TANAH MERAH:Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan menangkap sekumpulan lima ekor gajah betina di Kampung Kuala Tiga di sini semalam yang berkeliaran di kawasan itu sejak November tahun lepas.
Pengarah Perhilitan Ady Ermanty Haniff Mohamed Hanif berkata kelima-lima haiwan liar ditangkap pada kira-kira 4.30 petang dengan kaedah tembakan pelali semasa lima anggota Perhilitan Daerah Jeli menjalankan pemantauan di kawasan kebun getah milik penduduk.
Beliau berkata Perhilitan Kelantan bertindak selepas menerima aduan daripada penduduk mengenai sekumpulan gajah yang berkeliaran di kampung itu dan memasuki kawasan kebun getah mereka.
"Kesemua gajah liar ini adalah gajah betina dan merupakan sebahagian daripada kumpulan gajah yang terdapat di dalam kawasan Hutan Simpan Sokor Taku yang terletak berdekatan kampung itu.
"Gajah-Gajah ini dipercayai telah keluar dari hutan simpan berkenaan untuk mencari sumber makanan di kampung itu," menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Ady Ermanty berkata penangkapan haiwan itu melegakan penduduk di sekitar Kampung Kuala Tiga, Kampung Air Kerla, Kampung Bukit Capong dan Kampung Air Resom.
"Ia juga dapat mengelakkan kerugian berterusan yang dialami penduduk akibat kemusnahan tanaman yang dilakukan kumpulan gajah itu," katanya.
Beliau berkata operasi pemindahan kumpulan gajah liar itu akan dilakukan dalam masa terdekat dengan bantuan kakitangan Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah di Lanchang, Pahang dan lokasi pemindahan serta pelepasan semula gajah liar terbabit ialah di Kompleks Taman Negara.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 27 2021

Perhilitan bertindak selepas menerima aduan daripada penduduk mengenai sekumpulan gajah yang berkeliaran di kampung itu dan memasuki kawasan kebun getah mereka. - Bernama
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Mahkamah tertinggi Colorado putuskan gajah-gajah di zoo AS bukan manusia
Habeas corpus tidak terpakai kepada haiwan, "tidak kira betapa canggih kognitif, psikologi atau sosial haiwan itu".

Lima sekeluarga cemas, gajah mengamuk hampiri kereta
Gajah tersebut hanya menyentuh bahagian kereta dengan menggunakan belalainya sahaja.

Operasi tangkap gajah di Kampung Som esok - Perhilitan Pahang
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Pahang akan melaksanakan operasi menangkap gajah di Kampung Som, Jerantut esok.

Ini rupanya punca gajah digunakan uji pagar ECRL
Pagar itu bagi mengelak konflik manusia-gajah di kawasan tersebut terutamanya semasa dan selepas projek ini disiapkan.

Kenderaan rosak diserang gajah di JRTB Gerik-Jeli
Perhilitan Perak telah menghalau antara 25 hingga 30 ekor gajah menggunakan kaedah tembak dan halau di tempat kejadian.

Serangan gajah: Perhilitan terus pantau Kampung Basung
Perhilitan Terengganu akan meneruskan pemantauan di Kampung Basung di Kuala Berang bagi mengesan gajah liar yang menyebabkan kematian warga emas hari ini.

Myan Ton Pian, Rambai antara tarikan Program MADANI Rakyat Zon Timur
Gajah berkenaan pernah tular di media sosial selepas mengepalai perarakan Lambaian Kasih.

Gajah mati dilanggar kenderaan di JRTB Gerik-Jeli berusia tujuh tahun
Seekor gajah yang mati dilanggar kenderaan adalah gajah betina yang dianggarkan berusia tujuh tahun.

Gajah sesat jauh dari hutan, masuk kampung berdekatan pantai
Penduduk kampung di sekitar daerah Besut terkejut dan berada dalam ketakutan kerana kehadiran seekor gajah yang dipercayai tersesat dari Hutan Simpan Hulu Besut sejak Selasa lepas.

Perhilitan Johor tangkap, pindah dua gajah rosakkan tanaman di Kluang
Perhilitan Johor menangkap dua ekor gajah jantan, yang dipercayai bertindak merosakkan kawasan tanaman pertanian.