LABUAN: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Labuan akan terus membuat pemantauan di semua pantai di pulau ini berikutan penemuan buaya baru-baru ini.
Ketuanya Welter Siringon berkata satu daripada kaedah yang dilaksanakan melepaskan tembakan ke udara untuk menghalau reptilia itu jauh dari pantai.
"Sebelum ini ia dilakukan di jeti LKIM Kiamsam apabila seekor buaya dikesan berhampiran jeti, kami akan terus memantau semua pantai di pulau ini," katanya kepada Bernama hari ini.
Welter berkata ia bukan tugas yang mudah untuk memastikan seluruh pantai Labuan bebas daripada kehadiran buaya.
"Mungkin bukan ada seekor sahaja buaya, tetapi mungkin ada tiga atau empat dan reptilia ini akan datang dan pergi.
"Berdasarkan pemantauan kami, laluan buaya ini adalah dari perairan Sabah ke Labuan dan kembali semula ke Sabah dan apabila kami melepaskan tembakan, sukar bagi kami untuk memberi jaminan reptilia ini tidak akan kembali," katanya.
Welter berkata usaha lain yang dijalankan memasang papan tanda amaran ancaman buaya di hampir semua pantai di pulau itu dengan kerjasama Perbadanan Labuan.
"Kami telah menempatkan reptilia ini di dua kawasan hutan paya bakau Kina Benuwa selain pantai Sawangan Cina dan Pusat Kokurikulum Negeri Kg Ganggarak serta akan turut ditempatkan di kawasan lain," katanya.
Welter mengingatkan orang ramai agar berhati-hati ketika berkelah di pantai terutama bersama kanak-kanak.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 11 2023
Bukan tugas yang mudah untuk memastikan seluruh pantai Labuan bebas daripada kehadiran buaya. - Gambar hiasan
Tumpuan Sabtu – 1 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Bank perluas bantuan kepada pelanggan terjejas banjir di Sabah dan Sarawak
Terdapat bank-bank yang menangguhkan ansuran bulanan untuk pinjaman dan pembiayaan sehingga enam bulan untuk kemudahan seperti kad kredit.
Kanak-kanak lapan tahun ditemukan lemas
Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun ditemukan lemas di Pantai Kampung Kandis berdekatan Villa Danialla Beach Resort, Bachok, 7.30 malam tadi.
Malaysia diiktiraf lima negara utama aktif wakaf al-Quran peringkat global
Malaysia kini diiktiraf sebagai antara lima negara utama yang aktif dalam wakaf al-Quran peringkat global, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Mangsa banjir di Sarawak dan Sabah terus meningkat
Situasi banjir di Sarawak dan Sabah masih membimbangkan dengan bilangan mangsa di pusat pemindahan sementara (PPS) dilaporkan terus meningkat, setakat 8 malam ini.
CMCF anjur rundingan awam garis panduan kandungan berkaitan bunuh diri
CMCF mengumumkan pelaksanaan perundingan awam di seluruh negara mengenai Garis Panduan Pelaporan dan Perkongsian Kandungan Berkaitan Bunuh Diri.
Kertas siasatan kes guru pukul murid telah lengkap
Polis telah melengkapkan kertas siasatan berhubung dakwaan seorang murid sebuah sekolah rendah di Bagan Serai mengalami kecederaan akibat dipukul guru seperti yang tular di media sosial.
Filem MONEY GAME$ catat rekod, kutip RM2.76 juta
Kejayaan ini mengatasi kutipan filem-filem lain dalam musim perayaan yang sama, menjadikan MONEY GAME$ sebagai filem paling popular.
10 Berita Pilihan - (31 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Sembilan notis dikeluarkan MBSA kepada taman tema terkenal
Jabatan Korporat dan Perhubungan Awam MBSA dalam kenyataan memaklumkan ini termasuk tiga notis amaran pada 14 Nov 2024 dan satu notis amaran pada 19 Jan lepas.
Empat pantai Labuan, santuari bagi penyu hijau
Trend pendaratan penyu di sekitar pulau itu didapati telah berubah dari taman laut ke pesisir pantai.
Perhilitan pantau kehadiran buaya di pantai Labuan
Bukan tugas yang mudah untuk memastikan seluruh pantai Labuan bebas daripada kehadiran buaya.