HARI ini 30 tahun yang lalu, penghibur legenda, Datuk Sudirman Haji Arshad meninggal dunia.
Lahir pada 25 Mei 1954 di Temerloh, Pahang, Sudirman merupakan yang bongsu daripada tujuh beradik.
Namanya diberikan oleh bapanya sempena tokoh pejuang kemerdekaan Indonesia, Jeneral Soedirman.
Karier seninya bermula apabila menjuarai Bintang RTM 1976 ketika beliau menjadi penuntut di Universiti Malaya.
Album pertamanya, “Aku Penghiburmu” terbit pada 1978 & beliau tamat pengajian 2 tahun kemudian.
Sudirman menjadi peguam untuk beberapa tahun, namun meninggalkan profesion itu untuk fokus kepada kerjaya seninya.
Namanya meledak sebagai bintang utama era 80-an dengan deretan lagu hits bersama gaya persembahannya yang kreatif.
Beliau melakar sejarah pada malam 15 April 1986 apabila mengadakan konsert terbuka dan percuma di Jalan Chow Kit yang disaksikan lebih 100,000 penonton dari segenap lapisan masyarakat Malaysia khususnya di sekitar Kuala Lumpur.
Beliau dinobatkan sebagai ‘Penghibur Nombor 1 Asia’ pada Salem Asian Music Awards di Royal Albert Hall, London pada 19 Mac 1989, mengatasi peserta lain antaranya legenda pop Hong Kong, Leslie Cheung & Anita Sarawak dari Singapura.
Di samping menyanyi, Sudirman juga seniman serba boleh apabila membintangi filem ‘Kami’ (1982) sebagai teraju utama.
Beliau juga menerbitkan buku kanak-kanak dan autobiografinya sendiri serta menjadi kolumnis juga wartawan sambilan.
Sudirman turut menghasilkan komik lukisannya sendiri yang diterbitkan dalam majalah dan akhbar tempatan.
Beliau juga seorang usahawan, menghasilkan minuman ringan 'SUDI' serta membuka kedai menjual rangkaian cenderamata jenamanya sendiri.
Pada 17 Julai 1991, beliau dimasukkan ke Pusat Perubatan Tawakkal, KL selepas rebah ketika membuat persembahan di Butterworth, Pulau Pinang.
Selepas 7 bulan menderita pneumonia, Sudirman menghembuskan nafas terakhir pada 4 pagi 22 Februari 1992 di usia 37 tahun.
Jenazahnya disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Chengal, Temerloh. Walaupun hanya 16 tahun menyinari dunia seni tanah air, kehadirannya tiada galang ganti sehingga hari ini.
Sumber: Arkib Negara Malaysia, NST, Utusan Malaysia
Israr Khalid
Mon Feb 21 2022

Hanya 16 tahun menyinari dunia seni tanah air, namun kehadirannya tiada galang ganti hingga hari ini.

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

46 warga Indonesia mangsa pemerdagangan dibawa pulang, termasuk bekas ahli DPRD
46 mangsa pemerdagangan manusia itu datang dari sembilan provinsi dengan majoriti berasal dari Sumatera Utara dan Jawa Barat.

Arab Saudi anjur sidang kemuncak pembinaan semula Gaza
Arab Saudi dijadual menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Lebih 700,000 penyu mendarat di pantai Rushikulya India
Lebih 700,000 ekor penyu spesies Olive Ridley mendarat di pantai Rushikulya yang terletak di timur Odisha, India. Ia rekod terbaharu penetasan penyu atau digelar oleh masyarakat tempatan sebagai fenomena 'Arribada' di pantai itu.
'Indonesia gelap' cerminan tekanan pemerintahan Prabowo
Kepimpinan awal Presiden Prabowo Subianto dalam pentadbiran kerajaan Republik Indonesia menyaksikan penentangan dalam kalangan mahasiswa negara itu. Ia selepas pemotongan bajet terutama melibatkan sektor pendidikan dan kebajikan mahasiswa di negara itu. Salah seorang peserta yang terlibat dalam protes 'Indonesia Gelap' berkata Subianto melakukan keputusan yang buruk dalam pengenalan polisi-polisi kerajaannnya.
Pangkalan data salah laku polis Amerika ditutup
Pangkalan data di seluruh negara yang menjejaki salah laku pegawai polis Amerika Syarikat telah ditutup berikutan arahan Presiden Donald Trump. Menurut notis di laman web Jabatan Kehakiman Amerika, menyatakan Trump telah membatalkan perintah eksekutif yang ditandatangani bekas Presiden Joe Biden menyebabkan Pangkalan Data Akauntabiliti Penguatkuasaan Undang-undang Kebangsaan (NLEAD) dihentikan operasinya.

#PeristiwaHariIni: Seniman agung Tan Sri P Ramlee dilahirkan
Beliau dilahirkan di Georgetown, Pulau Pinang pada 22 Mac 1929 dengan nama Teuku Zakaria Teuku Nyak Puteh.

#PeristiwaHariIni: Penghibur legenda Sudirman Haji Arshad meninggal dunia (1992)
Seniman serba boleh itu menghembuskan nafas terakhir pada jam 4 pagi 22 Februari 1992 di kediaman kakaknya di Bangsar, Kuala Lumpur.