KLANG: Kerajaan akan mempergiatkan usaha memberi kefahaman kepada masyarakat khususnya golongan petani berhubung pelaksanaan penyasaran subsidi bahan api diesel.
Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata perkara pertama perlu diperjelaskan adalah permohonan skim penyasaran bahan api bagi golongan petani tidak hanya terhad kepada skim BUDI Agri-Komoditi semata-mata.
"Mereka perlu dijelaskan tentang kriteria serta skim lain yang boleh dimohon seperti jika mereka atau syarikat mempunyai kenderaan mengangkut barangan, mereka juga boleh memohon bantuan menerusi Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi 2.0 (SKDS 2.0) merangkumi 23 jenis kenderaan yang masih diberi harga semasa.
"... jadi tidak ada isu yang (kos) mereka naik dan mereka perlu menaikkan harga kerana harganya akan sama macam sekarang," katanya pada sidang media selepas sesi ramah mesra dan soal jawab kumpulan sasar Hari Terbuka BUDI MADANI Agro-Komoditi di sini hari ini.
Turut hadir Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu.
Amir Hamzah berkata dengan memahami kriteria dan skim lain ditawarkan oleh kerajaan kepada golongan berkenaan, beliau yakin isu berkaitan petani terpaksa menaikkan barang berikutan penyasaran bahan api itu boleh dielakkan.
Dalam pada itu, beliau berkata setakat ini BUDI MADANI telah menerima sebanyak 60,000 permohonan dengan 30,000 telah diluluskan meliputi pemohon dalam kalangan individu, petani dan pekebun kecil komoditi.
Mereka akan menerima bantuan subsidi tunai melalui inisiatif itu pada Isnin ini.
Bagi membantu golongan petani, kerajaan juga sedang berbincang berkenaan penyasaran subsidi kepada alatan pertanian yang menggunakan diesel, katanya.
Sementara itu, Mohamad berkata kementeriannya terbuka untuk menerima sebarang aduan atau cadangan daripada golongan petani berkenaan pelaksanan inisiatif berkenaan bagi memastikan ia dapat dijalankan dengan baik.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 08 2024

Amir Hamzah yakin isu berkaitan petani terpaksa menaikkan barang berikutan penyasaran bahan api itu boleh dielakkan. - Gambar fail

Bolehkah bezakan antara realiti dan deepfake?
Peningkatan kes tipu melibatkan pemalsuan suara, wajah dan identiti digital semakin membimbangkan dengan taktik jenayah siber yang semakin canggih.
AWANI Ringkas: Hasil lawatan PM ke Bahrain
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Terpedaya 'phone scam', pesara rugi lebih RM100,000
Akibat takut dan panik, mangsa pindahkan RM45,000 daripada akaun Tabung Haji ke akaun baharu itu selain membuat pinjaman peribadi RM50,000.
AWANI Ringkas 20 Februari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 20 Februari 2025
1️⃣ Penerbangan terus KL-Manama dirancang
2️⃣ Isu TVET, KWSP dan projek tebatan banjir
3️⃣ Kurang bekalan air bersih
#awaniringkas
1️⃣ Penerbangan terus KL-Manama dirancang
2️⃣ Isu TVET, KWSP dan projek tebatan banjir
3️⃣ Kurang bekalan air bersih
#awaniringkas

Cerita cinta Ameera Khan - Jefri Nichol: Neelofa mengaku sudah tegur adiknya, mohon orang ramai henti kecaman
"Saya tidak boleh berkongsi dengan orang luar apa yang saya lakukan, cuma sebagai kakak, saya sudah melakukan bahagian saya."
The Economy with Ibrahim Sani: Consumer sentiment during politics and business uncertainties
Join Global CEO of Ipsos, Ben Page, as he delves into the intricacies of consumer sentiment amidst political and business uncertainties. Discover how global events shape consumer behavior and the implications for businesses worldwide.

Malaysia di trajektori tepat jadi pusat teknologi serantau - MCCA
Sektor teknologi digital menerima pelaburan RM163.6 bilion, mengatasi nilai pelaburan digital diluluskan pada 2023 sebanyak 250 peratus.

Stadium Sultan Ibrahim venue pilihan aksi Malaysia menentang Nepal
AFC tiada halangan memandangkan Stadium Sultan Ibrahim sudah mendapat kelulusan sebagai venue rasmi bagi saingan Liga Juara-Juara AFC Elite (ACL Elite) musim ini.
Akaun Fleksibel KWSP: Kemudahan atau perangkap kewangan?
Lebih 4 juta ahli KWSP di bawah 55 tahun mengeluarkan simpanan mereka. Adakah ini tanda keperluan mendesak atau kegagalan pengurusan kewangan? Dekan Fakulti Ekologi Manusia, UPM, Prof Dr Mohamad Fazli Sabri bincangkan punca, kesan jangka panjang, dan peranan KWSP dalam meningkatkan kesedaran rakyat mengenai simpanan hari tua.
AWANI Pagi: garisan baharu kaunseling depani cabaran semasa
Diskusi 8.30 pagi Khamis bersama tiga pakar, Prof Dr. Othman Mohamed, Presiden Lembaga Kaunselor Malaysia & Pengerusi WCC 2025; Prof. Datuk Dr. Mohd Tajudin Md Ninggal, Naib Presiden dan Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Penyelidikan) Open University Malaysia dan Prof Madya Dr. Wan Marzuki Wan Jaafar, Dekan Fakulti Pengajian Pendidikan UPM & Ahli Lembaga Kaunselor Malaysia membincangkan mengenai cabaran-cabaran serta permasalahan yang didepani kaunselor dan kaunseling dalam era semasa sempena Persidangan Kaunseling Sedunia (WCC 2025).

Jumlah jualan kenderaan baharu dijangka turun kepada 755,000 unit pada 2025 - CIMB Securities
Penurunan itu dipengaruhi beberapa faktor seperti penyasaran subsidi petrol RON95 dan semakan semula kaedah perkiraan nilai pasaran terbuka.

Pendaftaran PADU Fasa 2 dibuka selepas Kabinet luluskan - Rafizi
Pendaftaran PADU fasa kedua akan dibuka selepas Kabinet meluluskan beberapa kriteria yang sedang diperhalusi oleh kementerian yang terlibat.

Penyasaran subsidi kesihatan awam mampu dilaksana - Dr Dzulkefly
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata penyasaran subsidi kesihatan awam sedang diteliti dan dilihat mampu dilaksanakan dengan algoritma dan sifir khusus.

Subsidi RON95: Kaedah, mekanisme pelaksanaan masih diperhalusi MOF
Pada masa ini, sesi libat urus bersama semua pihak berkepentingan giat dijalankan, untuk membincang dan mencari kaedah yang terbaik.

Pendapatan sebenar kumpulan T15 belum dimuktamad - PM Anwar
Kerajaan belum memuktamadkan golongan yang terkecuali daripada mendapat subsidi daripada kerajaan, termasuk subsidi minyak.

Penyasaran subsidi RON 95: Pakar ekonomi cadang kerajaan tidak ganggu harga pasaran
Prof Tan Sri Dr Noor Azlan Ghazali berkata pada masa sama kerajaan disaran terus memberi bantuan sewajarnya kepada golongan yang memerlukan.

Laksanakan analisis faedah kos bagi penyasaran subsidi - Rafidah
Tan Sri Rafidah Aziz menyarankan agar penyasaran subsidi yang bakal dilaksanakan pada tahun depan diperhalusi, termasuk melaksanakan analisis faedah kos.

Pembangkang cuba wujudkan naratif palsu penyasaran subsidi RON95 - Muhammad Kamil
Hingga kini pembangkang bukan sahaja gagal memberikan kritikan membina, sebaliknya kerap mewujudkan spekulasi jahat, kata Setiausaha Politik Menteri Kewangan.

Kes seludup diesel di Kelantan turun 95 peratus - KPDN
Penyeludupan diesel di negeri Kelantan menurun sebanyak 95 peratus sejak kerajaan melaksanakan penyasaran subsidi diesel.

Penyasaran subsidi: Pematuhan peniaga baik - Armizan
Tahap pematuhan peniaga dalam tempoh dua bulan pelaksanaan penyasaran subsidi diesel adalah baik, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali.