Skip to main content

Malaysia

Penunggang motosikal maut digilis lori muatan simen

Pasukan bomba berada di lokasi kejadian di mana penunggang motosikal maut selepas digilis lori muatan simen di Jalan Tun Razak pada Rabu. -Foto Sinar Harian
Pasukan bomba berada di lokasi kejadian di mana penunggang motosikal maut selepas digilis lori muatan simen di Jalan Tun Razak pada Rabu. -Foto Sinar Harian
Advertisement

KUALA LUMPUR: Seorang penunggang motosikal maut selepas digilis oleh sebuah lori muatan simen di Jalan Tun Razak, di sini, pada Rabu.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan I Mohd Faizol Mat Jusoh berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan menerusi Sistem NG999 pada jam 4.23 petang.

"Seramai enam anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sentul digerakkan ke lokasi," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Advertisement

Mohd Faizol berkata, pasukan bomba tiba di lokasi pada jam 4.34 petang mendapati mangsa seorang lelaki berusia 40-an digilis oleh lori berkenaan.

"Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Advertisement

"Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya. -Sinar Harian

Must Watch Video

Advertisement