PASIR PUTEH: Seorang penyelam skuba ditemukan lemas ketika mengikuti kursus selaman berhampiran Tokong Laut, Pulau Perhentian, Terengganu, dalam kejadian petang tadi.
Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kelantan Kepten Maritim Muhd Nur Syam Asmawie Yaacob berkata mayat mangsa Mohamad Abbass Shabki, 22, ditemukan oleh penduduk kampung kira-kira 2.40 petang.
Beliau berkata terdahulu Bot Kilat 28 APMM Kelantan dengan kekuatan seramai lima anggota telah diatur gerak menuju ke lokasi kejadian yang jaraknya lebih kurang 12.7 batu nautika daripada Jeti Ibu Pejabat APMM Kelantan selepas menerima maklumat mengenai kejadian tersebut daripada Malaysia Rescue Sub Centre (MRSC) Kuantan.
"Sebelum ketibaan Bot Kilat 28, polis bersama komuniti pulau telah melakukan pencarian di lokasi terakhir mangsa dilihat. Mayat mangsa, Mohamad Abbass telah ditemukan oleh penduduk pulau lebih kurang pada 2.40 petang dan dibawa ke jeti Pulau Perhentian Besar," katanya dalam kenyataan hari ini.
Muhd Nur Syam berkata mayat mangsa seterusnya dibawa ke Jeti Ibu Pejabat APMM Kelantan oleh Bot Kilat 28 dan tiba pada 4 petang untuk diserahkan kepada pihak Ibu Pejabat Polis Daerah Besut, Terengganu untuk tindakan lanjut.
"Hasil siasatan mangsa dan empat rakan yang berasal dari Kelantan didapati merentas negeri tanpa kebenaran. Apabila disoal, tujuan mereka merentas negeri adalah untuk membekalkan makanan ke Pulau Perhentian.
"Untuk itu, pihak polis akan mengambil tindakan sewajarnya atas kesalahan ingkar Fasa Satu Kawalan Pergerakan dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN). Polis turut akan mengambil tindakan terhadap pengusaha yang terbabit," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 01 2021
Mayat mangsa dibawa ke Jeti Ibu Pejabat APMM Kelantan oleh Bot Kilat 28 dan tiba pada 4 petang. - Gambar/ Maritim Malaysia
Lebih 18,000 kandungan di media sosial diminta diturunkan - Fahmi
Sebanyak 18,785 kandungan yang melanggar undang-undang negara di pelbagai platform media sosial telah diminta diturunkan oleh MCMC sejak 1 Januari lepas.
Zoo Yangon sambut ulang tahun ke-119
Zoo Yangon menyambut ulang tahun ke-119 yang juga merupakan zoo tertua di asia tenggara.
Thailand tingkat langkah keselamatan sempadan & migrasi
Thailand komited mempercepatkan pelaksanaan langkah komprehensif bagi menangani isu migrasi rentas sempadan dan membanteras aktiviti haram di sepanjang sempadannya, khususnya di sempadan Thailand-Myanmar.
Tiada unsur jenayah dalam kes pegawai tinggi BAM - Azam Baki
Satu laporan lengkap berhubung siasatan akan dihantar kepada Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh kerana wujud beberapa perkara yang perlu diperbetulkan.
Penjawat awam direman bantu siasatan kes tuntutan palsu RM132,000
Seorang penjawat awam direman membantu siasatan kes mengemukakan tuntutan palsu berkaitan bayaran saguhati kepada saudara baru.
Kilang BYD $1 bilion di Indonesia selesai akhir 2025
Pembangunan kilang syarikat pembuatan automotif Build Your Dream (BYD) di Indonesia dijangka siap sepenuhnya hujung tahun 2025 ini. Kilang pembuatan kenderaan elektrik dari China itu menelan belanja $1 bilion dolar Amerika. Kilang itu terletak dua jam dari bandaraya Jakarta.
Singapura perkenal program penjagaan paliatif awal untuk pesakit jantung
Singapura memperkenalkan program penjagaan paliatif awal untuk pesakit jantung dengan pembiayaan sebanyak SGD6.5 juta.
Singapura perketat kawalan penggunaan skrin untuk kanak-kanak
Singapura memperkenalkan langkah lebih ketat untuk mengawal penggunaan skrin oleh kanak-kanak dalam usaha untuk memupuk gaya hidup lebih sihat.
Sekolah di sekitar Bangkok ditutup susulan pencemaran udara
Beberapa sekolah di sekitar Bangkok diarah tutup untuk sementara waktu susulan pencemaran udara yang berada pada tahap tidak sihat.
WEF2025: The Geoeconomics of Energy and Materials
In an increasingly volatile geopolitical and technological landscape, where should leaders focus their attention to effectively shape the geoeconomics of energy and materials?
Kanak-kanak enam tahun lemas, jatuh sungai ketika memancing
Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun ditemukan lemas di dalam sungai di Kampung Mujur, Jelawat, Bachok, hari ini.
Lelaki hilang empat hari ditemui lemas di Pulau Pangkor
Kira-kira jam 11.24 pagi Rabu, Balai Polis Pangkor menerima maklumat awam berkaitan penemuan mayat itu.
Lelaki hilang selepas dibawa arus semasa berenang menyeberang sungai
Seorang lelaki berusia 25 tahun dikhuatiri lemas apabila hilang semasa berenang untuk menyeberangi sungai berhampiran Rumah Manggin, Nanga Buan, Ngemah, Kanowit hari ini.
Kanak-kanak autistik tujuh tahun dikhuatiri hilang terjatuh longkang
Seorang kanak-kanak lelaki autistik berusia tujuh tahun dikhuatiri hilang selepas dipercayai terjatuh ke dalam longkang berhampiran rumahnya di Taman Tunku Tabor, di sini, hari ini.
Lelaki terjun sungai, lari daripada polis ditemukan lemas
Suspek memiliki 10 rekod jenayah lampau berkaitan dadah dan mayatnya dihantar ke Unit Forensik Hospital Besut untuk bedah siasat.
Remaja lelaki terjatuh ketika memancing di rumah rakit ditemukan lemas
Mayat Azri Fahmi dijumpai terapung oleh pasukan operasi mencari dan menyelamat pada pukul 7.45 pagi tadi.
Kanak-kanak 10 tahun lemas di kolam hotel
Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun ditemukan lemas ketika mandi di kolam renang sebuah hotel di daerah Kemaman, petang semalam.
Kanak-kanak 7 tahun ditemukan lemas di tali air
Mayat mangsa ditemui kira-kira 30 meter dari tebing tali air dan disahkan meninggal dunia akibat lemas oleh pegawai perubatan.
Anggota polis dikhuatiri lemas ditemukan meninggal dunia
Mayat Koperal Muhammad Taufik Sayuti, 39, ditemui pada jam 4.55 pagi tadi selepas operasi mencari dan menyelamat digerakkan.
287 kematian akibat lemas, angka yang membimbangkan - KP Bomba
Daripada jumlah 287 kes kematian itu, mangsa paling ramai melibatkan lingkungan umur 20 hingga 39 tahun iaitu 38%.