SUNGAI PETANI: Seorang penternak lembu ditemui mati selepas dipercayai ditikam dan ditembak di Estate Kongsi di Jalan Bukit Selambau, malam tadi.
Ketika kejadian, mangsa berusia 38 tahun itu dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumahnya yang terletak tiga kilometer dari kandang lembu miliknya.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, kejadian dipercayai berlaku sekitar jam 8 malam di mana ketika itu mangsa menunggang motosikal jenis Honda EX5 bersendirian.
Katanya, pihak polis menerima panggilan daripada orang awam kira-kira jam 10.30 malam memaklumkan penemuan satu mayat lelaki berlumuran darah terbaring di bahu jalan.
Menurut Adzli, siasatan awal polis mendapati terdapat kesan luka di dada mangsa dipercayai akibat tembakan dan tikaman.
"Pemeriksaan awal kita dapati ada kesan darah, kita percaya ada kemungkinan luka tembakan," katanya.
Polis turut menemukan kelongsong peluru di tempat kejadian.
"Siasatan awal kita tengok dia ada rekod jenayah dan motif kita tak tahu lagi.
"Kita perlu proses tempat kejadian termasuk mangsa ini, dan kita sedang siasat lebih lanjut latar belakangnya," kata Adzli.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Mayat dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim di sini untuk bedah siasat.
Adie Sufian Zulkefli
Mon Aug 23 2021
Lokasi di mana penternak lembu ditemukan mati selepas dipercayai ditikam dan ditembak di Estate Kongsi di Jalan Bukit Selambau, malam tadi. -Astro AWANI
Polis siasat dokumen palsu guna Jata Negara, logo Badan Peguam dan nama KPN
Semua perkara yang dinyatakan dalam dokumen terbabit adalah palsu dan tidak pernah dikeluarkan mana-mana jabatan kerajaan.
PBB perlu pastikan gencatan senjata di Gaza dipatuhi - Kaukus Palestin Parlimen Malaysia
Langkah itu amat penting, terutama dalam memastikan pembukaan saluran bantuan kemanusiaan berdasarkan keputusan ICJ dan Majlis Keselamatan PBB.
AWANI Ringkas: Mahkamah Sesyen beri kebenaran
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Piala Malaysia: TFC elak permainan bertahan hadapi JDT
Terengganu FC (TFC) tidak akan sesekali menampilkan corak permainan bertahan pada aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia menentang Johor Darul Ta'zim (JDT).
RM12 bilion perolehan aset ATM tahun ini - Mindef
Sebanyak RM12 bilion diperuntukkan kepada Angkatan Tentera Malaysia untuk perolehan aset bagi meningkatkan keupayaan pertahanan negara pada tahun ini.
Perkembangan banjir di Sandakan
Wakil Astro Awani Rebecca Chong, melaporkan perkembangan banjir, hampir semua kawasan di Sandakan, ditenggelami air.
Johari mulakan lawatan rasmi ke Thailand
Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul, memulakan lawatan rasmi di Thailand semalam bagi memperkukuh kerjasama dan hubungan antara Parlimen kedua-dua negara.
Tahap buruk di Sabah sehingga Jumaat
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan tahap buruk yang dijangka berlaku di Sabah.
Hujan lebat berterusan, bandar Sandakan terjejas
Hujan lebat tanpa henti sejak pukul 8.30 pagi telah menyebabkan banjir kilat yang menjejaskan hampir kesemua kawasan bandar di Sandakan.
Mahkamah benar permohonan pesara kerajaan untuk pelarasan pencen
Mahkamah Tinggi membenarkan pelarasan bayaran pencen berdasarkan gaji akhir kepada pesara mengikut Pekeliling Jabatan Perkhidmatan Awam 2016, yang berkuat kuasa, mulai Januari 2022.
Aidiladha: Penternak rumus makanan lembu sendiri, jaga kualiti daging, jimat kos
Seorang penternak di Sungai Merab menghasilkan rumusan makanan sendiri untuk lembu bagi ibadah korban.
Penternak lembu, pembantu bebas tuduhan edar dadah, miliki senjata api
Seorang penternak lembu dan pembantunya dilepas dan dibebaskan atas tiga pertuduhan iaitu mengedar dadah dan memiliki senjata api.
Lembu ditemui mati diracun di Machang
Penternak menyedari kejadian itu selepas menjumpai biji-biji berwarna putih, dipercayai baja, yang digunakan untuk meracuni ternakannya.
Banjir: Penternak risau keadaan lembu, berenang jalan terakhir
Mohd Riduan Ismail, 44, yang juga seorang pesara tentera, khuatir lembu-lembunya yang ditinggalkan itu akan lemas ditempat ia ditambat.
Tiga individu direman bantu siasatan kejadian tembak penternak lembu
Polis Kedah menahan tiga individu bagi membantu siasatan kejadian tembak dan tetak mati seorang penternak lembu di di Estate Kongsi 14, di Jalan Bukit Selambau.
Penternak lembu ditemukan mati dipercayai ditikam, ditembak
Mangsa berusia 38 tahun dikatakan sedang dalam perjalanan pulang ke rumahnya yang terletak tiga kilometer dari kandang lembu miliknya.
Cubaan larikan lembu Brahman naik Honda Civic gagal
Dalam kejadian jam 3.15 pagi itu, suspek cuba melarikan lembu dari kandang dekat Jalan Sungai Lokan, Butterworth, namun disedari pemilik kandang selepas terdengar salakan anjing di kawasan berkenaan.
Penternak 'lembu sado' tolak tawaran RM30,000
Dua penternak 'lembu sado' mendedahkan kaedah penjagaan rapi terhadap haiwan peliharaan mereka, termasuk memandikan lembu sebanyak empat kali sehari.
Penternak lembu nyaris maut ditembak
Seorang penternak lembu nyaris maut selepas ditembak ketika memandu lori yang sarat dengan muatan makanan lembu, di Sungai Division, Bukit Selambau.