Setiausaha Politik Kanan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata setiap PPD berkenaan menerima RM10,000 dan boleh digunakan bagi membantu keluarga kurang berkemampuan untuk sesi persekolahan pada tahun ini.
"Saya serah kepada kebijaksanaan PPD untuk menyelenggarakan peruntukan ini kerana saya percaya agenda Kerajaan MADANI itu adalah untuk membantu meringankan beban rakyat.
"Tentunya kita memberikan tumpuan kepada soal pendidikan negara ini sebab kita mesti bersama-sama menjayakan apa yang disebut oleh Kementerian Pendidikan iaitu bagi memastikan 'Murid Ceria, Guru Bahagia, Sekolah Bitara, Negara Sejahtera' tercapai," katanya.
Shamsul Iskandar yang juga Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Jalan Datuk Palembang berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui di sekolah berkenaan di sini hari ini.
Terdahulu Shamsul Iskandar, Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Datuk Ruji Ubi dan Pengarah Pendidikan Melaka Mahfudzah Mohamed Noor meluangkan masa kira-kira dua jam bagi meninjau hari pertama persekolahan Kumpulan B di sekolah tersebut hari ini.
-- BERNAMA
