PUTRAJAYA: Penyakit mulut bakal menjadi keutamaan dan dimasukkan ke dalam agenda penyakit tidak berjangkit (NCD) yang baharu pada Mesyuarat Peringkat Tertinggi Keempat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai NCD 2025.
Kementerian Kesihatan (KKM) dalam kenyataan hari ini memaklumkan ia antara topik perbincangan yang diutarakan dalam program 'Kesihatan Mulut: Masa untuk Komitmen dan Bertindak' yang bertemakan penentuan dan pengukuran kejayaan Pelan Tindakan Kesihatan Mulut Global (GOHAP) 2023-2030, diadakan sempena Perhimpunan Kesihatan Sedunia (WHA) kali ke-77 di Geneva.
"Penekanan komitmen politik negara anggota terhadap kesihatan mulut serta mempercepat peluasan usaha mencegah dan mengawal penyakit mulut bersama NCD lain amat penting bagi melaksanakan dasar kesihatan mulut global, memantapkan dasar kesihatan mulut nasional serta menggerakkan pihak berkepentingan di luar sektor kesihatan mulut.
"Kemajuan menuju liputan perlindungan kesihatan sejagat (UHC) untuk kesihatan mulut menjelang 2030 bergantung pada kemampuan dan kesediaan kementerian kesihatan negara anggota dan pihak berkepentingan lain dalam menyelaras, bekerjasama dan mengintegrasikan usaha ini," menurut KKM.
Malaysia membentangkan pengalaman dan kejayaan dalam melaksanakan serta memantau pencapaian GOHAP 2023-2030 kepada komuniti global selain turut membincangkan kaedah inovatif untuk menilai pelaksanaan, pengukuran kejayaan dan hala tuju untuk menggembleng pihak berkepentingan di luar sektor kesihatan mulut.
"Menerusi sesi interaktif ini, tindakan, konsep, idea pelaksanaan dan pemantauan pencapaian GOHAP antara negara anggota dibincangkan sebagai persiapan menuju Mesyuarat Kesihatan Mulut Global yang buat julung kalinya dianjurkan oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) di Thailand pada Nov 2024," menurut KKM.
Untuk rekod, Malaysia melancarkan Dasar Kesihatan Pergigian Kebangsaan dan pelan strategiknya selaras dengan inisiatif global pada tahun 2023.
Sejumlah 18 tindakan nasional ke arah mempertingkatkan UHC bagi kesihatan pergigian dilaksanakan di seluruh negara selaras dengan enam objektif strategik GOHAP, antaranya meliputi aspek tadbir urus kesihatan pergigian, promosi dan pencegahan penyakit serta penjagaan kesihatan pergigian.
"Malaysia beriltizam melaksanakan agenda kesihatan mulut global menerusi libat urus dengan pelbagai pihak berkepentingan daripada sektor awam, swasta, badan bukan kerajaan dan pemain industri demi mencapai status kesihatan mulut rakyat yang terbaik," kata KKM.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 31 2024

Penyakit mulut bakal menjadi keutamaan dan dimasukkan ke dalam agenda penyakit tidak berjangkit (NCD) yang baharu. - Gambar hiasan

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.
Budak tercekik gula-gula kenyal meninggal dunia
Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata meninggal dunia.
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas.
Pistol berkarat ditemukan di belakang medan selera Pantai Bersih
Sepucuk pistol berkarat dan tidak berfungsi ditemukan di kawasan belakang sebuah medan selera di Pantai Bersih Butterworth pada Rabu.
Protes: Pelajar anjur 'Indonesia Gelap', bantah potongan bajet
Ribuan pelajar di seluruh Indonesia mengadakan protes besar-besaran pada Khamis bagi membantah pemotongan bajet dan dasar-dasar Presiden Prabowo Subianto yang dikhuatiri akan menjejaskan sistem sokongan sosial serta masa depan mereka.
Diploma Jururawat: Syarat kemasukan dilonggar kepada tiga kredit SPM
Kementerian Kesihatan (KKM) melonggarkan syarat kemasukan program Diploma Kejururawatan bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) daripada lima kredit kepada hanya tiga kredit sahaja berkuat kuasa mulai Januari tahun ini hingga Disember tahun depan.

Penyakit mulut bakal diberi keutamaan, dimasukkan dalam agenda NCD global
Penyakit mulut bakal menjadi keutamaan dan dimasukkan ke dalam agenda penyakit tidak berjangkit (NCD) yang baharu.

Separuh penduduk dunia menghidap penyakit mulut - WHO
Penyakit mulut yang paling biasa ialah kerosakan gigi, penyakit gusi yang teruk, kehilangan gigi dan kanser mulut.