Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu ACP Kasim Muda berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 11.15 pagi mengenai kejadian tersebut, sebelum anggota polis tiba di lokasi kejadian.
Menurutnya berdasarkan siasatan awal, mangsa yang dalam perjalanan dari arah City Mall menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA), dipercayai telah melanggar lubang di lorong tengah jalan sebelum terbabas ke hadapan sejauh enam meter di atas jalan raya.
"Mangsa yang mengalami kecederaan parah di bahagian kepala telah dikejarkan ke Unit Kecemasan Hospital Queen Elizabeth 1 untuk rawatan lanjut.
"Mangsa kemudiannya disahkan meninggal dunia pada 1.35 tengah hari ketika sedang menerima rawatan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut sedang dijalankan.
Pihak polis menasihati orang ramai supaya sentiasa berhati-hati semasa memandu dan mematuhi peraturan laluli ntas bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini.
-- BERNAMA