IPOH: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak mengesahkan kejadian seekor gajah menceroboh kem tentera, Kem Sri Banding di Gerik dekat sini, yang tular di media sosial.
Pengarah Perhilitan Perak, Yusoff Shariff, berkata gajah itu menceroboh gudang simpanan rangsum tentera di kem berkenaan.
Bagaimanapun, kata beliau, pihaknya tidak pasti bila sebenarnya kejadian itu berlaku kerana ia kerap terjadi.
“Kem itu ada pagar letrik… mungkin ada kerosakan, voltage drop,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Terdahulu, satu rakaman video tular, memaparkan seekor gajah merosakkan beberapa peralatan menerusi luar tingkap di sebuah premis dipercayai milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Video berkenaan turut disertakan dengan keterangan mengenai lokasi kejadian iaitu di Kem Sri Banding, membabitkan premis stor simpanan rangsum atau makanan tentera ketika menjalani latihan atau misi.
Pada Januari 2018, media pernah melaporkan mengenai gangguan gajah di Kem Sri Banding yang berkesudahan dengan kematian gajah terbabit akibat terkena renjatan elektrik.
Yusoff berkata, kawasan Hutan Belum, Temengor dan di sekitarnya memang menjadi habitat gajah dan pernah juga dilihat di Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Titiwangsa.
Menurutnya, bau makanan, khususnya yang masin selalunya menarik kehadiran gajah-gajah kerana dietnya boleh berubah.
“Sebab itu kita nasihatkan orang ramai supaya jangan beri hidupan liar makan. Sisa-sisa makanan yang tidak diurus dengan betul, bila hidupan liar makan secara perlahan-lahan akan merubah diet mereka,” ujarnya.
"Tabiat hampir semua binatang, mereka akan datang semula ke lokasi yang mereka cari makan, lebih-lebih lagi kalau tempat yang pernah dikunjungi itu mudah untuk mendapatkan makanan dan sedap pula dengan ada masin garam," katanya.
Abd Razak Mohd Ali
Mon Feb 14 2022

Pengarah Perhilitan Perak, Yusoff Shariff, berkata gajah itu menceroboh gudang simpanan rangsum tentera di kem berkenaan. - Gambar/ Media sosial

Usaha bantu golongan memerlukan sentiasa jadi keutamaan kerajaan - Noraini
Usaha membantu golongan memerlukan sentiasa menjadi keutamaan kerajaan dengan pelbagai inisiatif telah tersedia.

Mesin pengimbas bagasi akan ditambah baik di KLIA
Mesin pengimbas bagasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) akan ditambah baik bagi memerangi penyeludupan haiwan eksotik dan terancam.

MATRADE lancar Perdagangan Digital MADANI
MATRADE dengan kerjasama Nazsoft Tech Sdn Bhd, melancarkan MDT, sebuah platform bersepadu maya yang direka untuk mengukuhkan akses pengeksport Malaysia ke pasaran antarabangsa.

Kiosk Sentuhan MADANI disasar diperluas ke 30 lokasi seluruh negara
Inisiatif Kiosk Sentuhan MADANI disasar untuk diperluaskan ke 30 lokasi di seluruh negara dalam tempoh 36 bulan.

Lebih 70,000 ekor lembu diseludup di negeri bersempadan Malaysia-Thailand
Aktiviti penyeludupan itu dikesan berlaku di negeri Kelantan, Kedah, Perlis dan Perak sekali gus memberi kesan kepada penternak tempatan.

Meta akan mulakan ujian Community Notes di Facebook, Instagram dan Threads
Meta, syarikat induk Facebook, Instagram dan Threads, mengumumkan pada Khamis, ia akan memulakan ujian Community Notes di platformnya.

All England: Kecederaan tidak halang Pearly-Thinaah layak ke suku akhir
Pearly mempamerkan daya tahan yang luar biasa dengan mengatasi ketakutan terhadap kecederaan pada set kedua untuk melonjakkan dirinya dan Thinaah, ke suku akhir All England di Birmingham hari ini.
Donatella Versace letak jawatan sebagai Ketua Pegawai Kreatif Versace
Jawatan itu akan diambil oleh bekas Pengarah reka bentuk dan imej jenama Miu Miu, Dario Vitale berkuat kuasa 1 April 2025.
Polis sahkan ancaman senjata palsu, hospital selamat digunakan
Jabatan Sheriff Daerah San Bernardino mengesahkan menerima panggilan daripada seorang suspek lelaki yang memaklumkan dia mendengar suara dalam kepala mengarahnya untuk membunuh orang.
Constantine Tassoulas rasmi Presiden baru Greece
Tassoulas, 65 tahun, menggantikan Katerina Sakellaropoulou yang penggal lima tahunnya tamat pada awal Mac lalu.

Lelaki maut dipijak gajah di Bengal Barat, India
Seorang pegawai teknikal sebuah firma peranti keselamatan swasta terbunuh selepas dipijak seekor gajah di negeri Bengal Barat, timur India, menurut polis.

Gajah liar ‘mengamuk’ di Gua Musang, lebih 400 Orang Asli hidup dalam kebimbangan
Haiwan itu akan meninjau ke kawasan rumah buluh penduduk sebelum merobohkan dinding untuk mencari makanan.

Perhilitan Kelantan tangkap gajah jantan liar rosakkan tanaman penduduk di Lojing
Perhilitan Kelantan berjaya memindahkan seekor gajah jantan dewasa di kawasan kebun berhampiran Hentian Eco Rehat dan Rawat Lojing di sini Jumaat lepas.

Perjalanan tergendala dua jam, 30 ekor gajah ‘main’ tengah jalan
Perjalanan dari Kota Bharu, Kelantan ke Alor Setar, Kedah tergendala selama dua jam di Jalan Raya Timur Barat (JRTB) gara-gara 30 ekor gajah bermain dan tidur di tengah jalan.

Pelan pengurusan hidupan liar dilaksana tangani impak projek ECRL
Pelan Pengurusan Hidupan Liar (Wildlife Management Plan) telah dilaksanakan bagi mengurangkan impak projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) kepada khazanah biodiversiti negara.

Hampir 200 keluarga Orang Asli Pos Belatim diancam gajah liar
Hampir 200 keluarga Orang Asli di Pos Belatim hidup dalam kebimbangan selepas kehadiran seekor gajah liar yang berkeliaran di kawasan penempatan mereka sejak bulan lepas.

Guru selamat selepas langgar gajah di Mersing
Seorang guru bernasib baik apabila terselamat selepas kenderaan yang dipandunya terlanggar seekor gajah di Kilometer 6 Jalan Nitar-Mersing di sini, semalam.

Perhilitan tangkap gajah liar di Mersing
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Johor menangkap seekor gajah liar jantan di Kampung Triang Besar di sini, Isnin lepas.

Perhilitan tangkap gajah, beruang matahari di Kuala Krai
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan berjaya menangkap seekor gajah liar dan beruang matahari di Kuala Krai, semalam.

Perhilitan Kelantan tangkap gajah liar di Jeli
Operasi tangkapan melibatkan tujuh anggota dari Pejabat Perhilitan Daerah Jeli dan Unit Tangkapan Gajah (UTG) Kelantan.