ALOR SETAR: Akibat salah faham seorang lelaki cedera ditikam di bahagian perut dengan pemutar skru oleh rakan sekerjanya selepas berlaku pergaduhan di tempat kerja mereka di bandar raya Alor Setar.
Ketua Polis Daerah Kota Setar Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, dalam kejadian jam 3 petang itu mangsa berusia 33 tahun yang juga penyelia di tempat kerja terbabit dikatakan menegur suspek ekoran tidak berpuas hati dengan kerja dilakukan suspek.
“Tercetus pertengkaran akibat perselisihan faham antara mereka sehingga menyebabkan pergaduhan.
“Suspek kemudiannya menikam mangsa lalu melarikan diri,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Ahmad Shukri berkata, mangsa yang dalam keadaan berlumuran darah hadir ke Balai Polis Alor Setar untuk membuat laporan.
Jelasnya, mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk rawatan lanjut dan dilaporkan dalam keadaan stabil.
Suspek berusia 37 tahun itu berjaya ditahan di tepi jalan di Kampung Gerigis kira-kira jam 5.50 petang.
Turut dirampas ialah pemutar skru yang digunakan suspek untuk membantu siasatan.
Menurut Ahmad Shukri, hasil semakan mendapati suspek mempunyai tiga rekod jenayah termasuk dadah.
Kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.
Adie Sufian Zulkefli
Wed Jun 16 2021
Ahmad Shukri berkata, mangsa yang dalam keadaan berlumuran darah datang ke Balai Polis Alor Setar untuk membuat laporan. - Foto BERNAMA
SPRM integrasi teknologi 'blockchain', AI dalam siasatan dan operasi
Azam berkata perkembangan teknologi dari semasa ke semasa turut membawa kepada cabaran baharu dalam menangani jenayah rasuah yang semakin kompleks.
Nahas Black Hawk-American Airlines boleh dielak - Trump
Operasi mencari dan menyelamat sedang dijalankan oleh pasukan penyelamat tempatan dan tentera.
AWANI Ringkas: Empat ditahan kes rempuh di luar kelab malam
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Nahas Black Hawk-American Airlines: 18 mayat ditemukan di Sungai Potomac
Polis berkata terdapat sekurang-kurangnya tiga kawasan serpihan di dalam air dikenal pasti dan sekurang-kurangnya 18 mayat telah ditemukan.
Pesawat terhempas di Selatan Sudan, 20 terkorban
Nahas berlaku kira-kira 10 minit selepas berlepas, dipercayai akibat kegagalan struktur sayap pesawat.
Pihak berkuasa Korea Selatan siasat punca kebakaran pesawat Air Busan
Kebakaran berlaku ketika pesawat bersiap untuk berlepas ke Hong Kong, dipercayai berpunca daripada bateri mudah alih dalam ruang penyimpanan.
Pesawat terhempas di Selatan Sudan, 18 terkorban
18 dilaporkan terkorban dalam satu nahas melibatkan sebuah pesawat di Selatan Sudan. Pesawat yang dikendalikan oleh syarikat logistik Light Air Services itu dilaporkan sedang membawa jurutera dari telaga minyak Unity ke ibu negara, Juba.
Miki sedia sahut cabaran Jojo untuk beraksi di Sukan SEA Thailand
Miki, 16, bercita-cita untuk beraksi di ONE Championship dan akan menyertai Kejohanan Muay Thai Antarabangsa Wilayah Pahlawan 2025 di Dataran Merdeka pada 22 Feb.
Amaran hujan berterusan tahap bahaya di Sarawak
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap bahaya dan buruk melibatkan beberapa kawasan di negeri Sarawak sehingga Jumaat.
48 PPS diaktifkan di Sarawak
Laporan terkini situasi banjir di Sarawak bersama Wartawan AWANI Borneo, Fadilah Sulaiman yang berada di Miri.
Penyelia cedera ditikam dengan pemutar skru
Akibat salah faham seorang lelaki cedera ditikam di kanan perut dengan pemutar skru oleh rakan sekerjanya selepas berlaku pergaduhan di tempat kerja mereka di bandar raya Alor Setar.