HARI INI 7 tahun yang lalu, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meninggal dunia.
Beliau dilahirkan pada 10 Januari 1931 di Kampung Pulau Melaka, Kota Bharu, Kelantan daripada keturunan ulama.
Bapanya, Nik Mat Raja Banjar merupakan guru agama yang terkenal dan disegani di Kelantan, legasi yang diteruskan Nik Abdul Aziz.
Beliau mendapat pendidikan awalnya di sekolah pondok di Kelantan & Terengganu, sebelum melanjutkannya ke India di Darul Uloom Deoband pada 1952.
Lima tahun kemudian, beliau menuntut pula di Lahore, Pakistan dalam bidang tafsir Al-Quran.
Pengajiannya diteruskan ke Universiti Al-Azhar, Mesir untuk mendalami Bahasa Arab.
Selepas memperoleh Sarjana Muda dalam pengajian bahasa tersebut, beliau melanjutkan Sarjananya dalam bidang Perundangan Islam (Syariah).
Pulang ke tanah air, beliau mula mengajar di Panchor sebelum menubuhkan Sekolah Agama Darul Anwar di Kampung Pulau Melaka pada 1962.
Beliau juga menjadi tenaga pengajar di beberapa sekolah di sekitar Kelantan sebelum berkecimpung dalam dunia politik.
Nik Abdul Aziz mendaftar sebagai ahli PAS pada 1967 dan tahun yang sama beliau memenangi kerusi Parlimen Kelantan Hilir, yang kemudian ditukar nama kepada Pengkalan Chepa.
Untuk empat penggal seterusnya, beliau mewakili rakyat Parlimen tersebut.
Pada 1986, Nik Abdul Aziz bertanding di DUN Semut Api (kini dikenali DUN Chempaka) dan memenanginya, seterusnya dilantik menjadi Menteri Besar Kelantan pada Oktober 1990.
Pada 1994, beliau dilantik sebagai Mursyidul Am PAS.
Selepas 23 tahun menjadi Menteri Besar, Nik Abdul Aziz melepaskan jawatan itu pada Mei 2013 apabila kesihatannya mulai merosot.
Namun beliau masih menjadi ADUN Chempaka di samping terus giat mengajar dan menyampaikan ceramah.
Pada 19 Januari 2015, beliau dimasukkan ke HUSM kerana keadaan kanser prostatnya semakin memburuk.
Beliau dibawa pulang ke rumah kira-kira jam 8.40 malam 12 Februari sebelum menghembuskan nafas terakhir pada 9.40 malam di sisi keluarganya.
Selepas disembahyangkan pada jam 10 keesokan paginya, jenazah Allahyarham selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pulau Melaka.
Sumber: Astro AWANI, Biswardi Hasbi
#PeristiwaHariIni
Israr Khalid
Fri Feb 11 2022
![#PeristiwaHariIni: Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meninggal dunia (2015) #PeristiwaHariIni: Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meninggal dunia (2015)](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/71644617357_NikAziz.jpg)
Hari ini 7 tahun yang lalu, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meninggal dunia. -Gambar fail/Facebook
[TERKINI] Hamas tangguh pembebasan tebusan Israel yang dijadualkan pada Sabtu
Hamas berkata ia akan menangguhkan pembebasan tebusan yang dijadualkan pada hari Sabtu.
Naomi Campbell bertemu PM Thailand bincang industri fesyen
Shinawatra mengalu-alukan legenda pentas peragaan British itu ke pejabat perdana menteri di Bangkok bagi membincangkan cara membantu membangunkan industri fesyen Thailand.
China sedia jalin hubungan dengan negara kepulauan pasifik
China bersedia menjalin hubungan lebih rapat dengan negara-negara Kepulauan Pasifik termasuk Cook Island.
menurut Kementerian Luar China pada Isnin, kenyataan ini dibuat bagi meredakan kebimbangan yang semakin meningkat di New Zealand berhubung lawatan Perdana Menteri Cook Island, Mark Brown ke China minggu ini.
menurut Kementerian Luar China pada Isnin, kenyataan ini dibuat bagi meredakan kebimbangan yang semakin meningkat di New Zealand berhubung lawatan Perdana Menteri Cook Island, Mark Brown ke China minggu ini.
Pendengaran permohonan batal tahan Suk Yeol minggu depan
Sebuah mahkamah Korea Selatan akan mendengar sama ada akan membatalkan penahanan Presiden yang didakwa, Yoon Suk Yeol pada minggu depan, menurut sumber pada Isnin.
Afrika Selatan persoal keputusan Trump henti bantuan kewangan
Kementerian Luar Afrika Selatan mengecam perintah eksekutif yang ditandatangani oleh Presiden AS, Donald Trump, yang menghentikan bantuan kewangan ke negara itu.
Mereka berkata keputusan permohonan batal tidak tepat dan tidak mengiktiraf sejarah panjang kolonialisme serta apartheid di Afrika Selatan.
Mereka berkata keputusan permohonan batal tidak tepat dan tidak mengiktiraf sejarah panjang kolonialisme serta apartheid di Afrika Selatan.
Rasuah: Netanyahu sekali lagi hadir ke mahkamah
Netanyahu adalah pemimpin Israel pertama yang dihadapkan ke mahkamah sebagai defendan jenayah.
Busuk bau mayat reput, Penjara Muzenze di Congo dibersihkan
Memetik rakaman Reuters, ICRC turut dilihat melakukan proses pembersihan serta disinfeksi bagi mengelak berlakunya penularan wabak.
ASEAN punya potensi, Turkiye mahu main peranan lebih luas
Turkiye melihat faktor keaktifan ASEAN dalam geopolitik antarabangsa, selain turut mempunyai potensi pasaran lebih besar.
Hubungan erat Malaysia- Turki mampu buka peluang di peringkat global
Penasihat khas Menteri Luar Negeri (Kemanusiaan dan Pembangunan Semula), Datuk Ahmad Azam Ab Rahman berkata, ini kerana kedua-dua negara itu mempunyai lokasi strategik yang menjadi penghubung penting antara ASEAN dan Eropah.
Sultan Nazrin perkenan kurniakan Erdogan dengan anugerah tertinggi Universiti Malaya
Timbalan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah pada Isnin telah berkenan mengurniakan anugerah tertinggi Universiti Malaya (UM), Ijazah Kehormat Doktor Hubungan Antarabangsa kepada Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan.
Sultan Nazrin, yang juga Canselor UM, berkenan menganugerahkan Ijazah Kehormat itu kepada Erdogan dalam satu Istiadat Konvokesyen Khas di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
Sultan Nazrin, yang juga Canselor UM, berkenan menganugerahkan Ijazah Kehormat itu kepada Erdogan dalam satu Istiadat Konvokesyen Khas di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
![#PeristiwaHariIni: Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meninggal dunia (2015) #PeristiwaHariIni: Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meninggal dunia (2015)](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/71644617357_NikAziz.jpg)
#PeristiwaHariIni: Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meninggal dunia (2015)
Beliau merupakan tokoh yang cukup disegani dalam bidang agama serta di arena politik tanah air.