Tiada sekatan, halangan dan tangkapan pada perhimpunan kesyukuran meraikan kejayaan menolak ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) di ibu negara semalam adalah bukti kerajaan Pakatan Harapan (PH) menjunjung demokrasi dan kebebasan rakyat bersuara.
Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata walaupun perhimpunan itu dikatakan satu 'setback' kepada kerajaan, namun ia juga menunjukkan hala tuju kerajaan mendaulatkan undang-undang dan satu langkah ke hadapan yang membolehkan rakyat menyuarakan pendapat.
Berucap pada Majlis Makan Malam Amal PH di sini malam Ahad, Muhyiddin yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkata tiada insiden tidak diingini berlaku pada perhimpunan tersebut seperti terjadi dalam beberapa perhimpunan ketika pentadbiran kerajaan terdahulu.
"Dahulu penahanan, tindakan menghalang dilakukan untuk tidak membolehkan individu tertentu berucap dan ada yang ditangkap dan dimasukkan dalam penjara untuk satu ketika.
"Ini membuktikan Malaysia baharu di bawah pimpinan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang didokong rakyat, menjunjung prinsip demokrasi, hak bersuara kita tak sekat dan kita meneruskan urusan perhimpunan itu berdasarkan kedaulatan undang-undang," katanya.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazlan Lazim dilaporkan berkata dianggarkan 55,000 peserta hadir himpunan itu yang berjalan lancar tanpa sebarang kejadian tidak diingini.
Sebelum ini, penganjur dilaporkan berkata perhimpunan itu diadakan sebagai tanda 'kesyukuran' di atas keputusan kerajaan untuk tidak meratifikasikan konvensyen berkenaan dan seterusnya mempertahankan Perlembagaan Persekutuan.
Pada 23 Nov lepas, Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan berkata Kerajaan Pakatan Harapan tidak akan meratifikasi ICERD.
Kerajaan juga akan terus mempertahankan Perlembagaan Persekutuan yang di bawahnya termaktub kontrak sosial yang dipersetujui oleh wakil semua kaum semasa pembentukan negara.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Dec 09 2018

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazlan Lazim dilaporkan berkata dianggarkan 55,000 peserta hadir himpunan itu yang berjalan lancar tanpa sebarang kejadian tidak diingini. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Perhimpunan tolak ICERD bukti kerajaan junjung demokrasi - Muhyiddin
Tiada sekatan, halangan dan tangkapan pada perhimpunan kesyukuran meraikan kejayaan menolak ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).

Himpunan 812 ibarat perkembangan politik yang bahaya -Lim Guan Eng
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menyifatkan Perhimpunan Kesyukuran Penolakan Konvensyen Antarabangsa Mengenai Pembasmian Diskriminasi Kaum (ICERD) sebagai satu perkembangan politik yang bahaya.

Pasca Himpunan 812: Pakatan Harapan akan berdepan masalah bina keyakinan pengundi Melayu
Namun sekiranya jumlah kehadiran diambil kira sebagai penanda aras sokongan kepada pembangkang, penganjurannya boleh dianggap sebagai gagal.

Tun Dr Mahathir buat tinjauan
Tun Dr Mahathir Mohamad, meninjau lokasi perhimpunan kesyukuran penolakan ratifikasi ICERD selepas ia berakhir petang Sabtu.

Himpunan 812: Muhyiddin puas hati pendekatan diambil PDRM
Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin berpuas hati dengan pendekatan yang diambil PDRM dalam memudahcara perhimpunan kesyukuran meraikan penolakan ratifikasi ICERD.

Kami berhimpun demi pertahan Melayu - Tuan Ibrahim
Perhimpunan kali ini bagi membuktikan bahawa umat Islam dan Melayu tidak akan berdiam diri jika wujud anasir yang menganggu gugat Perlembagaan Persekutuan.

Pengundi muda yang undi PH, sila kembali ke pangkal jalan
Himpunan 812 sebagai tanda kesyukuran keputusan kerajaan untuk tidak meratifikasi ICERD diakhiri dengan doa agar kerajaan Pakatan Harapan 'pendek umur'.

Himpunan 812: Peserta berkerusi roda gigih walau baru jalani pembedahan
Walaupun baru saja menjalani pembedahan, tetapi dia tetap komited untuk hadir ke Himpunan 812.

Jangan main-main dengan rakyat - Ahmad Zahid
Kerjasama UMNO-Pas bukan sahaja sebagai gagasan pembangkang tetapi akan diterjemahkan dalam isu-isu membabitkan orang Melayu dan Islam.

Video 'dron' Himpunan 812: "Sesak!"
Ada antara mereka kecewa kerana gagal memasuki Jalan Raja dan mendengar ucapan para pemimpin yang hadir.