Kerajaan tidak pernah membuat sebarang pembayaran bagi projek solar hibrid di Sarawak.
Hal itu dimaklumkan kepada mahkamah oleh saksi ke 12 kes pendakwaan terhadap Datin Seri Rosmah Mansor, yang didakwa menyeleweng dana projek pembekalan dan pemasangan tenaga solar di 369 buah sekolah luar bandar di Sarawak.
Saksi tersebut, Datuk Seri Alias Ahmad berkata bayaran pendahuluan yang diminta Kementerian Pendidikan adalah untuk kerja-kerja yang berkaitan genset diesel di sekolah-sekolah di Sarawak dan bukan untuk projek solar hibrid.
“Bayaran itu untuk genset. Bukan solar hibrid. Tidak ada satu sen bayaran pun untuk solar hibrid," katanya ketika ditanya peguam Rosmah, Datuk Akberdin Abdul Kadir.
Alias juga menafikan tuduhan Akberdin yang mendakwa dia seorang yang korup dan mempunyai kepentingan dalam projek solar berkenaan.
Isteri bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak itu berdepan satu pertuduhan meminta RM187.5 juta dan dua pertuduhan menerima suapan sebanyak RM6.5 juta daripada Pengarah Urusan Jepak Holdings, Saidi Abang Samsudin.
Perbicaraan dijalankan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Mohamed Zaini Mazlan dan akan bersambung 6 April depan.
Madiha Abdullah
Thu Mar 12 2020

Rosmah berdepan satu pertuduhan meminta RM187.5 juta dan dua pertuduhan menerima suapan sebanyak RM6.5 juta. - Gambar fail/BERNAMA

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.

Perbicaraan Rosmah: Kerajaan tidak pernah buat bayaran projek solar hibrid - Saksi
Datuk Seri Alias Ahmad berkata bayaran pendahuluan yang diminta Kementerian Pendidikan adalah untuk kerja yang berkaitan genset diesel.

UPSR diteruskan sehingga tiba masa sesuai - Mahdzir Khalid
Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) akan diteruskan sehingga tiba masa yang sesuai untuk ia digantikan dengan sistem lain.

Pemegang lesen perdagangan KPDNKK perlu tandatangani ikrar integriti
Semua pemegang lesen perdagangan di bawah KPDNKK perlu menandatangani Ikrar Integriti Korporat (CIP) bagi memastikan perkhidmatan ditawarkan bebas elemen tidak sihat.