KUALA LUMPUR: Urusniaga perbankan di kaunter perlu dibenarkan bagi memastikan keselamatan kewangan warga emas dan mengelakkan aktiviti penipuan, kata Pengerusi Alliance For A Safe Community Tan Sri Lee Lam Thye.
Beliau berkata dengan mengekalkan perkhidmatan perbankan tradisional untuk warga emas, ia juga boleh membantu merapatkan jurang digital dan memastikan semua segmen penduduk mendapat akses kepada perkhidmatan perbankan penting.
"Ramai individu warga emas mungkin tidak mengikuti perkembangan teknologi atau tidak didedahkan kepada penggunaan peranti digital seperti generasi muda.
"Tambahan pula faktor berkaitan usia seperti penurunan kebolehan kognitif atau batasan fizikal, boleh merumitkan lagi interaksi mereka dengan teknologi," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Kenyataan itu merujuk kepada laporan media tempatan mengenai seorang penipu yang menyamar sebagai 'warga prihatin' dan mencuri lebih RM100,000 daripada beberapa warga emas yang menghadapi masalah ketika mengeluarkan wang di mesin ATM, baru-baru ini.
Media melaporkan bahawa 'warga prihatin' yang baik hati itu, telah menukar kad ATM warga emas dengan kad yang rosak, selepas memperoleh kad dan nombor PIN mangsa, ketika menawarkan bantuan.
Oleh itu, Lee bersetuju dengan Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), yang dilaporkan berkata bahawa bank harus membenarkan warga emas melakukan transaksi di kaunter, kerana kumpulan itu terdedah kepada penipuan.
FOMCA, seperti dilaporkan media tempatan juga menyatakan bahawa bank harus membantu warga emas, apabila melibatkan transaksi digital yang kompleks termasuk penggunaan mesin ATM.
Dalam kenyataan yang sama, Lee mengakui bahawa pendigitalan dengan pantas mengubah cara penyampaian perkhidmatan penting lain, termasuk penjagaan kesihatan dan komunikasi.
Bagaimanapun, Lee berkata sebagai sebuah masyarakat kita perlu bersimpati dengan warga emas dan kerumitan yang mereka hadapi akibat pendigitalan dan meninggalkan mereka daripada kemajuan digital ini, boleh membawa kepada pengasingan sosial dan akses yang terhad kepada perkhidmatan kritikal.
"Empati terhadap kesukaran warga emas dengan teknologi boleh memupuk keterangkuman dan memastikan mereka tidak ketinggalan dalam dunia yang semakin digital.
"Penting untuk mengenali dan menangani cabaran yang mereka hadapi dan menyediakan sokongan dan pilihan alternatif untuk membantu mereka melalui landskap digital," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 28 2024
![Perbankan di kaunter bagi pastikan keselamatan kewangan warga emas - Lee Lam Thye Perbankan di kaunter bagi pastikan keselamatan kewangan warga emas - Lee Lam Thye](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/51666081509_urusankaunterban.jpg)
Dengan mengekalkan perkhidmatan perbankan tradisional untuk warga emas, ia juga boleh membantu merapatkan jurang digital. - Gambar hiasan/Bernama
Kepala air besar landa pekan Nazca, Peru
Hujan lebat tanpa henti selama lima jam di wilayah Ica, Peru membawa kepada banjir kilat pada Khamis. Hujan lebat itu sekali gus membawa fenomena 'quebrada' atau kepala air yang buruk melanda pekan Nazca.
Jerman tidak setuju keputusan Amerika ambil alih Gaza
Keputusan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang mahu mengambil alih serta membina Gaza tidak dipersetujui oleh Canselor Jerman, Olaf Scholz. Kata Scholz, beliau menolak sepenuhnya cadangan yang disertai rancangan Trump untuk memindahkan penduduk Palestin ke Mesir dan Jordan.
Bank pusat India umum potongan kadar faedah untuk rangsang pertumbuhan ekonomi
Bank Rizab India (RBI) buat pertama kali dalam tempoh hampir lima tahun menurunkan kadar faedah utamanya, dalam usaha merangsang pertumbuhan ekonomi yang perlahan.
IHH Healthcare Sokong Usaha Tangani Kos Penjagaan Kesihatan
IHH Healthcare Bhd menyatakan sokongan sepenuhnya terhadap inisiatif kerajaan dalam menangani kos penjagaan kesihatan yang semakin meningkat.
Pengendali makanan di tapak pesta wajib disuntik antitifoid
Penganjur, pemilik atau penyewa gerai jualan makanan dan minuman di tapak pesta makanan perlu memastikan semua pengendali mendapatkan vaksinasi antitifoid.
Menara Grenfell dirobohkan Jun ini
Menara Grenfell di London yang terbakar tujuh tahun lalu akan dirobohkan. Dalam peristiwa hitam yang berlaku pada awal pagi 14 Jun 2017, seramai 72 mangsa terkorban dan ia disifatkan insiden kebakaran paling dahsyat di Britain.
Pesawat bawa 10 orang hilang di Alaska
Sebuah penerbangan komersial kecil yang membawa 10 orang dilaporkan hilang pada Khamis di Alaska.
10 Berita Pilihan - (7 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Sabtu – 8 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Dua terkorban dalam nahas pesawat di Sao Paulo
Dua terbunuh, manakala enam yang lain disahkan cedera dalam nahas pesawat yang terhempas di Sao Paulo, Brazil. Pesawat yang terhempas seperti yang disahkan pihak berkuasa tempatan dalam kenyataan pada Jumaat, merupakan jenis Beech F90 King Air.
![Perbankan di kaunter bagi pastikan keselamatan kewangan warga emas - Lee Lam Thye Perbankan di kaunter bagi pastikan keselamatan kewangan warga emas - Lee Lam Thye](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/51666081509_urusankaunterban.jpg)
Perbankan di kaunter bagi pastikan keselamatan kewangan warga emas - Lee Lam Thye
Urusniaga perbankan di kaunter perlu dibenarkan bagi memastikan keselamatan kewangan warga emas dan mengelakkan aktiviti penipuan.