IPOH: Pergelangan tangan manusia yang terputus ditemui berhampiran lokasi sebuah kereta yang terbakar selepas terbabit dalam kemalangan di hadapan Hospital Bahagia Ulu Kinta dekat Tanjung Rambutan di sini hari ini.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad dalam kenyataan berkata kereta jenis Toyota Vios itu terbakar kira-kira 95 peratus dipercayai akibat kemalangan dengan dua buah kenderaan.
Beliau berkata pihaknya menerima panggilan pada 11.16 pagi sebelum anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Tambun bergegas ke lokasi kejadian.
"Terdapat tangan manusia yang telah putus dijumpai dan kesemua mangsa yang terlibat telah tiada setibanya bomba di lokasi kejadian.
"Operasi memadam kebakaran menggunakan dua aliran salur bantu mula air tangki jentera hingga api padam sepenuhnya. Kes diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya menambah operasi tamat pada 11.49 pagi.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 23 2024
Terdapat tangan manusia yang telah putus dijumpai dan kesemua mangsa yang terlibat telah tiada setibanya bomba di lokasi kejadian. - Sinar Harian
AWANI Borneo [15/01/2025] - Kebakaran besar| Bekalan gas| Maritim
AWANI Borneo 15 Januari 2025 bersama Jasmine Abu Bakar
1. Kebakaran di Kanowit, 88 penghuni rumah panjang tinggal sehelai sepinggang.
2. PETROS akan laksana fungsi sebagai agregator tunggal.
3. Komuniti nelayan diperkukuh bantu dasar Ekonomi Biru
1. Kebakaran di Kanowit, 88 penghuni rumah panjang tinggal sehelai sepinggang.
2. PETROS akan laksana fungsi sebagai agregator tunggal.
3. Komuniti nelayan diperkukuh bantu dasar Ekonomi Biru
Sabah softwood peruntuk RM3.6 juta bina sekolah CLC sejak 2020
Bagi menyediakan akses pendidikan kepada anak anak pekerja ladang, RM3.6 juta diperuntukkan Sabah Softwood Berhad di Kalabakan sejak Julai 2020
ia pembinaan enam buah Sekolah Comunity Learning Centre (CLC) bagi anak-anak pekerja Indonesia yang bekerja di syarikat itu.
ia pembinaan enam buah Sekolah Comunity Learning Centre (CLC) bagi anak-anak pekerja Indonesia yang bekerja di syarikat itu.
Loke harap penyusunan semula MAHB dimuktamad tidak lama lagi
Loke menyatakan ketidakpuasan hati terhadap kelewatan keputusan oleh MAHB, termasuk projek aerotrain yang mendapat kritikan.
Komuniti nelayan diperkukuh bantu dasar ekonomi biru
Kerajaan komited dalam usaha memperkukuh sosioekonomi komuniti nelayan tradisi di Sipitang melalui pelaksanaan inisiatif berkaitan ekonomi biru.
Labuan lancar Pelan Tindakan Pelancongan Komprehensif bagi 2025-2030
Pelan tindakan ini menjadi panduan strategik, menggariskan pelbagai inisiatif yang akan diambil untuk meningkatkan sektor pelancongan Labuan dari 2025 hingga 2030.
Penerima SARA rancang perbelanjaan, utamakan keperluan asas
Kebanyakan penerima dan bakal penerima (SARA) di Lahad Datu sudah mula merancang perbelanjaan, termasuk membeli pelbagai barangan keperluan asas.
Bantuan: SARA melalui MyKad disalurkan bermula hari ini
Usaha penyaluran Sumbangan Asas Rahmah (SARA) melalui penggunaan MyKad akan diperluaskan ke Sabah dan Sarawak pada tahun ini berbanding hanya di negeri-negeri Semenanjung Malaysia pada 2024.
88 penghuni rumah panjang tinggal sehelai sepinggang
Kira-kira 88 penghuni tinggal sehelai sepinggang apabila rumah panjang rumah mereka musnah sepenuhnya dalam satu kebakaran di Rumah Paulus Yan, Sungai Bawan di Jalan Nibong Tada pada rabu.
ASEAN 2025 | 15 Jan
ASEAN 2025 hari ini bersama Pia Ernadya membawa tumpuan berikut:
Haji: Malaysia mohon kuota tambahan 10,000
Malaysia memohon kuota haji tambahan sebanyak 10,000 dan akan diberikan pertimbangan sewajarnya oleh Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi.
Pergelangan tangan manusia ditemui di lokasi kereta terbakar
Terdapat tangan manusia yang telah putus dijumpai dan kesemua mangsa yang terlibat telah tiada setibanya bomba di lokasi kejadian.