PUTRAJAYA: Penyertaan Malaysia ke Persidangan Buruh Antarabangsa ke-112 yang berlangsung di Geneva, Switzerland baru-baru ini membuktikan kesungguhan kerajaan dalam memartabatkan piawai perburuhan negara agar selari dengan piawai perburuhan antarabangsa.
Dalam satu kenyataan hari ini, Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) memaklumkan Malaysia yang diwakili Menteri Sumber Manusia Steven Sim telah menyuarakan pelbagai perkara berkaitan sektor pekerjaan serta mengadakan beberapa pertemuan dan perbincangan dengan rakan sejawatan dari negara ASEAN yang menyertai persidangan itu.
Menurut Kesuma, Sim juga telah mengadakan mesyuarat bersama Sekretariat Forum Ekonomi Dunia, perwakilan tertinggi tiga pihak antarabangsa iaitu International Trade Union Confederation (ITUC) dan International Organisation of Employers (IOE) serta perjumpaan dengan pakar Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) dalam bidang platform ekonomi dan standard perburuhan.
"Persidangan peringkat antarabangsa ini membuka peluang kepada pemimpin serantau untuk duduk semeja dan berbincang tentang hal melangkaui sempadan negara masing-masing.
"Sim telah mengambil kesempatan mengadakan pertemuan dengan semua rakan sejawat dari negara ASEAN dalam satu sesi bagi bertukar pendapat serta cadangan untuk mengadakan kerjasama lebih rapat dalam isu perburuhan dan aspek pembangunan kemahiran bersama negara anggota," menurut Kesuma.
Kementerian itu memberitahu Sim turut mengadakan pertemuan dua hala dengan rakan sejawat dari Filipina dan Nepal yang bertujuan memperkukuh kerjasama serantau dan negara sumber serta mengulang tekad untuk memastikan kebajikan pekerja dari kedua-dua negara sumber itu terpelihara.
Pada Selasa lepas, media melaporkan Sim telah mendepositkan dokumen ratifikasi Konvensyen ILO C155 sebagai sebahagian langkah kerajaan untuk memperkukuh aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan selaras keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 8 Mei lepas.
Kesuma turut memaklumkan sewaktu ucapan negara dalam sidang pleno pada persidangan itu, Sim telah menyinggung kontrak sosial dunia ketika ini yang hanya menguntungkan negara kuasa besar dunia dan merugikan negara kecil.
"Beliau juga telah berkongsi pengalaman dan usaha Malaysia dalam memartabatkan pekerja melalui rangka kerja MADANI," menurut kenyataan itu.
Persidangan Buruh Antarabangsa ke-112 selama lima hari yang bertemakan 'Ke Arah Memperbaharui Kontrak Sosial' telah melabuhkan tirainya pada Jumaat lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 16 2024

Penyertaan Malaysia ke Persidangan Buruh Antarabangsa ke-112 yang berlangsung di Geneva, Switzerland baru-baru ini membuktikan kesungguhan kerajaan dalam memartabatkan piawai perburuhan negara. -FB Kementerian Sumber Manusia

Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Pasukan pendudukan Israel telah memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.

KPKT bentang 12 komitmen untuk kesejahteraan rakyat
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah membentangkan 12 komitmen untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat sempena Permukiman Jemaah Menteri Kerajaan MADANI yang berlangsung semalam.
AWANI Ringkas: Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PRK DUN Ayer Kuning: Ahmad Zahid harap SPR ambil kira Ramadan
Ahmad Zahid berkata pihaknya berpendapat tidak perlu tergesa-gesa mengadakan pilihan raya kecil itu memandangkan ketibaan Ramadan.

Turkiye di kedudukan ke-11 dunia dalam eksport industri pertahanan - Erdogan
Erdogan berkata negara itu berada di ambang transformasi besar dan kejayaan ekonomi yang memberangsangkan.

Polis Perak berkas 15 ahli sindiket tawar pekerjaan tidak wujud
Polis menahan 13 warga China terdiri daripada 12 lelaki dan seorang wanita berusia antara 26 hingga 41 tahun.

Laluan udara baharu hubungkan Xi'an dengan Malaysia
Perkhidmatan penerbangan harian baharu yang menghubungkan Xi'an, China dengan Kuala Lumpur dibuka secara rasmi pada Ahad.
AWANI 7:45 [23/2/2025] – Reman Tiga Dan Lima Hari | Tekanan Darah Turun Dan Naik | SPRM Bebas Ambil Tindakan | 48,329 Kematian
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Irfan Faruqi
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- SPRM tahan empat pegawai Ismail Sabri, termasuk dua bergelar Datuk
- Ismail Sabri masih dalam pemantauan rapi.
- PM nafi dakwaan dendam, tidak campur urusan SPRM
- Kematian penduduk Palestin meningkat walaupun tempoh gencatan senjata
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- SPRM tahan empat pegawai Ismail Sabri, termasuk dua bergelar Datuk
- Ismail Sabri masih dalam pemantauan rapi.
- PM nafi dakwaan dendam, tidak campur urusan SPRM
- Kematian penduduk Palestin meningkat walaupun tempoh gencatan senjata
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews

Letusan Gunung Lewotobi: Indonesia pindahkan 250 keluarga ke rumah sementara
Kerajaan Indonesia telah menempatkan semula 250 keluarga yang terjejas akibat letusan Gunung Lewotobi Laki-Laki di Nusa Tenggara Timur dari pusat perlindungan pelarian ke rumah sementara.

Mobile Legend Bang Bang diperkenal di Sukan Asia 2026
Sukan Asia bakal berlangsung di Nachi-Nagoya, Jepun dari 19 September hingga 4 Oktober 2026.
![[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia [KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71740286728_Renewableenergy.jpg)
[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia
Malaysia telah mencapai 28 peratus dalam campuran bahan api setakat Oktober 2024.

Utusan Khas ASEAN bincang krisis Myanmar dengan Setiausaha Agung
Mereka membincangkan pelaksanaan Konsensus Lima Perkara, termasuk usaha meningkatkan penyampaian bantuan kemanusiaan kepada rakyat Myanmar.

ESCAP seru ASEAN perkukuh komitmen Perjanjian Paris
ASEAN sebagai satu blok mempunyai keupayaan untuk menarik pelabur serta membentuk mekanisme pembiayaan mampan.

Sudah tiba masa Malaysia iktiraf kerajaan baharu Syria - GPM
Katanya, pengiktirafan ke atas kerajaan baharu Syria oleh Malaysia akan membuka ruang bagi memperkukuh diplomasi dan solidariti dunia Islam.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.

Ringgit melonjak ke paras tertinggi dalam tempoh hampir 2 minggu
Ringgit ditutup tinggi pada Khamis mendapat rangsangan daripada kemungkinan perjanjian perdagangan antara Amerika Syarikat (AS) dan China.

Malaysia di trajektori tepat jadi pusat teknologi serantau - MCCA
Sektor teknologi digital menerima pelaburan RM163.6 bilion, mengatasi nilai pelaburan digital diluluskan pada 2023 sebanyak 250 peratus.

Apa peluang dagangan baharu untuk Thailand dan Malaysia?
Malaysia dan Thailand memiliki kelebihan tersendiri dalam sektor tertentu yang boleh saling melengkapi.