KUCHING: Penggunaan media sosial seperti Telegram dan WhatsApp harus dipergiatkan sebagai antara platform berdakwah dan berkongsi idea mengenai Islam khususnya kepada generasi baharu, kata Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
Beliau berkata melalui kemajuan teknologi komunikasi, jarak fizikal tidak lagi menjadi penghalang untuk berhubung dengan serta-merta dan ia seharusnya membuka peluang yang luas untuk mempromosikan lagi nilai-nilai Islam.
"Ia tidak lagi janggal untuk kita mengguna dan menyesuaikan dengan (teknologi baharu). Saya percaya dalam beberapa tahun lagi, kita akan menggunakan hologram iaitu kaedah futuristik untuk memaparkan imej menggunakan cahaya untuk membentuk objek 3D dan saya mempunyai pengalaman ini di Korea (semasa lawatan baru-baru ini)," katanya.
Berucap merasmikan Perhimpunan Agung ke-19 Majlis Dakwah Islamiah Asia Tenggara dan Pasifik (RISEAP) di sini hari ini, beliau berkata Mesyuarat Exco serantau RISEAP baru-baru ini juga dijalankan secara dalam talian menerusi aplikasi Zoom.
Menurut Abang Johari, melalui kesinambungan tadbir urus yang cemerlang, RISEAP akan dapat meluaskan jangkauan mereka daripada 24 negara anggota ketika ini, meningkatkan jumlah keahliannya pada tahun-tahun akan datang.
"Terdapat banyak peluang untuk penganut agama berbeza untuk berkumpul dan meningkatkan persefahaman bersama. Ia memerlukan keyakinan dan keterbukaan untuk mendekati dan mengambil langkah yang akan membawa kita bersama dengan mempromosikan persefahaman antara agama dan bekerjasama rapat dengan kumpulan agama lain," kata Abang Johari.
RISEAP ditubuhkan pada 11 Nov 1980 dengan matlamat untuk menyatukan negara-negara minoriti Islam di Asia Timur dan Pasifik.
Perdana Menteri pertama Malaysia Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj merupakan Presiden pertama RISEAP dan kini jawatan itu disandang oleh Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud selepas menggantikan Tunku Abdul Rahman pada 1988.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 03 2023
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyempurnakan perasmian 19th Regional Islamic Dakwah Council of Southeast Asia & The Pacific (RISEAP) hari ini. - Foto BERNAMA
Remaja perempuan maut diserang jerung ketika berenang di Australia
Mangsa yang berusia 17 tahun mengalami kecederaan yang mengancam nyawa dan tidak dapat diselamatkan.
Impian Kripto ASEAN: Masa Depan Ekonomi Digital
Impian Kripto ASEAN merujuk kepada visi untuk mengintegrasikan dan memajukan teknologi kriptowang dan blockchain dalam rantau ASEAN. Inisiatif ini bertujuan untuk memanfaatkan potensi aset digital bagi memacu pertumbuhan ekonomi, inovasi, dan keterangkuman kewangan di seluruh negara anggota.
AWANI Ringkas: Tumpuan Dewan Rakyat | Sambutan Thaipusam
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
EPL: Manchester City sambar arkitek baharu dari Porto
Nico Gonzalez menandatangani kontrak selama empat tahun setengah dengan yuran perpindahan sebanyak 60 juta euro (RM277.4 juta).
ASEAN Kita:Timor Leste | The road to full membership
Join our exclusive discussion on ASEAN Kita with Dr. Azmi Hassan, Geostrategist, as we explore Timor-Leste’s journey towards full ASEAN membership, the challenges ahead, and what this means for the region.
Addressing Klang Valley’s High-Rise Condo Woes
How can the industry work together to set new benchmarks and create lasting value for high-rise communities? This discussion delves into the ongoing challenges faced by high-rise condominium owners in Klang Valley, including issues related to construction quality, rising maintenance costs, and long-term property value retention.
Grasping the E-Commerce Opportunity in Southeast Asia
Malaysia poised to lead e-commerce growth in Southeast Asia with its strategic location and growing digital base. However, addressing logistics challenges key for Malaysia to seize its e-commerce moment. Insightful conversation with, the Founder and CEO of Blackbox Research, David Black as we explored the dynamic trajectory of Malaysia’s e-commerce landscape.
Rizal Tisin kini bimbing skuad berbasikal trek Thailand
Mohd Rizal berkata beliau diberikan kontrak selama setahun oleh Thaicycling Association.
Ecuador umum tarif 27 peratus ke atas barangan Mexico
Pengenalan tarif ini dibuat bagi "memastikan layanan adil" daripada Mexcio kepada pengeluar Ecuador, kata Presiden Daniel Noboa.
Ekonomi AS, beras & ASEAN antara fokus Dewan Rakyat hari ini
Guan Eng bertanya kepada Perdana Menteri mengenai kedudukan Malaysia dalam perang perdagangan dunia susulan pelaksanaan tarif oleh AS.
Sarawak antara lima negeri teratas prestasi ekonomi terbaik - Abang Johari
Sarawak berada dalam kelompok lima negeri teratas di Malaysia dari segi prestasi ekonomi pada tahun lepas.
Kesan banjir akan dibincang di Kabinet untuk tambahan peruntukan - Premier Sarawak
Kerajaan negeri bersedia menambah jumlah peruntukan bagi membantu rakyat yang terjejas banjir.
Banjir: Premier Sarawak hargai peruntukan segera Persekutuan
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan atas peruntukan segera lebih RM25 juta untuk Sarawak dan Sabah.
Hayati sifat Tahun Ular untuk maju ke hadapan - Premier Sarawak
Sifat kebijaksanaan, gerak hati dan transformasi yang menjadi simbolik Tahun Ular menurut kalendar Cina, wajar dihayati oleh rakyat Sarawak untuk memacu agenda pembangunan negeri.
Sarawak perlukan tenaga kerja berkemahiran tinggi dan inovatif - Abang Johari
Untuk mencapai matlamat itu, Sarawak akan memberi tumpuan kepada pelaburan dalam pendidikan dan pembangunan kemahiran.
Premier Abang Johari cadang institusi pengajian tenaga boleh diperbaharui di i-CATS
Kerajaan Sarawak akan menubuhkan sebuah institusi khas untuk pengajian tenaga boleh diperbaharui, yang dijangka beroperasi di Kolej Universiti i-CATS milik penuh, negeri itu.
Sarawak kerjasama dengan Jepun hasilkan tekstil angkasawan
Pembuatan tekstil itu menekankan aspek karbon rendah selaras agenda negeri itu yang berteraskan ekonomi hijau.
MASwings: Rundingan selesai, tandatangan SPA Februari - Abang Johari
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata rundingan pengambilalihan syarikat penerbangan MASwings selesai dimuktamadkan.
Kepimpinan cemerlang Abang Jo diiktiraf di peringkat antarabangsa - Nancy
Nancy berkata pengiktirafan itu secara tidak langsung memperkenalkan Sarawak dan menjadi perhatian masyarakat peringkat antarabangsa.
Abang Johari yakin keutuhan parti tidak tergugat
Katanya, peralihan kepimpinan dari Taib Mahmud kepada Adenan Satem dan seterusnya kepada beliau, telah berlaku tanpa sebarang masalah.