SUNGAI SIPUT: Kerajaan Perak akan membangunkan projek tanaman bawang merah varieti BAW-1 di daerah Perak Tengah tahun ini, menyasarkan kawasan sekitar 40 hektar susulan kejayaan projek pertama tanaman bawang tempatan di Sungkai baru-baru ini
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan negeri Datuk Mohd Zolkafly Harun berkata projek itu bakal dijayakan Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (Perak SADC) dengan kerjasama Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI).
"Langkah ini kesinambungan daripada kejayaan projek pertama tanaman bawang tempatan di Sungkai baru-baru ini yang telah mengeluarkan hasil.
"Untuk projek ini pula, Perak SADC akan menyediakan tanah di Lambor iaitu satu daripada kawasan dalam Daerah Perak Tengah dan pada masa yang sama dibantu oleh pihak MARDI," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui di Rumah Terbuka Aidilfitri di Pusat Konvensyen Sungai Siput di sini, pada Khamis yang turut dihadiri lebih 3,000 masyarakat sekitar Parlimen Sungai Siput.
Zolkafly berkata pengeluaran hasil bawang melalui projek itu juga dijangka bakal memenuhi permintaan di negeri ini.
"Kita juga akan perluaskan projek ini ke daerah-daerah lain yang mempunyai kawasan yang bersesuaian dan matlamat kita adalah untuk menjadikan Perak sebagai hab pengeluaran bawang tempatan," katanya.
Dalam perkembangan lain, beliau berkata cuaca panas dan fenomena El Nino yang melanda negara ketika ini tidak menjejaskan pengeluaran hasil pertanian dan penternakan di Perak.
Setakat ini tiada sebarang laporan atau aduan daripada mana-mana petani atau penternak yang mengalami masalah berhubung keadaan cuaca itu.
"Jika ada aduan berhubung masalah ini, saya minta para petani, penternak dan pihak berkaitan berhubung terus dengan jabatan atau agensi berkaitan supaya dapat ditangani dengan sewajarnya," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 18 2024

Mohd Zolkafly (tengah) beramah mesra bersama tetamu yang hadir pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri yang dianjurkannya di Pusat Konvensyen Sungai Siput pada Khamis. - Foto BERNAMA

KPKT bentang 12 komitmen untuk kesejahteraan rakyat
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah membentangkan 12 komitmen untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat sempena Permukiman Jemaah Menteri Kerajaan MADANI yang berlangsung semalam.
AWANI Ringkas: Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PRK DUN Ayer Kuning: Ahmad Zahid harap SPR ambil kira Ramadan
Ahmad Zahid berkata pihaknya berpendapat tidak perlu tergesa-gesa mengadakan pilihan raya kecil itu memandangkan ketibaan Ramadan.

Turkiye di kedudukan ke-11 dunia dalam eksport industri pertahanan - Erdogan
Erdogan berkata negara itu berada di ambang transformasi besar dan kejayaan ekonomi yang memberangsangkan.

Polis Perak berkas 15 ahli sindiket tawar pekerjaan tidak wujud
Polis menahan 13 warga China terdiri daripada 12 lelaki dan seorang wanita berusia antara 26 hingga 41 tahun.

Laluan udara baharu hubungkan Xi'an dengan Malaysia
Perkhidmatan penerbangan harian baharu yang menghubungkan Xi'an, China dengan Kuala Lumpur dibuka secara rasmi pada Ahad.
AWANI 7:45 [23/2/2025] – Reman Tiga Dan Lima Hari | Tekanan Darah Turun Dan Naik | SPRM Bebas Ambil Tindakan | 48,329 Kematian
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Irfan Faruqi
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- SPRM tahan empat pegawai Ismail Sabri, termasuk dua bergelar Datuk
- Ismail Sabri masih dalam pemantauan rapi.
- PM nafi dakwaan dendam, tidak campur urusan SPRM
- Kematian penduduk Palestin meningkat walaupun tempoh gencatan senjata
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- SPRM tahan empat pegawai Ismail Sabri, termasuk dua bergelar Datuk
- Ismail Sabri masih dalam pemantauan rapi.
- PM nafi dakwaan dendam, tidak campur urusan SPRM
- Kematian penduduk Palestin meningkat walaupun tempoh gencatan senjata
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews

Letusan Gunung Lewotobi: Indonesia pindahkan 250 keluarga ke rumah sementara
Kerajaan Indonesia telah menempatkan semula 250 keluarga yang terjejas akibat letusan Gunung Lewotobi Laki-Laki di Nusa Tenggara Timur dari pusat perlindungan pelarian ke rumah sementara.

Mobile Legend Bang Bang diperkenal di Sukan Asia 2026
Sukan Asia bakal berlangsung di Nachi-Nagoya, Jepun dari 19 September hingga 4 Oktober 2026.

Vikneswaran pertahan jawatan Presiden KLHA
Vikneswaran berkata beliau akan memberi fokus kepada membangunkan akar umbi sukan hoki negeri.

Perak bakal laksana projek tanam bawang di Perak Tengah, sasar kawasan 40 hektar
Kerajaan Perak akan membangunkan projek tanaman bawang merah varieti BAW-1 di daerah Perak Tengah tahun ini.