KUALA LUMPUR: Yayasan Keluarga Malaysia yang berperanan sebagai institusi membantu anak-anak Keluarga Malaysia yang terkesan akibat pandemik COVID-19 dilancarkan pada hari ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata melalui yayasan itu, anak-anak Keluarga Malaysia berpeluang memperoleh sokongan terutama dari aspek pendidikan sehingga mereka mencapai usia 18 tahun.
Yayasan Keluarga Malaysia, kata Perdana Menteri adalah manifestasi kasih sayang seluruh anggota masyarakat yang dizahirkan bersama untuk anak-anak yang terkesan akibat pandemik.
"Seterusnya, yayasan ini akan melebar sayap perlindungannya kepada anak-anak Keluarga Malaysia yang lain, yang turut memerlukan sokongan seumpamanya.
"Inilah maksud keterangkuman, kebersamaan dan kesyukuran dalam Keluarga Malaysia. Saya menyeru seluruh Keluarga Malaysia, bersama membantu generasi ini.
"Harapan saya, dengan adanya Yayasan Keluarga Malaysia, tidak ada lagi anak Keluarga Malaysia yang terpaksa melalui penderitaan bersendirian," katanya ketika berucap pelancaran Keluarga Malaysia di Pusat Konvensyen Borneo pada Sabtu.
Dalam ucapannya, Perdana Menteri turut berkongsi kisah 13 orang anak yang masih kecil usianya daripada dua buah keluarga yang hilang tempat bergantung dan berpaut kasih yang turut menjadi salah satu pendorong kerajaan menubuhkan Yayasan Keluarga Malaysia.
Katanya, mereka ialah Nazurah Nabilah Benyajeed, 19, yang terpaksa menjaga tujuh adiknya manakala Hadrami Hasil menjadi kepala keluarga pada usia 11 tahun untuk meneruskan kelangsungan hidup bersama empat adiknya termasuk adik bongsu yang baru berusia tiga tahun.
Katanya, anak-anak berkenaan adalah antara 5,173 anak Keluarga Malaysia yang menjadi yatim dan yatim piatu kerana wabak COVID-19.
"Bayangkan, betapa besarnya tanggungjawab yang digalas mereka. Yang hilang bukan sahaja ibu bapa, bahkan waktu bahagia, membesar sebagai kanak-kanak biasa.
"Maka, dengan rasa rendah diri saya ingin menyeru seluruh Keluarga Malaysia untuk berkongsi kasih sayang dengan anak-anak ini agar mereka dapat menikmati kehidupan seperti rakan-rakan seusia mereka," katanya.
Astro Awani
Sat Oct 23 2021
PM (tengah) hadir pada Majlis Pelancaran Keluarga Malaysia di Pusat Konvensyen Borneo Kuching. Turut hadir Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg (kiri) dan Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa. - fotoBERNAMA
Banjir: Lebih lima jam terperangkap dalam pacuan empat roda
Pasukan bomba berjaya menyelamatkan mereka menggunakan tali kerana arus deras, dan kesemua mangsa dibawa keluar dengan selamat.
Teluk Guantanamo hanya berfungsi sebagai lokasi transit - Hegseth
Sementara itu. Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat menerusi satu wawancara pada Rabu berkata, kemudahan tahanan migran di Teluk Guantanamo hanya berfungsi sebagai kemudahan transit sementara untuk pendatang tanpa izin yang masuk ke Amerika Syarikat.
Trump arah pembinaan kemudahan tahanan migran di Teluk Guantanamo
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump akan mengarahkan Pentagon dan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri menyediakan kemudahan tahanan migran di Teluk Guantanamo untuk 30 ribu pendatang.
Tambah baik sistem saliran, dalamkan sungai cegah banjir - Tiong
Tiong berkata masalah itu menghalang air lebihan daripada disalirkan dengan cekap, sekali gus menyebabkan paras sungai meningkat dengan cepat.
Pihak berkuasa mulakan siasatan nahas Air Busan
Pihak berkuasa Korea Selatan telah melancarkan siasatan terhadap kebakaran di atas pesawat penumpang Air Busan yang memaksa pemindahan 176 orang pada malam Selasa di Lapangan Terbang Antarabangsa Gimhae di Busan.
Kes tipu isteri pelawak: Polis tahan pasangan suami isteri
Hussein Omar Khan berkata kedua-duanya yang berusia lingkungan 20-an ditahan di kediaman mereka di Salak Tinggi, Sepang, Selangor, malam tadi.
SPRM integrasi teknologi 'blockchain', AI dalam siasatan dan operasi
Azam berkata perkembangan teknologi dari semasa ke semasa turut membawa kepada cabaran baharu dalam menangani jenayah rasuah yang semakin kompleks.
Nahas Black Hawk-American Airlines boleh dielak - Trump
Operasi mencari dan menyelamat sedang dijalankan oleh pasukan penyelamat tempatan dan tentera.
AWANI Ringkas: Empat ditahan kes rempuh di luar kelab malam
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Nahas Black Hawk-American Airlines: 18 mayat ditemukan di Sungai Potomac
Polis berkata terdapat sekurang-kurangnya tiga kawasan serpihan di dalam air dikenal pasti dan sekurang-kurangnya 18 mayat telah ditemukan.
Bantuan Kasih YKM mula diagihkan hujung bulan ini
Keputusan dibuat pada Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah Dis lepas untuk memberi bantuan secara bulanan berbanding tahunan seperti sebelum ini.
Peruntukan RM25 juta beri kelegaan kepada keluarga anak yatim
Mohd Ariff Hafizan melahirkan rasa syukur dan lega kerana ia menjanjikan masa depan lebih baik kepada lima anak saudaranya.
Perdana Menteri lancar Yayasan Keluarga Malaysia
Melalui yayasan itu, anak-anak Keluarga Malaysia berpeluang memperoleh sokongan terutama dari aspek pendidikan sehingga mereka mencapai usia 18 tahun.