SEGAMAT: Seorang pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di daerah ini ditemukan lemas selepas mandi di kolam ternakan ikan di tapak perkhemahan Aminah Rahmat Agrofarm di sini, hari ini.
Ketua Polis Daerah Segamat Supt Ahmad Zamry Marinsah berkata pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian menimpa mangsa lelaki berusia 23 tahun itu pada jam 11.12 pagi.
Beliau berkata mangsa bersama-sama 16 lagi rakannya sedang menyiapkan tugasan Pemasaran Digital kawasan rekreasi dengan mempromosikan lokasi berkenaan.
"Kesemua mereka tiba di tapak perkhemahan itu jam 6 petang semalam. Mangsa yang sepatutnya keluar dari lokasi kejadian pada jam 9 pagi ini bertindak mandi di kolam ternakan ikan pemilik tapak perkhemahan itu bersama-sama empat lagi rakannya, jam 10.30 pagi.
"Mangsa kemudiannya disedari lemas dan tenggelam oleh rakan-rakannya pada jam 11 pagi namun berjaya dijumpai semula 15 minit kemudian. Dia diberikan bantuan pernafasan sebelum disahkan meninggal dunia oleh penolong pegawai perubatan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Ahmad Zamry berkata mayat mangsa dihantar ke unit forensik Hospital Segamat untuk proses bedah siasat dan pihaknya akan meneruskan siasatan kejadian lemas tersebut menerusi Siasatan Kematian Mengejut (SDR).
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 03 2024
Ahmad Zamry berkata mayat mangsa dihantar ke unit forensik Hospital Segamat untuk proses bedah siasat dan pihaknya akan meneruskan siasatan kejadian lemas tersebut menerusi SDR. - Gambar Bernama
Gencatan senjata: Peningkatan penyakit, kekurangan zat makanan cabaran besar di Gaza - WHO
WHO akan bekerjasama dengan rakan-rakannya untuk melaksanakan pelan 60 hari bagi memulihkan dan mengembangkan sistem kesihatan di Gaza.
Fokus bina struktur masyarakat yang kukuh
Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli menjelaskan, fokus kerajaan tidak hanya sekadar menjadikan negara berstatus maju semata-mata, tetapi turut meletakkan keutamaan kepada pembinaan struktur masyarakat dan negara yang kukuh.
Jurusolek lelaki direman cabul pelakon sambilan
Seorang pemilik salun dandanan rambut yang juga jurusolek lelaki direman tujuh hari selepas disyaki mencabul kehormatan seorang pelanggannya.
Mangsa dalam keadaa stabil, masih terima rawatan
Lelaki orang kurang upaya (OKU) mental yang dipukul dalam kejadian di Pasar Tani Padang Astaka, Chukai, Kemaman Jumaat lalu berada dalam keadaan stabil dan menunjukkan perkembangan positif.
Lelaki didenda RM250, ceroboh landasan LRT
Lelaki itu didakwa melakukan perbuatan tersebut di Stesen LRT Chan Sow Lin.
ATF 2025: ASEAN setuju jadikan Australia sebagai rakan dialog baharu pelancongan
Kerjasama itu berupaya mengenal pasti produk-produk pelancongan yang berpotensi di seluruh negara anggota ASEAN untuk dipromosikan di Australia.
Florentino Perez dipilih semula sebagai Presiden Real Madrid hingga 2029
Ahli perniagaan berusia 77 tahun itu menang tanpa bertanding selepas memulakan proses pemilihan awal bulan ini.
Kenaikan gaji akan pacu sektor peruncitan, pelancongan
Kenaikan gaji kakitangan awam akan meningkatkan perbelanjaan mereka sebanyak 6.0 kepada 6.5 peratus tahun ini.
Seorang maut, lima cedera parah dalam kemalangan di Batu Pahat
Seorang maut manakala lima lagi cedera parah dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Taman Bahagia, Jalan Ayer Hitam-Kluang, di sini, malam tadi.
Bandar di sempadan Mexico kekal tenang menjelang pelantikan Trump
Bandar-bandar di sempadan Mexico kekal tenang sehari sebelum pelantikan Donald Trump sebagai presiden Amerika Syarikat (AS) ke-47.
Lima sekeluarga maut kereta bertembung dengan MPV di Jalan Nenasi-Rompin
Lima sekeluarga maut termasuk seorang bayi selepas kereta dinaiki mereka bertembung dengan sebuah MPV di Jalan Nenasi-Rompin, berhampiran Kampung Sembayan, Nenasi, Pekan, malam ini.
Ibu dan teman lelaki disyaki dera kanak-kanak berusia tujuh tahun hingga mati ditahan
Seorang wanita dan teman lelakinya ditahan kerana disyaki mendera seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun sehingga meninggal dunia di sebuah rumah di Taman Bukit Ampang dekat sini semalam.
Kematian empat ekor kucing akibat serangan haiwan liar - Polis
Tiada unsur penderaan dalam kes kematian empat ekor kucing yang dilaporkan di Universiti Malaya sejak Disember lalu.
Kes wanita disyaki dibunuh di hotel, dua lelaki warga asing ditahan
Suspek direman selama enam hari hingga 6 Januari untuk membantu siasatan.
Mayat reput di Banting dipercayai milik remaja hilang di Kajang
Susulan penemuan mayat tersebut, polis sudah menahan tiga individu berusia lingkungan 16, 20 dan 51 tahun termasuk teman lelaki mangsa bagi membantu siasatan.
'Pembunuhan' kucing di UM dilakukan psikopat? - Aktivis haiwan
Aktivis haiwan yakin kejadian membabitkan beberapa ekor kucing yang ditemukan dalam keadaan ngeri dengan perut dibelah, kaki dipotong serta usus dikeluarkan di UM mungkin dilakukan psikopat.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 23 Disember 2024.
Bau busuk bongkar penemuan mayat dalam bagasi
Mayat telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Serdang untuk proses bedah siasat yang dijangka dijalankan pada jam 9 pagi, Rabu.
Mayat reput ditemukan di Jalan Rawang Bypass disahkan lelaki tempatan
Mayat tersebut dijumpai dalam keadaan terbaring, lengkap berpakaian serta memakai topi keledar.
Polis siasat kematian mengejut lelaki warga asing yang sedang dalam tahanan
Polis kini menyiasat punca kematian mengejut seorang lelaki warganegara asing yang sedang dalam tahanan di balai polis Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, di sini pada Sabtu.