IPOH: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak sedang menyiasat kehadiran seekor buaya dalam parit di sebuah kebun sawit di Kuala Kurau, dekat sini sepertimana ditularkan di media sosial.
Pengarahnya, Yusof Shariff berkata, buat masa ini pihaknya belum dapat mengenal pasti kesahihan video terbabit memandangkan tiada laporan berkaitan ancaman buaya diterima daripada orang awam.
"Tidak dapat dipastikan sama ada video itu lama atau baharu, atau benar-benar berlaku di Kuala Kurau dan Parit Buntar.
"Bagaimanapun saya telah minta anggota Perhilitan Kuala Gula untuk membuat siasatan lanjut," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Ahad.
Menurutnya, Perhilitan turut mendapatkan bantuan daripada Ibu Pejabat untuk mengesan individu yang merakam kejadian itu termasuk pemilik Facebook yang memuat naik video berkenaan.
"Maklumat berkenaan bagi membantu siasatan," katanya.
Beliau menasihatkan orang ramai agar tidak mendekati atau melakukan sebarang kacau ganggu sekiranya ternampak haiwan berkenaan bagi mengelak kejadian tidak diingini.
"Sebaiknya jangan provokasi atau ganggu haiwan berkenaan walau di mana pun ia dijumpai," katanya.
Pada Jumaat, tular dua video di media sosial memaparkan kehadiran buaya dalam parit dikatakan berlaku di Kuala Kurau.
Video pertama berdurasi 44 saat memperlihatkan beberapa lelaki dengan seorang daripadanya menggunakan sebatang pelepah sawit mengocak permukaan air bagi menarik perhatian buaya tersebut.
Tindakan itu menyebabkan haiwan berkenaan merangkak naik ke tepi tebing parit.
Sementara video kedua berdurasi 2.51 saat pula merakamkan kumpulan lelaki melemparkan batu ke dalam parit di lokasi yang sama untuk mengganggu reptilia itu.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Feb 20 2022

Tangkap layar video tular menunjukkan kehadiran buaya dalam parit di sebuah kebun sawit dikatakan berlaku di Kuala Kurau. -Facebook Marc Motor

90 peratus penduduk Syria hidup dalam kemiskinan selepas bertahun-tahun perang saudara
Perang saudara selama 14 tahun di Syria telah menyebabkan 618,000 nyawa terkorban dan 13,000 orang hilang secara paksa.
AWANI Ringkas: 'Gummy' mata - Jabatan Kesihatan Pulau Pinang siasat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

New York saman pengedar vape jual e-rokok kepada kanak-kanak
New York pada Khamis menyaman beberapa pengedar rokok elektronik terbesar di negara itu, menuduh syarikat itu melanggar undang-undang negeri yang melarang penjualan vape kepada kanak-kanak.

PM Anwar pengerusikan mesyuarat kabinet usai lawatan rasmi ke Bahrain
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar turut memaklumkan hasil lawatan beliau ke Bahrain dan Brunei pada mesyuarat itu.

X naikkan harga langganan X Premium+ sekali lagi, kini RM177 sebulan
X telah meningkatkan harga langganan untuk pelan X Premium kepada RM177 sebulan, selepas peningkatan sebelumnya pada Disember 2024.

Warga emas hilang ketika memancing ditemukan lemas
Mayat mangsa dijumpai oleh orang awam selepas timbul di Jeti Pink Rompin pagi ini pada jarak 2.5 kilometer dari lokasi mangsa dipercayai terjatuh.

Veteran DAP, Kulasegaran tarik diri pemilihan parti
M Kulasegaran mengumumkan keputusan untuk tidak mempertahankan jawatan dalam Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti itu bagi memberi laluan kepada kepimpinan baharu.

Man Tiger tidak mengaku cuba bunuh suami isteri
Suspek ditahan dalam tempoh 24 jam selepas kejadian dan mempunyai 27 rekod jenayah lampau berkaitan jenayah dan dadah.
3 bas meletup di Tel Aviv, polis Israel tuduh pengganas
Tiga buah bas meletup, di Tel Aviv pada Khamis dalam kejadian yang didakwa oleh polis Israel sebagai serangan pengganas.
Inflasi Januari 2025, apa pendorong situasi dan prestasi terkini?
Untuk mengulas lanjut angka terkini inflasi ini, kita bersama Prof Emeritus Dr Barjoyai Bardai, Provost, Malaysia University of Science & Technology MUST.

Perhilitan siasat kehadiran buaya dalam parit
Perhilitan belum dapat mengenal pasti kesahihan video terbabit memandangkan tiada laporan berkaitan ancaman buaya diterima daripada orang awam.