PERTAMANYA saya ingin mengucapkan tahniah kepada Sinar Harian yang terus-menerus konsisten dalam memerangi rasuah sejak dahulu lagi.
Terkini melalui kempen Sinar Rasuah Busters. Seperti kata pemilik akhbar Sinar Harian, Datuk Dr Hussamuddin Yaacub: “Tidak melakukan apa-apa sedangkan kita sedar, tahu dan nampak jelas keruntuhan serta kereputan moral sedang berlaku dalam ekosistem kita, adalah seolah-olah bersubahat.”
Semangat yang sama menjadi bekal penulis ketika dilantik menjadi Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Institut Integriti Malaysia dahulu. Dengan semangat tersebut, pelbagai usaha telah dilakukan untuk membudayakan integriti dan memerangi rasuah, termasuk kerjasama pintar bersama pihak Sinar Harian.
Awal tahun 2020 adalah kemuncak usaha yang penulis sendiri terlibat secara langsung dalam memerangi rasuah di peringkat tertinggi negara. Hasilnya alhamdulillah, buat pertama kalinya markah dan kedudukan Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah peringkat dunia naik enam mata daripada 47 ke 53 dan naik 10 kedudukan, daripada 61 ke kedudukan 51 daripada 180 buah negara.
Usaha sebegini tidak boleh dibuat hanya secara bermusim. Ia harus berterusan dan berulang kali. Sebab itu saya memulakan kolum ini dengan mengucapkan tahniah kerana akhbar Sinar Harian sangat istiqomah dalam hal ini. Sebab itu jugalah kita harus memahami dan menghargai sejarah negara dalam konteks memerangi rasuah.
Seperti yang kita sedia maklum, Malaysia sememangnya mempunyai wawasan yang jelas untuk memerangi rasuah dan menjadi sebuah negara maju sepenuhnya menjelang tahun 2020. Bermula dengan slogan Bersih, Cekap dan Amanah, Malaysia memulakan langkah untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang bersih daripada rasuah. Malangnya, tahun 2020 yang baru kita lalui bersama meninggalkan kesan perit dengan pandemik Covid-19.
Lebih malang apabila kita mengambil kira kedudukan Malaysia yang dipaparkan oleh Indeks Persepsi Rasuah (CPI) sebelum Pilihan Raya Umum yang ke-14 dahulu, terutamanya antara tahun 2009-2017, didapati Malaysia berada dalam lingkungan negara yang tinggi persepsi rasuahnya. Bagi tempoh tahun 2012 sehingga 2017 pula, purata markah yang diperoleh hanya mencapai 49.5 peratus. Tidak melepasi paras 50 pun.
Tidak salah untuk kita membuat andaian bahawa antara sebab kegagalan kita mencapai Wawasan 2020 adalah kerana rasuah. Bayangkan sekiranya hasil negara yang hilang kerana rasuah dapat digunakan untuk pembangunan negara sepenuhnya, sudah pasti kita akan lebih awal mencapai hasrat yang terkandung dalam Wawasan 2020.
Sebab itu pada hemat penulis, wawasan yang digariskan sejak tahun 1991 ini harus terus menjadi kemudi ke arah pembangunan negara tidak kira siapa yang memerintah negara. Semangat di sebalik sembilan cabaran yang terkandung adalah impian kita semua. Mungkin kita boleh tambah cabaran yang ke-10 iaitu untuk memulihara alam sekitar bagi melengkapi cabaran-cabaran sedia ada.
Yang diimpikan ini bukan sahaja maju dari sudut ekonomi dan material semata-mata, malah meliputi seluruh elemen sebuah bangsa yang benar-benar maju termasuk sisi integritinya.
Dalam satu sesi Webinar baru-baru ini anjuran Akademi Profesor Malaysia, yang membincangkan tajuk “Setelah Wawasan 2020: Sejarah dan Masa Depan Bangsa”, pembicara utamanya, Dr Jomo Kwame Sundaram mendedahkan siapa penulis di sebalik ucapan Perdana Menteri yang memperkenalkan Wawasan 2020.
Nama-nama seperti Allahyarham Tan Sri Dr Noordin Sopiee, Allahyarham Profesor Dr Ismail Salleh dan Allahyarham Rustam Sani disebut adalah tokoh pemikir dan menyumbang kepada semangat di sebalik sembilan cabaran yang terkandung dalam ucapan tersebut.
Sekiranya kita biasa membaca tulisan ketiga-tiga pemikir negara ini, kita akan dapat memahami dengan lebih jelas bagaimana idea di sebalik cabaran yang masih belum dapat kita capai menjadi kerangka utama ucapan tersebut dan kenapa ia perlu untuk kita terus jadikan sasaran.
Paling jelas dalam konteks memerangi rasuah dan membudayakan integriti dalam masyarakat dapat kita lihat dalam cabaran yang keempat iaitu mewujudkan masyarakat yang sepenuhnya bermoral dan beretika, dengan warganegaranya teguh dalam nilai agama dan kerohanian dan didukung oleh nilai etika paling tinggi.
Sebab itu pada zaman Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri, Pelan Integriti Nasional (PIN) yang diperkenalkan sebenarnya adalah elaborasi kepada apa yang terkandung dalam cabaran keempat Wawasan 2020. Bagaimana untuk kita mencapai cabaran keempat, diterangkan secara spesifik dalam PIN.
Selepas PRU14, kerajaan Pakatan Harapan memperkenalkan Pelan Anti-Rasuah Nasional. Satu rancangan penting untuk menyambung usaha negara mencapai hasrat yang terkandung dalam cabaran keempat tersebut. Rancangan-rancangan ini sepatutnya tidak dilihat dalam konteks kaitannya dengan pemerintah pada masa tertentu. Ini adalah rancangan milik negara yang perlu kita sama-sama usahakan.
Kita semua sedar bahawa rasuah adalah barah yang amat berbahaya. Rasuah adalah salah satu elemen paling buruk yang boleh mengancam kedaulatan undang-undang dan melemahkan nilai-nilai asas sosial bangsa.
Rasuah merupakan penyumbang utama kepada penyelewengan yang membawa kesengsaraan ekonomi dan sosial yang menjejaskan pembangunan negara. Jika rasuah dibiar bermaharajalela sudah pasti ia akan menghalang keberkatan dan kemakmuran negara.
Ia mampu merencatkan perkembangan ekonomi malah pada satu tahap boleh memusnahkannya. Satu kajian oleh University of Cambridge ke atas 110 negara yang menganalisis data dari tahun 1996 hingga 2006 telah menunjukkan perkara ini.
Usaha untuk menjadikan ‘Malaysia dikenali kerana integriti dan bukannya kerana rasuah’ sepatutnya menjadi slogan semua parti politik dalam negara. Tidak ada muka pemimpin mana-mana parti politik pada Jalur Gemilang kita. Yang kita pertahankan adalah Malaysia tanah air yang tercinta.
* Datuk Dr Anis Yusal Yusoff ialah Felo Utama di KITA, UKM. Beliau pernah menjadi Presiden Institut Integriti Malaysia dan Timbalan Ketua Pengarah GIACC, JPM
**Kenyataan di dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan sidang pengarang Astro AWANI.
Anis Yusal Yusoff
Thu Jan 28 2021

Penulis berpendapat, tidak salah untuk membuat andaian bahawa antara sebab kegagalan mencapai Wawasan 2020 adalah faktor rasuah. - Gambar hiasan
Kerajaan perkukuh inisiatif Astro-Tourism, anjur perkelahan astronomi
Kerajaan terus memperkukuh usaha memasyarakatkan dan membudayakan bidang astronomi dan sains angkasa menerusi pelbagai aktiviti dan program berbentuk pembelajaran sains bukan formal secara interaktif.

Keadaan Paus Francis masih 'kritikal' - Vatican
Vatican turut memaklumkan bahawa ketua gereja Katolik itu masih belum "bebas daripada bahaya."
Trump dakwa capai perjanjian dengan Ukraine
Presiden Donald Trump berkata pada Sabtu bahawa Amerika Syarikat telah menutup perjanjian dengan Ukraine mengenai perkongsian hasil daripada galian Ukraine sebagai sebahagian daripada usaha menamatkan perang

Fadillah sertai lebih 4,000 peserta larian kesedaran autisme
Penganjuran program berkenaan mampu memupuk kesedaran dalam kalangan masyarakat untuk lebih peka terhadap situasi golongan autisme.
12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Seramai 12 individu termasuk tiga kanak-kanak dan seorang bayi perempuan terperangkap dalam lif di sebuah hotel di sini pada Sabtu.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

EPL: Sensasi Asensio buat Chelsea gigit jari
Asensio menjaringkan gol kemenangan Villa pada minit ke-89 hasil kesilapan penjaga gol Chelsea, Filip Jorgensen.

Saya kehilangan sahabat baik - MB Perak
Menurutnya, secara peribadi hubungan mereka baik sejak sebelum Allahyarham menjadi Ketua UMNO Bahagian Tapah pada 2018.

Muhammad Kamil akan umum keputusan tanding Ketua AMK
Katanya, walaupun kesemua 14 AMK negeri telah nyatakan sokongan terhadapnya, beliau perlukan sedikit masa untuk mempertimbangkannya.
#AWANIRingkas 23 Februari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 23 Februari 2025
1️⃣ Kesihatan tebusan Israel yang dibebaskan dalam keadaan baik
2️⃣ Pope Francis kritikal setelah kesihatan merosot
3️⃣ Trump dakwa capai perjanjian hasil galian dengan Ukraine
#awaniringkas
1️⃣ Kesihatan tebusan Israel yang dibebaskan dalam keadaan baik
2️⃣ Pope Francis kritikal setelah kesihatan merosot
3️⃣ Trump dakwa capai perjanjian hasil galian dengan Ukraine
#awaniringkas

Jauhi rasuah: Hidup ikut kemampuan, jangan banding dengan orang lebih senang - KSN
Tiada cara lebih berkesan untuk mengelak rasuah melainkan setiap individu perlu sedar bahawa hukum rasuah adalah berdosa besar.

Indeks Persepsi Rasuah 2024: Pasukan Petugas Khas CPI komited perbaiki kedudukan Malaysia
Pasukan Petugas Khas CPI yang diterajui oleh KSN akan mempertingkat langkah-langkah penambahbaikan yang strategik.

Enam suspek disyaki tawar rasuah monopoli projek kerajaan selama 19 tahun ditahan
Enam individu termasuk seorang jurutera awam dan tiga pemilik syarikat ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki memberi rasuah.

COO Prolintas didakwa sekali lagi atas dua tuduhan rasuah
Rostam Shahrif Tami didakwa menerima rasuah berjumlah RM110,000 bagi kontrak berkaitan Projek Lebuhraya Bertingkat Sungai BesiUlu Kelang (SUKE).

Fahmi Reza hanya disiasat, belum direman - Pesuruhjaya Polis Sabah
Pereka grafik dan aktivis, Fahmi Reza sedang disiasat pihak polis di negeri ini bukannya ditahan reman.

'Menteri bebas rasuah berdasarkan pemantauan pihak berkuasa' - Anwar jawab Syed Saddiq
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman agar meneliti ucapannya berhubung barisan menteri Kabinet yang bersih daripada rasuah.

Tuntutan palsu: SPRM tahan lima penjawat awam di Sabah
Pengarah SPRM Sabah, Datuk S Karunanithy berkata kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Dakwaan bukan Islam paling ramai rasuah, Sanusi perlu mohon maaf - Anthony
DAP mengutuk sekeras-kerasnya kenyataan Muhammad Sanusi yang mengaitkan masyarakat bukan Islam sebagai pemberi dan penerima rasuah terbanyak.

Rasuah: Ramai terpalit, nak cari yang bersih cukup susah - PM Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertekad tidak akan mengizinkan amalan rasuah melibatkan barisan menteri Kabinet di bawah kepimpinannya.

Jenayah rentas sempadan: Negara anggota FBINAA perlu ada set undang-undang seragam - Zahid
Kerjasama antara negara anggota mampu mengekang daripada membuka pintu untuk menyebarkan aktiviti haram, tegas TPM.