KOTA BHARU: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan menangkap seekor beruang matahari betina di Kampung Air Asahan Hulu, Tanah Merah, hari ini.
Pengarah Perhilitan Kelantan Mohamad Hafid Rohani berkata tangkapan dilakukan susulan aduan diterima pihaknya pada Sabtu lepas tentang haiwan terbabit yang berkeliaran di sekitar kebun di kampung itu.
"Anggota Pejabat Perhilitan Daerah Jeli telah menjalankan siasatan di lokasi aduan dan memasang satu unit perangkap. Seekor beruang matahari betina memasuki perangkap itu hari ini.
"Tangkapan itu sedikit sebanyak melegakan penduduk dan mengelakkan kerugian berterusan yang dialami mereka akibat kemusnahan tanaman serta harta benda," katanya dalam kenyataan.
Menurut Mohamad Hafid operasi pemindahan dan pelepasan semula beruang itu ke habitat yang lebih sesuai dan selamat akan dijalankan dalam masa terdekat.
Beliau berkata bagi mengurangkan kes konflik melibatkan beruang, penduduk khususnya pekebun dinasihatkan supaya mengambil langkah mitigasi seperti sentiasa berteman semasa ke kebun, tidak memasuki kawasan kebun pada waktu malam, membersihkan kebun serta memasang lampu di sekeliling rumah pada waktu malam.
"Orang ramai juga disaran lebih berwaspada jika terserempak dengan hidupan liar dan tidak mengambil tindakan sendiri yang boleh mendatangkan risiko keselamatan kepada diri sendiri," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 28 2024
![Perhilitan tangkap beruang matahari betina di Tanah Merah Perhilitan tangkap beruang matahari betina di Tanah Merah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/61698633339_beruangmatahari.jpg)
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan menangkap seekor beruang matahari betina di Kampung Air Asahan Hulu, Tanah Merah, hari ini. - Gambar hiasan/Sinar Harian
Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.
10 Berita Pilihan - (15 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
El Salvador rampas 1.7 metrik tan kokain, tiga ditahan
Pihak berkuasa El Salvador mengumumkan rampasan 1.7 metrik tan dadah kokain dianggar bernilai US$44.8 juta dalam operasi pada 7 Februari lalu.
Yaman protes, bantah rancangan 'gila' Trump ingin ambil alih Gaza
Turut hadir di perhimpunan tersebut ialah Menteri Pertahanan Houthi Yaman, Mohammed Al-Atifi
Tiga tebusan Israel merdeka, 369 tahanan Palestin dibebaskan sebagai pertukaran
Tebusan Israel Iair Horn, Sagui Dekel-Chen dan Sasha Troufanov diserahkan kepada pasukan Palang Merah selepas perundingan di antara Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat (AS) berjaya.
Lima resolusi rampas Kedah pada PRU akan datang
Konvensyen Perpaduan Kedah 2025 menggariskan lima resolusi yang dipersetujui bersama hasil garapan pandangan pimpinan dan akar umbi Pakatan Harapan (PH) serta Barisan Nasional (BN).
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Bekas wartawan Utusan Melayu, Muhammad Basir meninggal dunia
Bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad, Muhammad Basir Abu Bakar meninggal dunia pada usia 46 tahun, di Hospital Serdang dekat sini, pada Sabtu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 15 Februari 2025.
![Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739634787_DatukAaronAgoDaga.jpg)
Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron
Sebarang tindakan atau kenyataan yang boleh menggugat keharmonian antara kaum dan agama di negara ini tidak boleh diterima dan dikompromi, kata Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang.
Enam bintang Running Man pukau 6,000 peminat di MIECC
Enam bintang program hiburan popular dari Korea Selatan, Running Man memukau lebih 6,000 peminat di konsert Running Man “Run 2 U” Live In Kuala Lumpur
![Perhilitan tangkap tiga gajah liar di Kuala Balah Perhilitan tangkap tiga gajah liar di Kuala Balah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/81734532906_gajahKualaBalah.jpg)
Perhilitan tangkap tiga gajah liar di Kuala Balah
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan menangkap tiga gajah liar yang berkeliaran di Kampung Kuala Balah, Jeli, semalam.
![Tiga gajah jantan liar ditangkap Perhilitan Kelantan Tiga gajah jantan liar ditangkap Perhilitan Kelantan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51723644472_TBgajah.jpg)
Tiga gajah jantan liar ditangkap Perhilitan Kelantan
Tiga gajah jantan liar berjaya ditangkap Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) di Kampung Lawar, Jeli dan Felda Chiku 3, Gua Musang kelmarin.
![Perhilitan Kelantan terima laporan penemuan bangkai harimau belang di Kuala Krai Perhilitan Kelantan terima laporan penemuan bangkai harimau belang di Kuala Krai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71719615036_harimaubelang.jpg)
Perhilitan Kelantan terima laporan penemuan bangkai harimau belang di Kuala Krai
Pengarahnya Mohamad Hafid Rohani berkata bangkai haiwan liar itu, ditemukan penduduk kampung ketika melalui kawasan sungai berkenaan.
![Perhilitan tangkap beruang matahari betina di Tanah Merah Perhilitan tangkap beruang matahari betina di Tanah Merah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/61698633339_beruangmatahari.jpg)
Perhilitan tangkap beruang matahari betina di Tanah Merah
Perhilitan Kelantan menangkap seekor beruang matahari betina di Kampung Air Asahan Hulu, Tanah Merah, hari ini.
![Kerap jumpa kesan tapak kaki harimau Kerap jumpa kesan tapak kaki harimau](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/81664412841_Kerapjumpakesanta.jpg)
Kerap jumpa kesan tapak kaki harimau
Mereka kini perlu lebih berhati-hati malah lembing dan parang menjadi 'teman' utama apabila melakukan aktiviti di dalam hutan.
![Tapir seberat 200kg diselamatkan di Kuala Krai Tapir seberat 200kg diselamatkan di Kuala Krai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/41628308552_TBTapir.jpg)
Tapir seberat 200kg diselamatkan di Kuala Krai
Aduan orang awam diterima mengenai haiwan itu yang ditemukan terperangkap di dalam lubang di kawasan kebun di Kesedar Baru Chenulang.