KUALA LUMPUR: Saintis Malaysia yang berpangkalan di United Kingdom (UK), Dr Serena Nik-Zainal sekali lagi mengharumkan nama negara selepas menerima anugerah Francis Crick Medal and Lecture 2022 atas sumbangannya terhadap kajian punca barah.
Menerusi kenyataan di laman sesawang The Royal Society, anugerah tersebut diberikan kepada Dr Serena atas kejayaan besar melalui analisisnya mengenai tanda-tanda mutasi pada genom barah, yang mana ketika ini telah diterapkan pada terapi barah.
Anugerah tersebut sekali gus menyaksikan Dr Serena, yang kini bertugas sebagai doktor dan saintis di Penyelidikan Kanser UK, Universiti Cambridge bakal menerima pingat dan hadiah sebanyak £2,000 (RM11,568).
Selain itu, graduan perubatan di Unit Penyelidikan Kanser, Universiti Cambridge di bawah tajaan Petronas itu akan turut menyampaikan ucapan bagi anugerah berkenaan pada tahun depan.
Menurut The Royal Society, anugerah The Francis Crick Medal and Lecture diberikan setiap tahun dalam apa jua bidang sains biologi.
Keutamaan diberikan kepada bidang genetik, biologi molekul dan neurobiologi.
Setakat ini, 18 saintis telah menerima anugerah tersebut dari 2003 sehingga 2020, dimana pada tahun lalu ia dianugerahkan kepada Dr Marta Zlatic.
Sementara itu, Dr Serena dalam kemas kini di laman Twitternya menzahirkan rasa gembira dan berterima kasih atas penghormatan besar itu.
“Terima kasih kepada semua yang telah mengajar, menyokong, mendorong dan membimbing saya. (Saya) sangat menghargainya!
"Kepada pasukan saya yang hebat, ini untuk kita," demikian tulisnya pada Selasa.
Kejayaan Dr Selena itu turut mendapat perhatian Institut Penyelidikan Perubatan United Kingdom yang mengucapkan tahniah atas anugerah tersebut.
BACA: Saintis Malaysia menang 'anugerah Nobel' untuk pencapaian kajian kanser
Pada Oktober 2019, Dr Serena dianugerahkan Hadiah Penyelidikan Kanser Dr Josef Steiner 2019 atas kejayaannya menjalankan kajian untuk mempercepat penafsiran holistik genom kanser.
Untuk rekod, Dr Serena menyambung pelajaran di Wellcome Sanger Institute (WSI) pada 2009 untuk meneroka kajian kanser payu dara menggunakan whole genome sequencing (WGS).
Beliau kemudiannya dianugerahkan CRUK Advanced Clinician Scientist Fellowship pada 2017 sebelum berpindah ke Universiti Cambridge.
Hasimi Muhamad
Wed Aug 25 2021

Anugerah tersebut diumumkan di laman sesawang The Royal Society - Gambar Twitter Dr Serena
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Penyelidikan barah, saintis Malaysia di UK terima anugerah daripada The Royal Society
Anugerah tersebut diberikan atas kejayaan besar Dr Selena melalui analisisnya mengenai tanda-tanda mutasi pada genom barah.