IPOH: Perak bercadang untuk menempatkan mesin layan diri sanitari di kawasan strategik, sebagai salah satu langkah menangani isu kemiskinan haid dalam kalangan remaja dan wanita dari golongan B40 di negeri ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Masyarakat Datuk Wan Norashikin Wan Noordin berkata mesin layan diri itu turut dicadang untuk ditempatkan di lokasi awam seperti kawasan rekreasi dan sekolah.
"Kita perlu berbincang mengenai perkara ini dengan Jabatan Pendidikan negeri untuk meletakkannya di sekolah dan juga pihak berkuasa tempatan sebelum boleh meletakkannya di kawasan rekreasi.
"Kita dapat lihat beberapa pusat beli belah meletakkan mesin layan diri tuala wanita di dalam tandas. Mesin ini penting terutama semasa kecemasan," katanya selepas melancarkan Majlis Pemberian Kit Asas Sanitasi Wanita Negeri Perak (PROKiS) di sini hari ini.
Terdahulu, seramai 200 remaja perempuan dan wanita yang menghadapi kesukaran untuk mendapatkan kelengkapan haid seperti tuala wanita akibat kemiskinan atau beban kewangan menerima bantuan kemiskinan haid di bawah program PROKiS.
Wan Norashikin berkata kemiskinan haid turut dikenal pasti menjadi antara punca pelajar ponteng sekolah di Perak terutama di kalangan remaja di kawasan luar bandar.
Sementara itu, seorang penerima bantuan PROKiS, Norfaradila Ibrahim, 39, berkata bantuan sebegini dapat memberi pendedahan kepada setiap orang.
"Program ini mampu memberi kesedaran dalam membantu masyarakat yang kurang berkemampuan. Zaman sekarang remaja tidak endah perkara melibatkan haid," katanya.
Selain itu, Nur Emily Anatasya Husna Mohd Fariszuan, 17, berkata perbelanjaaan sanitasi untuk dia dan ibunya agak membebankan.
"Setiap bulan perbelanjaan sanitasi untuk saya dan ibu lebih kurang RM30 sebulan. Ini agak membebankan. Jadi, bila ada bantuan sebegini, dapat bantu mengurangkan beban kami sekeluarga," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 26 2022

Wan Norashikin berkata mesin layan diri itu turut dicadang untuk ditempatkan di lokasi awam seperti kawasan rekreasi dan sekolah. - Gambar hiasan/ Pexels

Bekas ahli perniagaan warga China rugi RM4.2 juta terpedaya Macau Scam
Seorang bekas ahli perniagaan warga China kerugian RM4.2 juta selepas terpedaya dengan sindiket penipuan macau scam yang mendakwa sebagai pegawai polis.

Sembilan projek jambatan di Sarawak siap tahun ini - Timbalan Premier
Sembilan lagi projek pembinaan jambatan yang giat dilaksanakan di Sarawak dijangka siap dalam tahun ini, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Pemilihan PKR: Proses berjalan lancar, persiapan teratur - Fuziah
Persiapan bagi keseluruhan proses pemilihan jawatan PKR yang akan diadakan secara berperingkat bermula April hingga Mei depan berjalan lancar setakat ini, kata Setiausaha Agung PKR Fuziah Salleh.
Fokus Minggu Depan: Keselamatan makanan anak-anak sekolah
Ikuti ulasan Dr Nur Aqilah Amalina binti Jaafar, Pensyarah Jab. Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, UPM berkenaan dengan keselamatan makanan anak-anak sekolah.

Korea Selatan bantah tuntutan Jepun ke atas pulau kecil Dokdo
Korea Selatan pada Sabtu membantah tuntutan berulang kali Jepun terhadap pulau kecil yang terletak di tengah-tengah antara kedua-dua negara, dikenali sebagai Dokdo oleh Korea Selatan dan Takeshima ole
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.

PRN Sabah: Gerakan sudah bersedia, kenal pasti tiga kawasan
Parti Gerakan telah bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang dan sudah mengenal pasti tiga kawasan untuk bertanding.
Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
Sarawak tidak berhadapan masalah bekalan santan sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula- Anthony
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

Kemiskinan haid di Malaysia tidak membimbangkan
Pemberian tuala wanita dijalankan bagi memastikan kumpulan terlibat berada dalam keadaan bersih sewaktu menjalani tempoh haid.

Perak perhalusi cadangan letak mesin layan diri tuala wanita di sekolah rendah- Exco
Kerajaan negeri Perak akan memperhalusi cadangan untuk meletakkan mesin layan diri tuala wanita di kawasan strategik, khususnya di sekolah rendah.

KPWKM beri bantuan tuala wanita secara bersasar - Nancy
Pemberian tuala wanita perlu dilakukan secara bersasar dengan bantuan diberikan kepada Orang Asli, B40 dan golongan tidak berkemampuan.

MEF gesa majikan swasta beri tuala wanita percuma, tangani kemiskinan haid
Presiden MEF Datuk Dr Syed Hussain Syed Husman berkata golongan wanita turut sama menggembleng tenaga menyumbang ke arah peningkatan ekonomi keluarga dan negara.

Usahawan Malaysia terima anugerah 'Commonwealth Points of Light'
Anja Juliah menerima sijil yang ditandatangani mendiang Ratu Elizabeth II sebagai Ketua Komanwel sebelum pemergiannya.

Perak cadang tempatkan mesin layan diri tuala wanita di tempat strategik
Perak bercadang untuk menempatkan mesin layan diri sanitari di kawasan strategik, sebagai salah satu langkah menangani isu kemiskinan haid.

Bukan lagi isu taboo, 1,730 remaja perempuan berdepan kemiskinan haid
Masalah kemiskinan haid ini tidak wajar dianggap sebagai isu taboo susulan ia mengganggu aktiviti harian mereka yang terbabit.

Ratu Bumi Malaysia mahu tanam lebih banyak pokok, sumbang produk biodegrasi
Bagi Dr Nisha Thayananthan yang baru dimahkotakan sebagai Ratu Bumi Malaysia 2020/21, tiada yang lebih bermakna bagi dirinya melainkan untuk menjadikan Malaysia sebuah tempat yang lebih hijau.

Kerana minuman 'bubble tea', kereta ditampal puluhan tuala wanita
Pemandu kereta Maserati menerima padah selepas meletakkan kereta yang bernilai hampir setengah juta miliknya di merata tempat.

"Kasihanlah pada tukang cuci," - Norkhiriah sekolahkan pengguna pengotor
Setuju dengan Khiriah ..