SAMARAHAN: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) diminta mempercepat proses tapisan keselamatan ejen program Malaysia My Second Home (MM2H), kata Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah.
Beliau berkata pada masa ini, ejen program MM2H di negeri berkenaan tidak dapat memperbaharu lesen perniagaan menyebabkan timbul kesulitan.
Beliau berkata tanpa lesen, ejen tidak boleh menerima permohonan pihak yang berminat yang berhasrat menjadikan Sarawak sebagai rumah kedua mereka.
"Apabila lesen tidak diperbaharui, apa akan jadi kepada pekerja mereka? Pekerja perlu dibayar setiap bulan, mereka tidak boleh dibuang begitu sahaja.
"Saya dimaklumkan ada (ejen) yang sudah menerima deposit daripada bakal pemohon tetapi tidak dapat diproses. Saya harap MOTAC akan meneliti isu ini secepat mungkin...," katanya kepada pemberita selepas menghadiri satu majlis di sini.
Pada 17 April, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing dilaporkan berkata MOTAC bersedia untuk memperkenalkan proses saringan untuk ejen dan perantara yang berkaitan dengan inisiatif MM2H.
Beliau berkata mana-mana ejen yang gagal memenuhi kelayakan baharu tidak akan diperbaharui lesen mereka.
Tiong berkata semua ejen mesti mendaftar semula dan tiada pembaharuan lesen sedia ada secara automatik akan diberikan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 20 2024

Abdul Karim Rahman berkata pada masa ini, ejen program MM2H di negeri berkenaan tidak dapat memperbaharu lesen perniagaan menyebabkan timbul kesulitan. - Gambar fail/Astro AWANI

OIC kecam pencerobohan Netanyahu dan Katz ke khemah pelarian Tulkarm
OIC menyifatkan tindakan itu sebagai lanjutan kepada serangan berterusan rejim Israel terhadap rakyat Palestin.

Melaka FC rangkul kejuaraaan Liga A1 Semi Pro
Fuseini Issah tampil cemerlang dengan jaringan hatrik bagi membantu Melaka FC meraih kemenangan besar ke atas Machan FC.

THT & PDRM Blue Warriors lengkapkan kejuaraan treble MHL 2025
THT mengungguli perlawanan akhir menerusi penentuan penalti, selepas kedudukan terikat 1-1 dalam masa permainan sebenar.

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Percepat proses tapisan keselamatan ejen MM2H - Abdul Karim
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) diminta mempercepat proses tapisan keselamatan ejen program Malaysia My Second Home (MM2H).