ISU cetak rompak bagai tiada kesudahan.
Beri keuntungan kepada lanun-lanun namun yang merana adalah mereka yang berada di dalam industri seni tanah air.
Bagi pengarah drama terkenal Michael Ang, isu ini merupakan sesuatu yang perlu diberikan perhatian umum.
"Sebagai penggiat seni, saya rasa benda ini tak sepatutnya berlaku.
"Ia merupakan satu isu yang sangat keterlaluan dan perlu diberikan perhatian umum.
"Saya sendiri kalau berkunjung ke pusat membeli belah, bersepah saya lihat yang menjual box ini secara mudah," katanya kepada Astro AWANI.
Pengarah drama bersiri, Marry Me Senorita ini menegaskan bahawa kegiatan ini akan memberi kesan yang besar kepada pihak syarikat penyiaran dan juga pengarah sepertinya.
BACA : Wanita berdepan enam pertuduhan miliki kotak media iBoite-X secara haram
BACA : 'Kalau kerajaan tidak bersungguh, sampai kiamat pun cetak rompak tak selesai ...' - Yusof Haslam
BACA : Perisian tidak sah: Seniman dan PFM cadang hukuman lebih berat
BACA : Perisian tidak sah: Ganggu periuk nasi pengiat seni - Shaza Bae
"Kes seperti ini akan memberikan kerugian kepada syarikat penyiaran seperti Astro, dan jika perkara ini terus berlaku syarikat penyiaran juga tiada dana untuk membeli program-program daripada penerbit seperti saya," tambah Michael.
Michael juga berpendapat bahawa "lanun-lanun" ini akan ada selama-lamanya, dan akan terus melakukan jenayah ini selagi ia memberi keuntungan mudah serta tidak membebankan mereka.
Oleh itu, penonton atau pembeli harus dididik agar mendapat kandungan yang asli dan berkualiti serta membeli daripada pihak yang sepatutnya, bukan daripada lanun-lanun yang menjual kandungan cetak rompak.
Pada Selasa, seorang pengarah syarikat didenda RM30,000 oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam selepas didapati bersalah memiliki enam kotak media yang mempunyai perisian tidak sah mengikut Seksyen 232 (2) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Asyraf Roslan
Wed Feb 17 2021

Michael juga berpendapat bahawa 'lanun-lanun' ini akan ada sampai bila-bila, dan akan terus melakukan jenayah ini selagi ia memberi keuntungan mudah dan tidak membebankan mereka. -Instagram/michaelang38

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Perisian tidak sah: Ganggu periuk nasi penggiat seni - Shaza Bae
Sampai bila perkara ini harus terjadi?

Perisian tidak sah: Seniman dan PFM cadang hukuman lebih berat
Presiden Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN), Zed Zaidi, isu cetak rompak digital menggunakan aplikasi atau perisian tidak sah ini telah membelenggu industri kreatif sejak sekian lama.