KUALA LUMPUR: Perbicaraan kes Badrul Hisham Shaharin atau Chegu Bard yang berdepan pertuduhan menghasut yang akan merosakkan nama baik Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim di laman Facebook miliknya akan bermula 26 November ini di Mahkamah Sesyen di sini.
Hakim Siti Aminah Ghazali menetapkan tarikh perbicaraan pada 26 dan 27 November selepas Timbalan Pendakwa Raya Datin Kalmizah Salleh memaklumkan pihaknya telah menyerahkan dokumen berkaitan kes itu kepada pembelaan.
"Pihak pendakwaan akan mengemukakan lima saksi," katanya pada prosiding yang turut dihadiri oleh peguam Muhammad Rafique Rashid Ali yang mewakili bekas Ketua PKR cabang Rembau itu.
Kalmizah turut memohon tarikh lain untuk serahan dokumen bagi pertuduhan mengeluarkan kenyataan fitnah yang akan merosakkan nama baik Sultan Ibrahim oleh Badrul Hisham dan mahkamah menetapkan 20 Ogos untuk sebutan semula kes.
Badrul Hisham, 45, didakwa menerbitkan penerbitan menghasut di laman Facebook miliknya di Taman Bukit Cheras di sini, pada 12.15 tengah hari 6 April lepas mengikut Perenggan 4(1)(c) Akta Hasutan 1948 dan boleh dihukum di bawah subseksyen 4(1) akta sama yang membawa hukuman maksimum penjara tiga tahun atau denda RM5,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Beliau juga berdepan pertuduhan mengeluarkan kenyataan fitnah yang akan merosakkan nama baik Yang di-Pertuan Agong di Pejabat Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Istana Negara di sini pada 6 petang 22 Jan lepas mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Terdahulu, peguam Logen Eskander Abdullah yang mewakili Wan Muhammad Azri Wan Deris, atau Papagomo, memaklumkan bahawa pihaknya akan menghantar representasi kepada Jabatan Peguam Negara berhubung pertuduhan menghasut untuk mendatangkan kebencian terhadap Sultan Ibrahim.
Siti Aminah kemudian menetapkan 21 Ogos ini untuk sebutan semula kes itu sementara menunggu keputusan representasi berkenaan.
Beliau didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kondominium di Bukit Bintang di sini pada 12 tengah hari 29 April lepas mengikut Perenggan 4(1)(c) Akta Hasutan 1948 dan boleh dihukum di bawah subseksyen 4(1) akta sama yang membawa hukuman maksimum penjara tiga tahun atau denda RM5,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 11 2024

Badrul Hisham, 45, didakwa menerbitkan penerbitan menghasut di laman Facebook miliknya di Taman Bukit Cheras di sini, pada 12.15 tengah hari 6 April lepas. - Gambar fail
Lebih 9 bilion perjalanan direkodkan di China pada cuti Tahun Baru Cina
Sebanyak 9.02 bilion perjalanan domestik direkodkan sepanjang 40 hari musim percutian Tahun Baharu Cina di China, melebihi 8.4 bilion perjalanan yang direkodkan bagi tempoh percutian sama, tahun lalu.
Penyelesaian perang, masa depan perlu libatkan Ukraine - PM Starmer
Sebarang Usaha menamatkan peperangan sekali gus perbincangan mengenai masa depan di Ukraine tidak bermakna tanpa penglibatan negara itu.
Polis Thailand dan Kemboja berjaya selamatkan 215 mangsa sindiket tipu
Menurut Pegawai Kanan Thailand, Jirayu Houngsub, mangsa yang diselamatkan termasuk 109 warga Thailand, 50 warga Pakistan, 48 warga India, 5 Taiwan dan 3 Indonesia.
Tiga kanak-kanak antara maut akibat banjir di Gaborone
Menurut Presiden Botswana, Duma Boko, daripada jumlah kematian yang direkodkan tiga daripadanya adalah kanak-kanak.
Memasuki tahun ke-3, bukan lagi membiasakan diri
Ketika kerajaan memasuki tahun ketiga pentadbiran, cabaran utama bukan lagi untuk membiasakan diri dengan peranan dalam kabinet, sebaliknya, Prof Datuk Dr Sivamurugan Pandian berpendapat, ia lebih kepada bagaimana setiap kementerian dan agensi dapat menonjolkan pencapaian yang boleh dirasai rakyat.
Thaksin Shinawatra lawat tiga wilayah selatan Thailand
Thaksin berkata, lawatan itu susulan perbincangan beliau dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.

Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Pasukan pendudukan Israel telah memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.

KPKT bentang 12 komitmen untuk kesejahteraan rakyat
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah membentangkan 12 komitmen untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat sempena Permukiman Jemaah Menteri Kerajaan MADANI yang berlangsung semalam.
AWANI Ringkas: Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PRK DUN Ayer Kuning: Ahmad Zahid harap SPR ambil kira Ramadan
Ahmad Zahid berkata pihaknya berpendapat tidak perlu tergesa-gesa mengadakan pilihan raya kecil itu memandangkan ketibaan Ramadan.

Perbicaraan kes menghasut Chegubard bermula 26 November
Hakim Siti Aminah Ghazali menetapkan tarikh perbicaraan pada 26 dan 27 November.

Che'gu Bard tiba di Mahkamah Sesyen Johor Bahru berdepan tuduhan lagi
Beliau yang hadir bersama peguamnya, Muhammad Rafique Rashid Ali, dijangka berdepan satu lagi pertuduhan mengikut Akta Hasutan 1948.

Che'gu Bard mengaku tidak bersalah dua pertuduhan
Badrul Hisham mengaku tidak bersalah, selepas semua pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Siti Aminah Ghazali.

Chegubard ditahan polis berkaitan hantaran mengenai kasino di Forest City
Chegubard ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini berkaitan hantaran mengenai pengoperasian kasino di Forest City pada Sabtu.

Chegu Bard, Zahid Md Arip disiasat berhubung isu kenderaan kurniaan Agong kepada PM
Siasatan itu berkaitan kereta kurniaan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Chegu Bard dibebaskan pagi ini
Badrul Hisham Shaharin atau dikenali sebagai Chegu Bard dibebaskan jam 2.15 pagi tadi selepas diambil keterangan.

Chegu Bard ditahan malam Khamis?
Sekretariat Himpunan Selamatkan Malaysia, Badrul Hisham Shaharin atau dikenali Chegu Bard ditahan polis pada Khamis.

Dana RM92.5 bilion: Siasat terbuka, jangan ada muslihat - Che'gu Bard
Kerajaan diminta tidak mempunyai muslihat tertentu dalam kes penahanan seorang Ketua Bahagian Bersatu Wilayah Persekutuan atas dakwaan penyelewengan RM92.5 bilion pakej rangsangan ketika pandemik.

Chegubard didakwa terbitkan artikel menghasut
Badrul Hisham atau lebih dikenali sebagai Chegu Bard berada dalam tahanan polis selepas ditahan malam tadi.

Paya Indah Wetlands: SAMM mahu ambil tindakan undang-undang - Chegubard
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) akan mengambil tindakan undang-undang selepas siasatan mereka mengenai status Paya Indah Wetlands selesai.