BUTTERWORTH: Penurunan kadar surcaj Pelepasan Kos Tidak Berimbang (ICPT) kepada pengguna komersial dan industri dijangka dapat menurunkan harga barangan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata pihak kerajaan bersetuju untuk menurunkan kadar surcaj ICPT kepada syarikat besar dengan maksud mereka dapat membantu dalam usaha mengurangkan harga barangan.
"Kita akan pantau adakah penurunan kadar elektrik ini akan membawa kesan penurunan harga barang," katanya dalam sidang media di sini hari ini.
Beliau berkata kerajaan Persekutuan melaksanakan subsidi elektrik secara bersasar dengan syarat utama ia tidak akan menjejaskan kepentingan majoriti rakyat Malaysia.
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) dalam kenyataan hari ini mengumumkan tiada kenaikan tarif elektrik kepada semua pengguna elektrik di Semenanjung mulai 1 Julai hingga 31 Dis ini.
Kenyataan itu memaklumkan punurunan surcaj sebanyak 1 sen/kWj kepada kategori lampu jalan (tarif G dan G1) di bawah seliaan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), manakala pengguna komersial dan industri juga akan mengalami penurunan kadar surcaj ICPT sebanyak 1 sen/kWj, bagi tempoh sama.
Terdahulu, Anwar mempengerusikan Mesyuarat Majlis Pembangunan Bumiputera Pulau Pinang di The Light Hotel, di sini.
Anwar berkata mesyuarat yang berlangsung lebih kurang dua jam bermula pukul 5.50 petang itu, membincangkan isu-isu melibatkan orang Melayu dan bumiputera di Pulau Pinang, serta program yang boleh dianjurkan bagi membantu mereka.
Turut hadir Timbalan Ketua Menteri I Datuk Dr Mohammad Abdul Hamid dan Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Pembangunan Keusahawanan dan Luar Bandar negeri Rashidi Zinol.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 29 2024

Anwar menghadiri Mesyuarat Majlis Pembangunan Bumiputera Pulau Pinang di Seberang Jaya hari ini. - Gambar Bernama
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.

Sabah Electricity terima RM161.7 juta subsidi ICPT tahun ini - Madius
Pembayaran diterima pada Isnin lepas untuk menggantikan semula wang yang telah dibelanjakan Sabah Electricity bagi menampung kos ICPT.

Penurunan kadar surcaj ICPT kepada syarikat besar dijangka dapat turunkan harga barangan
Penurunan kadar surcaj Pelepasan Kos Tidak Berimbang (ICPT) kepada pengguna komersial dan industri dijangka dapat menurunkan harga barangan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Tarif elektrik: 99 peratus pengguna domestik di KHTP tidak terjejas
Sejumlah 5,159 atau 99 peratus pengguna domestik di KHTP tidak terjejas dengan pelarasan tarif elektrik dan akan menerima subsidi daripada kerajaan bagi tempoh 1 Jan hingga 30 Jun 2024.

Pantau penggunaan elektrik, elak membazir
Penjimatan dengan pengurangan jam penggunaan antara cara paling mudah bagi pengurangan bil elektrik namun memerlukan komitmen pengguna.

Pelaksanaan ICPT terkini neutral ke atas TNB
Keputusan dibuat berikutan harga bahan api yang tinggi digunakan untuk bekalan elektrik dari 1 Julai hingga 31 Dis 2023.

Keuntungan bersih suku kedua TNB susut kepada RM327.9 juta
TNB mencatat keuntungan bersih lebih rendah kepada RM327.9 juta dalam suku kedua tahun kewangan berakhir 30 Jun, 2023, daripada RM872.2 juta bagi tempoh sama tahun lepas.

Pelarasan tarif elektrik di KHTP bagi tempoh 1 Julai hingga 31 Disember 2023
Kerajaan bersetuju pelarasan tarif elektrik bagi NUR di KHTP yang dilaksanakan di bawah mekanisme ICPT bagi tempoh 1 Julai hingga 31 Dis 2023 pada 16 Jun lepas.

Pantau, analisis penggunaan elektrik untuk penjimatan - ST
Gunakan peralatan dengan penarafan lima bintang yang memberi lebih banyak penjimatan dan selenggara peralatan elektrik secara berkala.

ICPT: Kerajaan dijangka buat bayaran bagi baki penghutang tidak lama lagi - Penganalisis
Penganalisis, Gan Huey Ling berkata, kerajaan juga akan membuat keputusan pada Disember ini berkaitan mekanisme bayaran bagi baki penghutang ICPT.

Untung bersih TNB meningkat kepada RM872 juta
Prestasi tersebut disumbangkan oleh peningkatan keuntungan operasi yang disokong oleh kerugian bersih instrumen kewangan yang lebih rendah.