KANGAR: Peraturan dan perintah larangan berkaitan penjualan produk rokok elektronik atau vape termasuk melalui mesin layan diri dijangka dilaksanakan dalam masa terdekat.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata pihak Jabatan Peguam Negara kini sedang di peringkat akhir penelitian berhubung perkara berkenaan.
"Insya-Allah, sejurus Jabatan Peguam Negara mengesahkan, kita akan terus laksanakan dari segi peraturan dan perintah ini," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian program Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) dan Karnival Perlis Hebat: Sihat Milik Semua di sini hari ini.
Majlis perasmian itu disempurnakan Pemangku Raja Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail. Turut berangkat Raja Puan Muda Perlis Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.
Dalam satu kenyataan semalam, Kementerian Kesihatan (KKM) memandang serius aduan berkaitan penjualan rokok elektronik atau vape menerusi mesin layan diri yang tular di Aplikasi X pada Rabu lepas.
Sementara itu, ketika berucap pada majlis perasmian berkenaan Dzulkefly berkata Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) tahun lepas mendedahkan status kesihatan rakyat di negara ini membimbangkan khususnya bagi penyakit tidak berjangkit (NCD).
Beliau berkata 29.2 peratus atau satu daripada tiga dewasa di Malaysia menghidap penyakit darah tinggi manakala 33.3 peratus atau satu daripada tiga dewasa pula menghidap penyakit kolesterol tinggi.
"Sebanyak 15.6 peratus atau satu daripada enam dewasa menghidap kencing manis dan 54.4 peratus rakyat Malaysia (atau satu dalam dua) mengalami berlebihan berat badan yang menunjukkan trend peningkatan berbanding tinjauan 2011, 2015 dan 2019," katanya.
Justeru katanya ANMS merupakan inisiatif kerajaan bagi meningkatkan taraf kesihatan dengan matlamat utama menjadikan rakyat Malaysia sihat sejahtera melalui pembudayaan hidup sihat.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 13 2024

Dr Dzulkefly menyampaikan ucapan pada majlis perasmian Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) dan Karninal Perlis Hebat di sini hari ini. - Foto Bernama
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Lebih 700,000 penyu mendarat di pantai Rushikulya India
Lebih 700,000 ekor penyu spesies Olive Ridley mendarat di pantai Rushikulya yang terletak di timur Odisha, India. Ia rekod terbaharu penetasan penyu atau digelar oleh masyarakat tempatan sebagai fenomena 'Arribada' di pantai itu.
'Indonesia gelap' cerminan tekanan pemerintahan Prabowo
Kepimpinan awal Presiden Prabowo Subianto dalam pentadbiran kerajaan Republik Indonesia menyaksikan penentangan dalam kalangan mahasiswa negara itu. Ia selepas pemotongan bajet terutama melibatkan sektor pendidikan dan kebajikan mahasiswa di negara itu. Salah seorang peserta yang terlibat dalam protes 'Indonesia Gelap' berkata Subianto melakukan keputusan yang buruk dalam pengenalan polisi-polisi kerajaannnya.
Pangkalan data salah laku polis Amerika ditutup
Pangkalan data di seluruh negara yang menjejaki salah laku pegawai polis Amerika Syarikat telah ditutup berikutan arahan Presiden Donald Trump. Menurut notis di laman web Jabatan Kehakiman Amerika, menyatakan Trump telah membatalkan perintah eksekutif yang ditandatangani bekas Presiden Joe Biden menyebabkan Pangkalan Data Akauntabiliti Penguatkuasaan Undang-undang Kebangsaan (NLEAD) dihentikan operasinya.
Pembinaan Gaza dibawah 'pengawasan penuh' negara-negara Arab
Arab Saudi menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza. Pemimpin dari Mesir, Jordan dan negara Teluk menghadiri mesyuarat di Riyadh itu.
Bekas pegawai 1MDB syor siasatan diteruskan
Seorang Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesyorkan siasatan lanjut diteruskan mengenai ketulenan empat surat derma US$681 juta kepada Datuk Seri Najib Tun Razak yang didakwa diterima daripada keluarga diraja Arab Saudi.
10 Berita Pilihan - (21 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Sabtu – 22 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kerajaan kutip RM46 juta menerusi nombor pendaftaran istimewa
Kerajaan berjaya mengutip kira-kira RM46 juta menerusi jualan nombor pendaftaran istimewa (NPI) pada tahun lalu.
Kerajaan setuju kaji pemberian geran perkapitan berdasarkan bilangan penduduk
Kerajaan bersetuju untuk mengkaji semula pemberian geran perkapita kepada kerajaan negeri berdasarkan bilangan penduduk di setiap negeri

Peraturan penjualan rokok elektronik dijangka dilaksana dalam masa terdekat
Peraturan dan perintah larangan berkaitan penjualan produk rokok elektronik atau vape dijangka dilaksanakan dalam masa terdekat.