IPOH: Kerajaan negeri Perak bersedia berbincang untuk membuka semula Arena Tenis Perak untuk kegunaan pemain berdepan beberapa kejohanan.
Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad bagaimanapun berkata, setakat ini, pihaknya masih belum menerima permohonan mengenainya.
“Setelah dapat permohonan, kita kena bincanglah,” katanya pada sidang media selepas program Hari Bertemu Pelanggan di Stadium Indera Mulia, di sini, hari ini.
Baru-baru, Persatuan Lawn Tenis Perak (PLTA) menggesa kerajaan negeri dan pihak berkaitan membenarkan Arena Tenis Perak dibuka semula untuk kegunaan pemain berdepan beberapa kejohanan.
Naib Presiden Persatuan Lawn Tenis Perak (PLTA), Fazwil Abdul Wahid berkata, ia menjadi harapan besar gelanggang dapat dibuka secepat mungkin bagi memastikan kemudahan pemain untuk berlatih sebaiknya.
"Arena tenis ketika ini digunakan sebagai tapak Pusat Penilaian COVID-19 (CAC), tetapi mungkin sekarang ini 'volume' sudah tidak berapa ramai, jadi apa salahnya pindah ke dewan lain ataupun menggunakan Stadium Indera Mulia berhampiran yang sebelum ini dijadikan sebagai Pusat Pemberian Vaksin (PPV),” katanya.
Mengulas mengenai deposit lesen untuk bazar Ramadan yang telah mula dibuka, Saarani memberi jaminan ia akan dipulangkan sekiranya ia tidak dapat dilaksanakan ekoran kekangan COVID-19.
“Kalau tidak berniaga, kita kena pulangkan balik,” ujarnya sambil berharap ia tidak akan berlaku (sekatan adakan bazar Ramadan).
Ketika ini, pihak berkuasa tempatan telah mula membuka permohonan untuk berniaga di bazar Ramadan sepanjang bulan puasa tidak lama lagi.
Abd Razak Mohd Ali
Tue Feb 08 2022
![Perak sedia bincang buka semula Arena Tenis Perak Perak sedia bincang buka semula Arena Tenis Perak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/71644306354_MenteriBesarPerak.jpg)
Saarani Mohamad (tiga, kiri) beramah mesra dengan peniaga ketika melawat gerai jualan pada program Hari Bertemu Pelanggan Kerajaan Negeri Perak di Stadium Indera Mulia hari ini. - Bernama
Tumpuan Khamis – 13 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Seramai 139 nelayan terperangkap berjaya diselamatkan
Perkara itu disahkan oleh Pihak Perkhidmatan Kecemasan Rusia pada Rabu menerusi aplikasi telegram.
10 Berita Pilihan - (12 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mesir umum visi bersepadu untuk pembangunan semula Gaza
Mesir menyuarakan hasrat membentangkan visi bersepadu bagi pembinaan semula Gaza demi memastikan kelangsungan rakyat Palestin di tanah air mereka.
Erdogan, Prabowo bincang isu Gaza, perkukuh pertahanan
Presiden Indonesia Prabowo Subianto, menerima kunjungan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan, di Istana Presiden di Bogor pada Rabu.
PBB anggar AS53 bilion untuk bina semula Gaza
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan lebih 53 bilion dolar atau RM236.39 bilion ringgit bagi membina semula wilayah Gaza yang musnah akibat diserang tentera Israel. Ujar PBB, untuk tiga tahun pertama pembinaannya, kos yang dianggarkan mencecah 20 bilion dolar atau RM89.20 bilion.
Rakyat Palestin tidak sanggup lagi hadapi perang
Rakyat Palestin mengharapkan genjatan senjata yang dilaksana antara Hamas dan Israel diteruskan tanpa sengketa kerana mereka tidak lagi berdaya untuk berhadapan dengan perang. Suara hati rakyat Palestin itu disuarakan selepas berlaku ketegangan antara Hamas dan Israel dalam rundingan genjatan fasa pertama yang sepatutnya berakhir minggu lalu dan diteruskan dengan fasa kedua.
Trump laksana pemotongan berskala besar agensi kerajaan
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump melaksanakan pembuangan berskala besar melibatkan kakitangan agensi kerajaan negara itu, menerusi perintah eksekutif terbaharunya. Beliau yang optimis dengan misi untuk mencapai 'golden age of America' dalam masa yang sama mengarahkan setiap agensi persekutuan untuk bekerjasama rapat dengan Jabatan Kecekapan Kerajaan (DOGE) yang dipimpin oleh Elon Musk.
Alam sekitar: Malaysia komited dasar sifar plastik sekali guna
Malaysia tidak akan berganjak dengan dasar sendiri untuk membimbing orang awam tentang risiko penggunaan plastik sekali guna terhadap alam sekitar.
Dasar luar aktif, inklusif kunci Malaysia hadapi cabaran
Dasar luar Malaysia yang aktif, inklusif dan adaptif kunci bagi menghadapi cabaran ketidaktentuan global yang dibawa pentadbiran Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.
![Kilang pemasangan EV Proton perkukuh AHTV, buka 3,000 peluang pekerjaan - Saarani Kilang pemasangan EV Proton perkukuh AHTV, buka 3,000 peluang pekerjaan - Saarani](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738916631_tbSaaraniMohamad.jpg)
Kilang pemasangan EV Proton perkukuh AHTV, buka 3,000 peluang pekerjaan - Saarani
Pembinaan kilang pemasangan kenderaan elektrik (EV) Proton di sini bakal membuka lembaran baharu dalam memperkukuh pembangunan Lembah Teknologi Tinggi Automotif (AHTV), Tanjung Malim.
![Projek pembangunan Ipoh Sentral bermula enam bulan lagi Projek pembangunan Ipoh Sentral bermula enam bulan lagi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61737617964_AnthonyLoke.jpg)
Projek pembangunan Ipoh Sentral bermula enam bulan lagi
Projek ini bertujuan mengubah landskap Ipoh dengan menghubungkan ruang kediaman, komersial, dan rekreasi, serta dijangka membawa manfaat besar kepada ekonomi tempatan dan nasional.
![UMNO Perak akur ketetapan tidak teruskan perhimpunan 6 Januari UMNO Perak akur ketetapan tidak teruskan perhimpunan 6 Januari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/71726053068_TBSaaraniMohamad.jpg)
UMNO Perak akur ketetapan tidak teruskan perhimpunan 6 Januari
Menurut Saarani, ia selaras dengan pendirian parti itu yang tetap teguh mendukung kemuliaan institusi Raja-Raja Melayu.
![Gerakan koperasi perlu teroka peluang ekonomi baharu - MB Perak Gerakan koperasi perlu teroka peluang ekonomi baharu - MB Perak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41734364434_FBSaarani.jpg)
Gerakan koperasi perlu teroka peluang ekonomi baharu - MB Perak
Gerakan koperasi antara enjin pertumbuhan yang menyumbang kepada KDNK yang dapat mentransformasi dan memperkasa ekonomi masyarakat setempat.
![Sebahagian HSK Segari Melintang dibatal, diganti tanah lebih luas - Saarani Sebahagian HSK Segari Melintang dibatal, diganti tanah lebih luas - Saarani](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/81733199770_TBsaarani.jpg)
Sebahagian HSK Segari Melintang dibatal, diganti tanah lebih luas - Saarani
Tapak gantian itu telah diwartakan sebagai Hutan Simpan Durian Pipit melalui Warta Kerajaan No 1777 bertarikh 18 Mei tahun ini.
![Perak bentang Belanjawan 2025 berjumlah RM1.52 bilion, tertinggi dalam sejarah Perak bentang Belanjawan 2025 berjumlah RM1.52 bilion, tertinggi dalam sejarah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/81732865725_SaaraniMohamad.jpg)
Perak bentang Belanjawan 2025 berjumlah RM1.52 bilion, tertinggi dalam sejarah
Kerajaan Negeri Perak hari ini membentangkan Belanjawan 2025 berjumlah RM1.52 bilion, iaitu belanjawan tertinggi dalam sejarah Perak.
![Penjawat awam Perak dapat BKK dua bulan gaji Penjawat awam Perak dapat BKK dua bulan gaji](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/51732853558_tbBelanjawanN.jpg)
Penjawat awam Perak dapat BKK dua bulan gaji
Kerajaan Negeri Perak mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak dua bulan gaji kepada semua penjawat awam di negeri itu.
![Premis tentukan daftar masuk dan keluar hotel, pilihan di tangan pengguna - Saarani Premis tentukan daftar masuk dan keluar hotel, pilihan di tangan pengguna - Saarani](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61710082258_Unsplashphife.jpg)
Premis tentukan daftar masuk dan keluar hotel, pilihan di tangan pengguna - Saarani
Pengunjung boleh memilih premis yang menawarkan waktu daftar masuk dan keluar yang dirasakan lebih berbaloi.
![Perak terus teroka industri nadir bumi, hasil royalti RM30.88 juta setakat ini - Saarani Perak terus teroka industri nadir bumi, hasil royalti RM30.88 juta setakat ini - Saarani](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/71731150910_TBSaaraniMohamad.jpg)
Perak terus teroka industri nadir bumi, hasil royalti RM30.88 juta setakat ini - Saarani
Kerajaan negeri sepakat bekerjasama dengan sebuah syarikat tempatan bagi melaksanakan projek percubaan memproses hasil nadir bumi di Simpang Pulai.
![Sultan Nazrin berkenan sampaikan Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Islam Perak 2024 Sultan Nazrin berkenan sampaikan Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Islam Perak 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/81729922350_SultanNazrinShah.jpg)
Sultan Nazrin berkenan sampaikan Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Islam Perak 2024
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan berangkat ke majlis Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Islam Peringkat Negeri Perak 2024 hari ini.