LAHAD DATU: Kawalan keselamatan di Sabah khususnya di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone) akan diperhebatkan lagi dengan penggunaan aset dan teknologi baharu, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin.
Beliau berkata pencerobohan anasir luar merupakan masalah yang besar di Sabah, justeru keselamatan dalam negara perlu diperkukuhkan serta diperhebat bagi meningkatkan kawalan sempadan dan perairan negara bagi menangani isu berkenaan.
"Sebab itu dalam perbincangan saya dengan Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hazani Ghazali serta Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) Datuk Ahmad Fuad Othman berasakan Sabah ini adalah kawasan yang perlu kerajaan perhebatkan.
"Hal ini termasuk saya akan berbincang dengan Majlis Keselamatan Negara mengenai strategi baharu ini, " katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja rasmi ke ESSCom di sini semalam.
Beliau turut memuji kerjasama mantap agensi keselamatan termasuk Angkatan Tentera Malaysia, Polis Diraja Malaysia dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dalam ESSCom serta Pasukan Petugas Khas Kebangsaan (NTF) yang berjaya melakukan banyak tangkapan menerusi Op Benteng serta mengusir pendatang haram sekali gus menangani wabak COVID-19.
Sementara itu, Hamzah turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM1 juta yang diluluskan kepada ESSCom bagi menampung kos penambahbaikan pos-pos keselamatan di ESSZone.
Dalam lawatan kerjanya juga, Hamzah turut meninjau penempatan komuniti Pala'u di Kampung Panji Laut di sini dan berkata masalah yang sudah lama ini perlu diselesaikan dengan strategi.
"Saya akan bincang dengan Ketua Menteri Sabah (Datuk Seri Hajiji Noor) dan pemimpin politik di negeri ini mengenai tindakan untuk bersama-sama memastikan rancangan yang perlu dilakukan," katanya.
Hamzah dalam pada itu tidak mahu isu Pala'u berkenaan menjadi bahan retorik politik, setelah kerajaan mengambil tindakan mengatasinya.
"Selalunya, bila kerajaan umum (rancangan) 'ada orang' yang akan berikan kenyataan negatif sehingga menyebabkan sesuatu perkara dilakukan kerajaan itu tidak dapat dijalankan dengan baik," katanya lagi.
Dalam pada itu, Hamzah berkata rakyat di negara ini tidak perlu gusar mengenai peringatan keras yang diberikan Kuasa Usaha Kedutaan Korea Utara Kim Yu Song terhadap Malaysia.
"Dari segi keselamatan negeri, saya nak maklumkan kepada rakyat bahawa kita di pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak berasa tergugat langsung... ia juga tidak akan menggugat aspek keselamatan dalam negeri," katanya.
Yu Song dalam dalam kenyataannya kepada media sebelum keluar meninggalkan kedutaan pada Ahad berkata Malaysia akan menerima akibat daripada tindakan kerajaan dalam isu yang melibatkan rakyat warganegara republik itu.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 22 2021
Hamzah turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM1 juta yang diluluskan kepada ESSCom bagi menampung kos penambahbaikan pos-pos keselamatan di ESSZone. - Gambar fail
[TERKINI] Ucapan sulung Trump di pentas WEF 2025
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menyampaikan ucapan sulung di pentas Forum Ekonomi Dunia (WEF) yang berlangsung di Davois, Switzerland secara dalam talian.
Pendakwa Raya ICC mohon waran tangkap terhadap pemimpin Taliban, Ketua Hakim Afghanistan
Pendakwa Raya ICC Karim Khan pada Khamis memohon waran tangkap untuk pemimpin tertinggi Taliban, Hibatullah Akhundzada, dan Ketua Hakim Negara sementara Afghanistan, Abdul Hakim Haqqani.
Rangkuman dan menjelang ucapan sulung Donald Trump
Lintas langsung bersama Editor Kanan Astro AWANI mengenai rangkuman WEF 2025 dan menjelang ucapang Sulung Presiden AS, Donald Trump dari Davos, Switzerland.
Micheal Martin disahkan sebagai Perdana Menteri baharu Ireland
Ketua Fianna Fail Micheal Martin telah disahkan sebagai perdana menteri Ireland yang baharu selepas undian di Dail, dewan rendah parlimen Ireland,.
Dasar liberal, Argentina yakin sokongan Trump dan global
Presiden Argentina Javier Milei berkata, negara itu tidak lagi bersendirian dalam memperjuangkan dasar liberal dan beliau merasakan sokongan daripada pakatan antarabangsa termasuk Presiden AS, Donald Trump dan Perdana Menteri Itali Giorgia Meloni.
Trump dijangka beri ucapan secara dalam talian
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dijangka memberikan ucapan di Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Davos, Switzerland, pada Khamis.
Real Madrid jadi kelab pertama jana €1 bilion dalam satu musim
Real Madrid menjadi kelab bola sepak pertama mencatatkan pendapatan sebanyak €1 bilion (US$1.04 bilion) dalam satu musim, menurut laporan tahunan Deloitte Football Money League yang dikeluarkan pada Khamis.
Festival Musim Bunga: 25 anak panda buat penampilan sulung
Pengenalan dua kumpulan anak panda yang dilahirkan pada 2024 itu menjadi salah satu acara bagi sambutan Festival Musim Bunga China, yang antaranya turut menggariskan warisan budaya tidak ketara dan pemuliharaan panda.
Yoon Suk Yeol hadiri perbicaraan di Mahkamah Perlembagaan
Yoon, yang dipecat dan digantung kuasa telah ditahan sejak minggu lalu sementara penyiasat menyiasat percubaaannya pada 3 Disember untuk mengisytiharkan undang-undang tentera.
Polis Vietnam tumpas sindiket ubah wang haram AS$1.2 bilion
Polis Vietnam menahan lima individu dan berjaya menumpaskan sindiket pengubahan wang haram yang membawa masuk wang jenayah bernilai sekitar AS$1.2 bilion ke dalam negara.
Perintah berkurung dijenama semula Perintah Kawalan ESS ZONE Sabah - KPN
Perintah berkurung dilaksanakan di perairan Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Sandakan di Sabah dijenamakan semula sebagai ESS ZONE Sabah.
Perintah berkurung ESSZONE dilanjutkan sehingga 9 Februari
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Idris Abdullah berkata, perintah berkurung itu yang berakhir esok, kini dilanjutkan sehingga 9 Februari depan.
Bulan Kemerdekaan: ESSCOM lancar kempen kibar Jalur Gemilang di pos keselamatan
Pengagihan Jalur Gemilang itu bukan sahaja kepada petugas di pos kawalan, malah kepada masyarakat awam yang melalui kawasan berkenaan.
Perintah berkurung di ESSZONE dilanjut
Perintah berkurung di kawasan perairan tujuh daerah dalam Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE) dilanjutkan dilanjutkan selama 14 hari.
Perintah berkurung di ESSZone dilanjut 14 hari lagi
Perintah berkurung itu meliputi perairan Sandakan, Beluran, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau.
Polis kesan cubaan pengganas masuk ke perairan Sabah, tegas keselamatan terkawal
Polis mengesan cubaan masuk anasir yang mengancam keselamatan negara termasuk pergerakan pengganas ke kawasan perairan Sabah.
Anggota Abu Sayyaf ditembak mati bukan dalam 21 senarai dikehendaki - ESSCom
Pada bulan Januari, ESSCom mengeluarkan senarai terkini 21 penjenayah rentas sempadan dikehendaki di ESSZone termasuk lima nama baharu.
KPN sarankan perintah berkurung ESSZONE ditarik balik
Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador hari ini menyarankan agar perintah berkurung di Zon Selamat Pantai Timur Sabah (ESSZONE) ditarik balik.
Perintah berkurung di Esszone dilanjut ke 30 Julai
Perintah berkurung tersebut meliputi kawasan perairan daerah Tawau, Semporna, Kunak, Lahad Datu, Kinabatangan, Sandakan dan Beluran.
Cubaan seludup 18 tong gas di perairan Tawau gagal
Suspek warga tempatan yang berumur 33 tahun itu dipercayai cuba menyeludup keluar barang kawalan tersebut ke Indonesia.