KUALA LUMPUR: Satu perhimpunan yang berlangsung di ibu negara hari ini, tidak mematuhi Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012, kata Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Allaudeen Abdul Majid.
Beliau berkata perhimpunan yang dihadiri kira-kira 850 peserta itu, gagal memenuhi butiran diperlukan oleh Jadual 4 dalam Seksyen 10 akta berkenaan.
"Mengikut Seksyen 9 penganjur perlu kemukakan permohonan dan Jadual 4 dalam Seksyen 10 pula ada format yang penganjur kena patuhi yang telah diperuntukkan undang-undang, mereka kena ikut format itu.
"Antaranya kena nyatakan dengan jelas siapa penganjur, kena dapatkan kebenaran pemilik premis dan tanah di kawasan perhimpunan diadakan, seterusnya sertakan sekali kebenaran itu dalam permohonan yang dibuat," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, di sini hari ini.
Allaudeen berkata kesemua maklumat tersebut penting kepada polis, dalam memudah cara sesuatu perhimpunan, namun kekeliruan ditimbulkan penganjur terutamanya berkenaan lokasi perhimpunan menyukarkan polis menjalankan tugas mereka.
Sehubungan itu, beliau berkata polis akan melihat kembali tindakan susulan sewajarnya atas kegagalan perhimpunan yang bermula pada 1.15 tengah hari dan berakhir pada 3.30 petang di Kompleks Sogo itu dalam mematuhi APA 2012.
"Kami akan melihat kepada kesemua aspek yang kami percaya menyebabkan perhimpunan hari ini tidak mematuhi kepada akta," katanya.
Dalam pada itu, Allaudeen mengesahkan menerima satu laporan polis dibuat penganjur berdasarkan tuntutan yang dibuat dalam perhimpunan tersebut, dan pihaknya akan mengkaji terlebih dahulu laporan itu untuk tujuan pengelasan kandungan.
"Kami akan panggil sesiapa sahaja yang boleh membantu siasatan, termasuk 16 individu yang berucap sepanjang perhimpunan tadi," katanya.
Beliau juga menafikan dakwaan mesej tular yang mengatakan terdapat beberapa Ahli Parlimen 'dikepung' polis, sehingga tidak dapat menyertai perhimpunan itu.
Semalam, Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain mendedahkan, polis telah menerima 22 laporan polis daripada individu yang tidak bersetuju dengan perhimpunan anjuran Pemuda Perikatan Nasional (PN) itu.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 16 2023

Allaudeen (kiri) bercakap pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi mengenai sebuah perhimpunan yang diadakan di ibu negara hari ini disahkan polis sebagai tidak mematuhi Akta Perhimpunan Aman 2012. - Foto Bernama

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

Perhimpunan di ibu kota gagal patuhi Akta Perhimpunan Aman 2012 - Polis
Satu perhimpunan yang berlangsung di ibu negara hari ini, tidak mematuhi Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012.

Belum ada permohonan permit 'Perhimpunan Selamatkan Malaysia' - Polis
Polis masih belum menerima sebarang permohonan berhubung penganjuran "Perhimpunan Selamatkan Malaysia" yang dirancang diadakan di ibu negara, Sabtu ini, kata Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Allaudeen A