KUALA LUMPUR: Memperkasakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) sepenuhnya bermula tahun ini, disifatkan pendekatan terbaik dalam membantu perkembangan pelajar secara holistik.
Pensyarah Kanan Pusat Kepimpinan dan Polisi Pendidikan, Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Madya Dr Azlin Norhaini Mansor berkata ia berikutan pentaksiran itu memberi penekanan merangkumi pelbagai aspek termasuk jasmani, rohani dan intelek berbanding pentaksiran sedia ada yang lebih memberi penumpuan kepada pencapaian akademik melalui peperiksaan.
''...dan apabila kita bertukar kepada PBS maka akan berkuranglah amalan perbandingan dan persaingan seperti 5A lebih baik daripada 4A , maka mungkin tidak akan berlaku situasi ramai murid yang mahu memperoleh 5A dalam UPSR (Ujian Pencapaian Sekolah Rendah).
''Cuma menjadi kerisauan banyak pihak ialah piawaian atau standardisasi yang ia telah lama menjadi amalan di sekolah, jadi bila berubah kepada pendekatan ini, amalan guru dan murid akan berbeza dan masyarakat mungkin ambil masa untuk menerima perubahan ini,'' katanya kepada Bernama di sini.
Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin semalam mengumumkan pemansuhan peperiksaan UPSR dan menggantikannya dengan PBS dan PBD secara menyeluruh.
Radzi berkata keputusan besar membabitkan pemansuhan UPSR yang diperkenalkan sejak 1988 itu sudah mengambil kira pandangan banyak pihak termasuk 1,700 peserta sesi libat urus dengan Kementerian Pendidikan (KPM).
BACA: UPSR mansuh sepenuhnya, PT3 dibatalkan
BACA: Pemansuhan UPSR: Kemenangan besar transformasi pendidikan negara
Azlin Norhaini berkata menerusi kaedah tersebut, guru boleh mengukur pencapaian dan prestasi seseorang pelajar sepanjang sesi pembelajaran mereka.
Jelasnya, secara tidak langsung seseorang guru juga akan dapat mengesan kelemahan dan pada masa sama membantu meningkatkan potensi pelajarnya.
''Saya setuju, kita serahkan kepada sekolah untuk menguruskan ujian akhir tahun, pelajar Tahun Enam ini bagi tujuan kemasukan ke asrama dan sebagainya.
''...dan kemungkinan boleh diwujudkan pentaksiran yang lain untuk ditawarkan kepada pelajar yang layak atau berminat, contohnya sekiranya mahu ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) biarlah pentaksiran itu disediakan oleh SBP dan untuk ke SMKA (Sekolah Menengah Kebangsaan Agama) biarlah pihak SMKA yang buat pentaksiran untuk pelajar berkenaan,'' tambahnya.
BACA: Kejayaan UPSR bukan diukur dengan masuk asrama - Razali
BACA: UPSR hanya lahirkan pelajar mahu dapat 'A' - NUTP
Mengulas lanjut, Azlin Norhaini berkata perkara paling penting bagi menjayakan usaha itu adalah kerjasama secara total dari sekolah dan guru, supaya tiada pelajar yang ketinggalan sepanjang tempoh pembelajaran mereka.
Katanya, KPM juga perlu membuat pemantauan proaktif terhadap sekolah bagi memastikan pentaksiran dilaksanakan mengikut prosedur dan garis panduan yang ditetapkan.
''Sekiranya sekolah atau guru tidak menganggap pentaksiran ini bertujuan untuk menambah baik proses pembelajaran dan sekiranya KPM juga tidak membuat pemantauan dengan betul, maka jurang pencapaian akademik termasuk antara bandar dan luar bandar dikhuatiri akan semakin melebar.
''Sekolah dan guru perlu tahu tanggungjawab mereka masing-masing. Selama ini kebanyakan mereka mengajar untuk skor peperiksaan (UPSR), jadi mereka berusaha untuk skor, jadi apabila penanda aras sudah tidak ada, apa pula KPI mereka untuk pendekatan ini? KPM perlu ganti KPI lain,'' katanya.
''Langkah pertama yang perlu dilakukan ialah memastikan semua pentadbir sekolah menjadikan diri mereka Learning Leaders (pemimpin pembelajaran) dan guru sebagai Learning Teachers (guru pembelajaran), iaitu pentadbir dan guru sentiasa belajar untuk menambah baik amalan mereka.
"Langkah ini amat penting kerana impak atau kesan suatu perubahan dasar itu, hanya dilihat selepas 10 atau 20 tahun. Sebagai contoh, pada tahun 1970 apabila kita tukar bahasa pengantar sekolah daripada Bahasa Inggeris kepada Bahasa Melayu. Selepas 20 tahun, baru kita sedar kesannya iaitu pelajar kita lemah dalam BI. Begitu juga dengan pemansuhan UPSR, kesannya hanya akan dirasai 10 atau 20 tahun akan datang, oleh itu penambahbaikan dalam proses pembelajaran perlu dilaksanakan segera dan berterusan,'' katanya.
UPSR merupakan program pengujian untuk menilai pencapaian kognitif pelajar pada akhir sesi sekolah rendah di Malaysia dan diambil oleh murid Tahun Enam.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 29 2021
UPSR merupakan program pengujian untuk menilai pencapaian kognitif pelajar pada akhir sesi sekolah rendah di Malaysia dan diambil oleh murid Tahun Enam. - Gambar hiasan
Singapura perkenal kod amalan untuk aplikasi bagi meningkatkan keselamatan dalam talian
Kategori kandungan berbahaya yang dikenal pasti termasuk kandungan seksual, keganasan, bunuh diri dan mencederakan diri.
Tidak 'janji bulan bintang' MTBC usaha beri penghargaan sewajarnya
Mohd Najeeb menegaskan beliau sentiasa percaya terhadap kemampuan pemain terutama dengan jadual padat menanti mereka sepanjang tahun ini.
Perjanjian Gencatan senjata di Gaza dimeterai, mula Ahad ini
Rundingan gencatan senjata telah mencapai persetujuan berperingkat pada Rabu untuk menamatkan perang di Gaza antara Israel dan Hamas.
Malaysia perlu rebut peluang peluang perdagangan luar untuk imbangi halangan perdagangan AS
Malaysia perlu mempelbagai rakan dagangan dan tidak bergantung sepenuhnya kepada sumber perdagangan tunggal, untuk mengukuhkan ekonominya.
PM Palestin seru tindakan tamatkan pendudukan Israel
Mustafa berkata masyarakat antarabangsa mesti ambil tindakan konkrit dan tidak boleh diubah terhadap Israel untuk laksanakan penyelesaian dua negara.
Malaysia, UK optimis peroleh penyelesaian isu Gaza secepat mungkin
Anwar berkata perkara itu dibincangkan semasa pertemuan dengan rakan sejawatnya Sir Keir Starmer di No. 10, Downing Street, London, pada Rabu.
Pengharaman TikTok: Aplikasi RedNote jadi tumpuan pengguna AS
Pengguna di China mengalu-alukan pengguna baharu dari Amerika Syarikat dan bertukar pendapat mengenai topik seperti makanan dan pengangguran belia.
AS tegaskan semula sokongan untuk Korea Selatan, puji usaha tegakkan perlembagaan
Jurucakap Majlis Keselamatan Negara Rumah Putih mengeluarkan kenyataan, menegaskan semula komitmen teguh Amerika terhadap Korea Selatan.
Tiga rakyat China dipenjara 7 tahun, terlibat aktiviti perlombongan haram
Cheng Chang Fu, Wan Ling Wu dan Cheng Hai-Yan juga dikehendaki membayar denda bersamaan $600,000 serta disenarai hitam daripada memasuki negara itu secara kekal.
PM Thailand jadi sasaran 'scammer' guna AI
Paetongtarn mendedahkan bahawa beliau hampir terpedaya dengan penipuan itu, apabila seorang penyamar menggunakan suara pemimpin berkenaan dan mendakwa beliau gagal membuat sumbangan tertentu.
Bilik darjah SK Lahar Yooi terbakar
Ketika kejadian tiada murid di dalam kelas kerana mengikuti satu program yang diadakan di dewan sekolah.
PdPR: Perahu jadi 'bilik darjah' Cikgu Nasir di Kinabatangan
Guru di Sekolah Kebangsaan Desa Permai menggunakan perahu untuk menghantar modul pembelajaran setiap minggu kepada murid.
Pentaksiran pendekatan terbaik bantu perkembangan pelajar secara holistik berbanding UPSR - Pakar
Pentaksiran itu memberi penekanan merangkumi pelbagai aspek termasuk jasmani, rohani dan intelek berbanding pentaksiran sedia ada yang lebih memberi penumpuan kepada pencapaian akademik.
Lima bilik darjah SK Tengku Budriah rosak akibat ribut
Buat sementara ini, 136 murid Tahun Satu sekolah itu akan menumpang di bilik Tahun Enam, manakala murid Tahun Enam akan ditempatkan di sebuah bilik khas yang disediakan.
NUTP cadang sekolah rendah dibuka seawalnya hujung September
Beliau berkata NUTP yakin, guru-guru akan melipatgandakan usaha bagi memastikan ilmu yang diterima sama tarafnya walaupun sekolah ditutup selama tiga bulan.
Sekolah UK dibuka pada Jun secara berfasa
Pelajar yang akan menduduki peperiksaan pada tahun 10 dan 12 pula akan memulakan beberapa segmen pengajian pada 15 Jun.
Guru diragut dalam bilik darjah
Berpura-pura bertanya mengenai bilik darjah sebelum bertindak meragut beg tangan seorang guru wanita dalam sebuah kelas, di sebuah sekolah rendah di Puchong Indah di sini, petang semalam.