693108750_TanSriAbdulHadiA.jpg)
Hadis 40 Imam Nawawi: Pas akan adakan dialog bersama Gerakan - Hadi
Abdul Hadi berkata Pas sentiasa berhubung dengan Gerakan dalam membincangkan mana-mana isu berbangkit.
![Ahli Gerakan perlu fokus PRN berbanding pemilihan parti - Dominic Lau Ahli Gerakan perlu fokus PRN berbanding pemilihan parti - Dominic Lau](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/71688814175_TBDominicLau.jpg)
Ahli Gerakan perlu fokus PRN berbanding pemilihan parti - Dominic Lau
Penyandang Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Datuk Dominic Lau mengingatkan kepada semua ahli supaya fokus kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) berbanding pemilihan parti.
![Tiada keperluan debat projek tambak laut Pulau Pinang Selatan - Kon Yeow Tiada keperluan debat projek tambak laut Pulau Pinang Selatan - Kon Yeow](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/81682848858_ChowKonYeow.jpg)
Tiada keperluan debat projek tambak laut Pulau Pinang Selatan - Kon Yeow
Tiada keperluan untuk berdebat berhubung Projek Pulau Pinang Selatan (PSI) kerana segala pertikaian mengenainya sudahpun dibincangkan secara panjang lebar sebelum ini.
![PRU15: Presiden Gerakan sahkan bertanding di Pulau Pinang PRU15: Presiden Gerakan sahkan bertanding di Pulau Pinang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/51666674455_DominicLauHoeChai.jpg)
PRU15: Presiden Gerakan sahkan bertanding di Pulau Pinang
Bagaimanapun, Dominic Lau masih merahsiakan kerusi Parlimen yang bakal ditandinginya.
![PRU15: Calon kuasai bahasa Melayu dengan baik pilihan Gerakan - Dominic PRU15: Calon kuasai bahasa Melayu dengan baik pilihan Gerakan - Dominic](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/61648219736_TBDOMINICLAUjpg.jpg)
PRU15: Calon kuasai bahasa Melayu dengan baik pilihan Gerakan - Dominic
Hanya mereka yang mengusai kemahiran bahasa Melayu dengan baik akan dipilih sebagai calon pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), kata Datuk Dr Dominic Lau.
![Gerakan sarankan kerajaan kekalkan hukuman mati atas kesalahan jenayah kejam Gerakan sarankan kerajaan kekalkan hukuman mati atas kesalahan jenayah kejam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/41655102773_TBSIDANGMEDIAGERAKAN.jpg)
Gerakan sarankan kerajaan kekalkan hukuman mati atas kesalahan jenayah kejam
Jenayah seumpama itu perlu mendapatkan hukuman setimpal terutama melibatkan kes kehilangan nyawa mangsa.
![PRN Johor: PN muktamad senarai calon minggu depan - Muhyiddin PRN Johor: PN muktamad senarai calon minggu depan - Muhyiddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/61643696473_CNYAzminAliGera.jpg)
PRN Johor: PN muktamad senarai calon minggu depan - Muhyiddin
Perikatan Nasional (PN) akan memutuskan senarai calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor minggu depan, kata Pengerusinya Tan Sri Muhyiddin Yassin.
![KEMAS gerakkan 1,256 sukarelawan bantu mangsa banjir KEMAS gerakkan 1,256 sukarelawan bantu mangsa banjir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/61640238742_MahdzirKhalid.jpg)
KEMAS gerakkan 1,256 sukarelawan bantu mangsa banjir
207 premis Tabika, Taska dan Pusat Kegiatan KEMAS di seluruh negara sudah dikenalpasti terjejas akibat banjir yang melanda.
![PRN Melaka: Landskap politik norma baharu Melaka perlu diperhalusi PRN Melaka: Landskap politik norma baharu Melaka perlu diperhalusi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/71636889294_MasErmieyatiSamsud.jpg)
PRN Melaka: Landskap politik norma baharu Melaka perlu diperhalusi
Situasi ini juga bakal memberi peluang yang sama rata kepada semua parti untuk meraih kemenangan.
![MPN yakin Agong dapat tangani kemelut politik MPN yakin Agong dapat tangani kemelut politik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/81623842194_IstanaNegara.jpg)
MPN yakin Agong dapat tangani kemelut politik
Majlis Profesor Negara (MPN) berpendapat segala persoalan itu dapat diselesaikan atas kebijaksanaan dan kearifan Yang di-Pertuan Agong.