IPOH: Seorang lelaki maut selepas motosikal ditungganginya dipercayai dirempuh sebuah lori di Kilometer 281, Lebuhraya Utara Selatan, arah selatan, dekat sini, awal pagi tadi.
Mangsa yang dikenali sebagai Mazaitul Hafiszan Ma’an, 38, disahkan meninggal dunia di lokasi oleh pegawai perubatan.
Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, mereka menerima panggilan mengenai kemalangan itu pada 4.31 pagi.
“Setibanya di lokasi kejadian, didapati kemalangan melibatkan dua buah kenderaan, sebuah lori dipercayai telah melanggar bahagian belakang sebuah motosikal jenis Yamaha LC,” katanya dalam kenyataan di sini.
Menurut jurucakap itu lagi, akibat kemalangan tersebut, mangsa dikatakan tercampak di tengah jalan, lalu dipercayai digilis oleh lori yang sama.
Bagaimanapun, katanya, lori yang dipercayai terlibat tidak lagi berada di lokasi apabila jentera bomba tiba.
Menurutnya, anggota bomba kemudiannya membersihkan lokasi kejadian sebelum menyerahkan mangsa kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
Operasi yang diketuai Pegawai Bomba Kanan II, R. Mathavan tamat kira-kira jam 6 pagi.
Abd Razak Mohd Ali
Mon Apr 11 2022
![Penunggang maut motosikal dirempuh lori di Lebuhraya Utara Selatan Penunggang maut motosikal dirempuh lori di Lebuhraya Utara Selatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/41649638080_PenunggangMaut.jpg)
Mangsa maut selepas motosikal ditungganginya dirempuh sebuah lori di Kilometer 281, Lebuhraya Utara Selatan, arah selatan awal pagi tadi. -Foto JBPM
![Zelensky sedia berunding dengan Putin Zelensky sedia berunding dengan Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81737767209_PresidentZelensky.jpg)
Zelensky sedia berunding dengan Putin
Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky menyatakan kesediaan untuk mengadakan rundingan secara langsung dengan Presiden Rusia Vladimir Putin, tetapi di bawah syarat tertentu.
![Bekas TKSUS Muhyiddin jumpa wakil Wan Saiful berhubung projek Jana Wibawa Bekas TKSUS Muhyiddin jumpa wakil Wan Saiful berhubung projek Jana Wibawa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/61729575228_courtgavelmahkam.jpg)
Bekas TKSUS Muhyiddin jumpa wakil Wan Saiful berhubung projek Jana Wibawa
Asmar berkata terdapat juga beberapa individu berjumpa secara terus dengan Muhyiddin berhubung permohonan projek berkenaan sebelum berjumpa dengan beliau.
![Gelombang kedua banjir landa Bintulu - Bomba Gelombang kedua banjir landa Bintulu - Bomba](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738770311_AnggotaJabatanBomb.jpg)
Gelombang kedua banjir landa Bintulu - Bomba
Kawasan yang terjejas termasuk Kidurong Avenue, Taman Bilangan, Sungai Plan dan Jambatan Sebatang.
![MAHAR kecam keras rancangan pemindahan rakyat Palestin, nyatakan solidariti MAHAR kecam keras rancangan pemindahan rakyat Palestin, nyatakan solidariti](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738768577_MAHAR.jpg)
MAHAR kecam keras rancangan pemindahan rakyat Palestin, nyatakan solidariti
Malaysian Humanitarian Aid & Relief (MAHAR) dengan tegas menolak dan mengutuk rancangan pemindahan yang dicadangkan oleh Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump terhadap rakyat Palestin.
Tumpuan Khamis – 6 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
![Sewaan 28 helikopter dilakukan secara teratur, ikut keperluan - Mohamed Khaled Sewaan 28 helikopter dilakukan secara teratur, ikut keperluan - Mohamed Khaled](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71737013589_KhaledNordin.jpg)
Sewaan 28 helikopter dilakukan secara teratur, ikut keperluan - Mohamed Khaled
Sewaan 28 buah helikopter untuk kegunaan pelbagai agensi keselamatan negara telah dilakukan secara teratur dan bersandarkan keperluan, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
![Turkiye siasat serangan udara Israel yang bunuh tiga rakyatnya Turkiye siasat serangan udara Israel yang bunuh tiga rakyatnya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/71735225235_tbIsraeliairstrike.jpg)
Turkiye siasat serangan udara Israel yang bunuh tiga rakyatnya
Pendakwa raya Turkiye melancarkan siasatan terhadap serangan udara Israel yang mengorbankan tiga rakyat Turkiye yang cuba menyeberang dari Lubnan ke Israel.
![Polis Johor lumpuh 25 sindiket edar dadah skala besar tahun lepas Polis Johor lumpuh 25 sindiket edar dadah skala besar tahun lepas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/41725270975_CPMKumar.jpg)
Polis Johor lumpuh 25 sindiket edar dadah skala besar tahun lepas
Polis percaya berjaya melumpuhkan 25 sindiket pengedaran dadah berskala besar dengan penahanan 99 anggota sindiket itu dan menyita pelbagai aset bernilai RM17.23 juta, tahun lepas.
![Mayat ditemukan selepas lapan jam kereta terbabas Mayat ditemukan selepas lapan jam kereta terbabas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/51708773776_TBgarisanpolis.jpg)
Mayat ditemukan selepas lapan jam kereta terbabas
Polis berkata mayat lelaki berusia 32 tahun itu ditemukan di timbunan rumput di tepi tebing parit oleh Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) pada jarak 100 meter dari kawasan kemalangan.
![Permohonan Biasiswa Yang di-Pertuan Agong 2025 dibuka hingga 28 Feb - JPA Permohonan Biasiswa Yang di-Pertuan Agong 2025 dibuka hingga 28 Feb - JPA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2016-03/51458911926_Graduationhatscroll.jpg)
Permohonan Biasiswa Yang di-Pertuan Agong 2025 dibuka hingga 28 Feb - JPA
Permohonan secara dalam talian bagi Biasiswa Yang di-Pertuan Agong (BYDPA) 2025 dibuka bermula 3 Feb hingga akhir bulan ini.
![Penunggang maut motosikal dirempuh lori di Lebuhraya Utara Selatan Penunggang maut motosikal dirempuh lori di Lebuhraya Utara Selatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/41649638080_PenunggangMaut.jpg)
Penunggang maut motosikal dirempuh lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang dikenali sebagai Mazaitul Hafiszan Maan, 38, disahkan meninggal dunia di lokasi oleh pegawai perubatan.
![Lelaki maut dirempuh lori Lelaki maut dirempuh lori](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/61644527561_Lelakimautdirempuh.jpg)
Lelaki maut dirempuh lori
Mangsa yang menunggang motosikal Yamaha LC bekerja sebagai pemandu di pusat pengajian itu dari arah Sepang menghala ke Nilai.