Seorang lelaki cedera parah di paha kanan selepas digigit seekor lotong ketika sedang menoreh di kebun getah miliknya di Kampung Kubang Palas, Padang Sanai di sini, pagi Jumaat.
Ghazali Ismail, 59, berkata kejadian berlaku kira-kira 9.30 pagi ketika dia sedang menoreh seorang diri di kebun yang terletak kira-kira satu kilometer dari rumahnya sebelum didatangi sekumpulan kera dari kawasan hutan berdekatan.
"Dalam kumpulan kera itu terdapat seekor lotong jantan dewasa di atas tanah, manakala kera berada di atas pokok dan saya ingat ia perkara biasa dan tak hiraukan haiwan itu.
Tiba-tiba lotong setinggi 0.4 meter itu menerkam kaki saya. Berlaku pergelutan dan saya tendang dan pukulnya dengan pisau penoreh, tapi ia sempat gigit paha kanan saya sampai seluar jeans berlubang," katanya ketika ditemui di sini, semalam.
Akibat kejadian itu, isi paha kanan Ghazali terkoyak dan beliau terpaksa menahan kesakitan kira-kira 20 minit sambil menunggang motosikal untuk pulang ke rumahnya sebelum dibawa ke Hospital Kuala Nerang (HKN).
Menurut Ghazali, kejadian serangan lotong itu bukanlah pertama kali berlaku di kawasan berkenaan kerana sebelum ini empat orang penoreh pernah diserang haiwan itu hingga menyebabkan kecederaan.
"Saya berharap pihak PERHILITAN dapat mengesan dan menangkap lotong ini kerana ia sangat berbahaya kerana bertaring dan (gigitannya) berbisa terutama kepada wanita dan kanak-kanak," kata Ghazali.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Semenanjung Malaysia, Muhammad Ali Che Man ketika dihubungi berkata, pihaknya ada menerima laporan berhubung kejadian itu pada 11.09 pagi semalam.
"Spesies yang dimaklumkan setakat ini ialah lotong dan saya telah arahkan pasukan dari Hulu Muda Gubir untuk menjalankan proses mengesan haiwan tersebut," katanya.-- Bernama
Bernama
Fri Feb 10 2017
![Penoreh getah cedera parah diserang lotong Penoreh getah cedera parah diserang lotong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-02/61486737814_Lotong.jpg)
Kejadian serangan lotong itu bukanlah pertama kali berlaku di kawasan berkenaan kerana sebelum ini empat orang penoreh pernah diserang haiwan itu. - Foto Freeimages.com
AWANI Tonight: Improving perception, accelerating reforms to tackle corruption
Malaysia’s rank in the Global Corruption Perception Index was unchanged last year, staying at 57th place with a score of 50. Transparency International Malaysia’s Dr Muhammad Mohan discusses how to remedy this.
AWANI Tonight: Government weighs special court for SOSMA cases
The government is considering establishing a special court for SOSMA cases to address delays, bail eligibility, and detention procedures, as announced by Home Minister Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Jangan taruh harapan tinggi rundingan damai fasa kedua akan berlaku - Penganalisis
Presiden MERCY Malaysia, Datuk Dr. Ahmad Faizal Mohd Perdaus berkata harapan untuk rundingan damai fasa kedua dicapai perlu direndahkan dengan menilai sikap Amerika Syarikat yang menganggap keamanan di Gaza hanyalah bersifat transaksi bukan kemanusiaan. Namun, Penasihat Kehormat Humanitarian Care Malaysia (MyCARE), Prof. Madya Dr. Hafidzi Mohd Noor berkata masih ada sedikit harapan ia akan dicapai susulan tekanan daripada rakyat Israel sendiri yang mahu melihat rundingan damai itu dilangsungkan. #AgendaAWANI
Akta Perlindungan Pemberi Maklumat: Benarkan wakil rakyat terima aduan salah laku - Peguam
Peguam dan pengasas Center to Combat Corruption and Cronyism (C4), Cynthia Gabriel berkata Akta Perlindungan Pemberi Maklumat perlu dipinda dengan memberikan kuasa kepada wakil rakyat untuk menerima maklumat. Jelasnya, ini bagi memastikan pemberi maklumat lebih selesa dan yakin bagi mendedahkan sebarang salah laku. #AgendaAWANI
Jentera pulihkan Gaza disekat, jentera memusnahkan pula dibenarkan masuk ke Israel - Penganalisis
Presiden MERCY Malaysia, Datuk Dr. Ahmad Faizal Mohd Perdaus berkata jentera yang diperlukan untuk membersihkan Gaza dan memulihkan bekalan air ketika ini disekat daripada masuk ke wilayah dimusnahkan zionis itu. Sedangkan, Penasihat Kehormat Humanitarian Care Malaysia (MyCARE), Prof. Madya Dr. Hafidzi Mohd Noor berkata senjata dan jentara pemusnah pula dibenarkan masuk ke Israel. #AgendaAWANI
AWANI 7:45 [19/2/2025] – Cadang suspek didakwa | Flat usang, sarang PATI | Sekolah 17 tingkat selesai masalah? | Potensi jatuh ke bumi makin tinggi
- Polis cadang enam suspek kes pukul lelaki OKU didakwa
- Imigresen gempur flat di Chow Kit, PATI sewa rumah RM2,200
- Cadangan sekolah 17 tingkat perlu diteliti, keselamatan pelajar keutamaan
- Asteroid berpotensi ratakan sebuah kota di Bumi tahun 2032
- Imigresen gempur flat di Chow Kit, PATI sewa rumah RM2,200
- Cadangan sekolah 17 tingkat perlu diteliti, keselamatan pelajar keutamaan
- Asteroid berpotensi ratakan sebuah kota di Bumi tahun 2032
![Enam bulan tempoh tambah baik sektor padi, beras secara menyeluruh - Mohamad Sabu Enam bulan tempoh tambah baik sektor padi, beras secara menyeluruh - Mohamad Sabu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739967864_MohamadSabu.jpg)
Enam bulan tempoh tambah baik sektor padi, beras secara menyeluruh - Mohamad Sabu
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) menjangkakan usaha penambahbaikan industri beras dan padi dapat dilaksanakan secara menyeluruh dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini.
![Jentera pulihkan Gaza disekat, 'jentera memusnahkan' pula dibenar masuk ke Israel - Penganalisis Jentera pulihkan Gaza disekat, 'jentera memusnahkan' pula dibenar masuk ke Israel - Penganalisis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739356184_tbrubbleofbuilding.jpg)
Jentera pulihkan Gaza disekat, 'jentera memusnahkan' pula dibenar masuk ke Israel - Penganalisis
Pelaksanaan gencatan senjata di Gaza ketika ini adalah tidak memuaskan berikutan kegagalan Israel melaksanakan sepenuhnya janji mereka yang melibatkan aspek penghantaran bantuan kemanusiaan.
![Pertumbuhan KDNK di rantau Asia-Pasifik diunjur perlahan kepada 3.7 peratus tahun ini Pertumbuhan KDNK di rantau Asia-Pasifik diunjur perlahan kepada 3.7 peratus tahun ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/81673413000_Moodys.jpg)
Pertumbuhan KDNK di rantau Asia-Pasifik diunjur perlahan kepada 3.7 peratus tahun ini
KDNK seluruh rantau Asia-Pasifik (APAC) diunjurkan perlahan kepada 3.7 peratus pada 2025 daripada jangkaan 3.9 peratus pada 2024.
![Kerajaan Johor rangka pelan induk bagi JS-SEZ - Onn Hafiz Kerajaan Johor rangka pelan induk bagi JS-SEZ - Onn Hafiz](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/81733040084_DatukOnnHafiz.jpg)
Kerajaan Johor rangka pelan induk bagi JS-SEZ - Onn Hafiz
Pelan induk itu membabitkan beberapa agensi utama seperti Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA).
![Penoreh getah cedera parah diserang lotong Penoreh getah cedera parah diserang lotong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-02/61486737814_Lotong.jpg)
Penoreh getah cedera parah diserang lotong
Kejadian berlaku kira-kira 9.30 pagi ketika dia sedang menoreh seorang diri di kebun yang terletak kira-kira satu kilometer dari rumahnya sebelum didatangi sekumpulan kera.