IPOH: Kerajaan negeri akan mempertimbangkan cadangan untuk menempatkan karya seni bertemakan Perak Man Art Trail (PMAT) dan Pameran Solo Salleh Ismail di sebuah galeri khas di sini.
Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, karya yang mengetengahkan kawasan di Lembah Lenggong khususnya dan Perak amnya itu, dapat dijadikan khazanah berharga untuk negeri ini.
"Kita ada galeri di belakang Dewan Bandaraya Ipoh (DBI). Saya hendak lihat semula, sebab sebelum ini kita ada satu kolaborasi dengan Pihak Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA).
"Mereka telah membangunkan semula Ipoh Padang dan Perpustakaan Tun Razak - itu di kawasan berhampiran.
"Jadi, kalau NCIA boleh bersama-sama menjadikan galeri itu untuk tempatkan segala khazanah ini (karya seni), itu bagus dan kita akan buat," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Pameran Seni Visual PMAT dan Pameran Solo Salleh Ismail di Pusat Konvensyen Casuarina Meru di sini pada Sabtu.
Hadir sama, Presiden Persatuan Pelukis Perak (PPPk) Datuk Dr Ahmad Lothfi Ibrahim, Salleh dan para pelukis yang terbabit dalam PMAT.
Saarani menambah, terjemahan lokasi bersejarah dalam bentuk karya seni itu mampu menarik lebih ramai pengunjung ke Perak.
Katanya, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pelancongan negeri, Datuk Nolee Ashilin Mohamed Radzi akan berbincang secara lanjut supaya hasil karya tersebut dapat disimpan sebagai khazanah negeri untuk tatapan generasi akan datang.
"Syabas dan tahniah juga saya ucapkan kepada setiap agensi yang bekerjasama termasuk Tourism Perak, Balai Seni Negara dan Lembaga Muzium Negeri Perak.
"Perak Man seperti mana yang kita maklum adalah khazanah penting negara.
"Keistimewaan Perak Man yang meletakkan Lembah Lenggong dalam peta arkeologi dunia ini hendaklah kita syukuri dengan melipat-gandakan usaha menarik lebih ramai pelancong ke sana," katanya.
Pameran PMAT 2021 mengumpulkan seramai 30 orang pelukis tempatan dan juga dari Kuala Lumpur.
Antara nama-nama yang terbabit ialah A Malik Zainal Abidin, Roslinda Wahab, Aris Aziz, Rosli Ngah, Hadi M Amin, Amin Busu, Lyna Khairi, Raduan Norudin, Oh Chow Moy dan Raja Shahriman.
Pameran Solo Salleh Ismail pula menceritakan anak kelahiran Lenggong, Salleh dan perjalanan hampir setengah dekadnya dalam bidang seni, seterusnya dipersembahkan dalam 50 karya lukisan.
Aida Aziz
Sat Feb 05 2022
Saarani melawat sekitar Pameran Seni Visual PMAT dan Pameran Solo Salleh Ismail di Pusat Konvensyen Casuarina Meru, Ipoh, 5 Feb 2022. - Astro AWANI
Parlimen: KKM lakukan kajian awal penggunaan AI dalam saringan kesihatan
Kecerdasan buatan (AI) mempunyai potensi besar untuk digunakan dalam sistem kesihatan negara terutamanya dapat mempercepatkan aspek saringan dan diagnostik.
KESUMA, PERKESO dapatkan maklumbalas dengan pemegang taruh
Pihak Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) melalui Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) telah mengadakan sesi libat urus bersama para pemegang taruh bagi mendapatkan maklum balas berkenaan dengan cadangan pelaksanaan Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (SKBBK).
Parlimen: Kerajaan belum muktamad projek LPT3
Cadangan projek pembinaan Lebuhraya Pantai Timur 3 (LPT 3) dengan anggaran kos RM9.8 billion masih belum dimuktamadkan.
Anak muda Malaysia kini kurang berhibur di Sungai Golok
Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat mendedahkan, peratusan anak muda Malaysia yang berhibur di Sungai Golok kini semakin berkurangan susulan penutupan pangkalan haram 1 Disember 2024.
Malaysia lihat tanda awal pemulihan populasi - Nik Nazmi
Malaysia kini melihat tanda-tanda positif dalam pertumbuhan populasi harimau Malaya, kata Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad.
Perubahan iklim: Malaysia seru ASEAN bersatu dalam tindakan iklim
Malaysia menggesa negara anggota ASEAN mengambil pendirian yang lebih tegas dan bersatu dalam menangani isu perubahan iklim sempena pemegangannya sebagai Pengerusi ASEAN tahun ini.
Petronas sedia bantu Uzbekistan dalam sektor petrokimia, tenaga bersih
Petronas sedia bantu Uzbekistan dalam sektor petrokimia, tenaga bersih
Sultan Kedah berkenan mempengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-268
Sultan Kedah Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah berkenan mempengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-268 yang berlangsung di Istana Negara hari ini.
Hujan, pencemaran bau punca K9 gagal kesan Zayn Rayyan
Pencarian kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan Abdul Matin oleh Unit Anjing Pengesan (K9) Pulapol Kuala Lumpur tidak berhasil selepas berlaku hujan di kawasan kejadian.
[TERKINI] Taklimat media Khazanah Annual Review 2025
Ikuti taklimat media oleh Pengarah Urusan Khazanah, Datuk Amirul Feisal Wan Zahir sempena Khazanah Annual Review (KAR) 2025 di Innovation Centre, Mercu UEM.
Sudah terlambat selamatkan rumah Sharifah Aini, kerajaan digesa buka galeri khas
Banyak pihak meluahkan rasa kesal kerana rumah Allahyarham Datuk Sharifah Aini sudah dijual dan dirobohkan tanpa ada sebarang usaha daripada kerajaan untuk memelihara tinggalan Biduanita Negara itu.
Perak pertimbang wujud galeri khas khazanah seni negeri
Karya yang mengetengahkan kawasan di Lembah Lenggong itu dapat dijadikan khazanah berharga untuk negeri ini.
MH17: Genap sebulan tragedi, ingatan terhadap mangsa terus segar
Orang ramai memberi penghormatan kepada mangsa nahas Penerbangan MH17 sempena genap sebulan tragedi itu berlaku.