KUALA LUMPUR: Topik 'aneh' yang terpaksa dihadapi para pelajar termasuk soalan ujian lisan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bertajuk 'Perkahwinan Idalam' baru-baru ini bukan sesuatu yang asing.
Bagaimanapun, Presiden Persatuan Ibu Bapa Untuk Pendidikan Malaysia (PAGE), Datin Noor Azimah Abdul Rahim berkata, tajuk perbincangan itu disifatkan amat mengejutkan, di luar jangka serta tidak terlintas di fikiran para pelajar.
Jelasnya, jika tujuannya adalah untuk menilai dan menaksir bagaimana para pelajar dapat mengatasi situasi untuk berfikir pantas, dan secara tiba-tiba menceritakan kisah fiksyen alam impian, kemungkinan ia adalah satu cara yang boleh digunakan dan tidak salah.
"Dengan syarat, soalan kejutan bertemakan fantasi juga boleh digunakan tanpa persiapan sebagai instrumen penilaian.
"Jika pelajar tidak tahu kemungkinan untuk soalan sebegini, maka ia adalah sangat tidak adil dan tidak berasas.
"Sudahlah pelajar ini menghadapi tekanan belajar waktu pandemik serta stres menghadapi peperiksaan. Ini pula bagai sudah jatuh ditimpa tangga. Kami bersimpati dengan nasib para pelajar ini," katanya dalam satu kenyataan, pada Selasa.
Mengulas lanjut, Noor Azimah berkata ahli jawatankuasa PAGE sendiri juga pernah berdepan situasi sama ketika SPM pada 1988 melibatkan sebuah sekolah mubaligh lelaki terkemuka di Petaling Jaya.
"Soalan yang masih jelas menyentak fikirannya setelah lebih 30 tahun berlalu ialah “perkahwinan ramai-ramai” yang membuatnya kaget (terkejut).
"Apakah maknanya soalan ini, poligamikah, perkahwinan lambak atau sangat ramai orang di majlis?," soalnya.
Namun ujar beliau, situasi ketika itu jauh berbeza dengan sekarang kerana tiada media sosial yang boleh menyebabkan topik sedemikian dibiarkan terpendam dan tidak diperbesarkan.
"Tetapi sekarang seharusnya Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) perlu membuat penilaian, adakah topik begini masih relevan dan apakah consequence atau iktibar daripada soalan sebegini?
"Ketika dunia ini menuju ke arah globalisasi yang memerlukan pelajar-pelajar lebih peka dan terbuka kepada pemikiran makro, perlu juga ada kemajuan di dalam pendidikan," tambahnya.
Malaysia juga, jelasnya turut komited untuk mencapai hala tuju Pertubuhan Pendidikan Kebudayaan dan Saintifik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) dalam Sasaran Pembangunan Mampan (SDG) iaitu meningkatkan kualiti pendidikan yang menyentuh kesaksamaan sukatan kurikulum dan ekualiti setara gender.
Justeru, ujarnya, jelas sekali pelajar lelaki langsung tidak berfikir perkahwinan impian atau pelajar perempuan yang lebih lagi fokus untuk berpelajaran tinggi dan mempunyai kerjaya.
BACA: 'Perkahwinan Idaman' soalan lisan SPM 2022: Bukan saya mahu pertikai silibus...' - Dr Sheikh Muszaphar
Soalan tidak bersifat kesamarataan
"Persoalan yang timbul ialah apakah relevan lagi pendidikan kita yang jelas masih tersangkut di alam impian dan fikiran yang tidak meluaskan minda. Topik-topik yang melonjakkan pemikiran aras tinggi amatlah meluas dan tidak terbatas.
"Kenapa dan bagaimanakah topik pelik boleh timbul? Apakah proses semak dan imbang dari urusan teratas Kementerian Pendidikan yang meluluskan topik pelik seperti ini?," soalnya.
Sementara itu, Pensyarah Pusat Kajian Pendidikan dan Kesejahteraan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Anuar Ahmad berkata, KPM perlu mengelak situasi yang mampu mencetuskan kontroversi berhubung topik-topik perbincangan dalam kalangan pelajar sekolah.
Beliau bagaimanapun, mengakui bahawa terdapat banyak pilihan topik yang dikemukakan dalam ujian lisan dan ia tidak menimbulkan isu.
"Kebetulan pasal nikah kahwin ini saja jadi isu. Apa pun KPM boleh elakkan perkara begini menjadi kontroversi jika para pengubal yang dilantik oleh KPM lebih sensitif dan bijak membina soalan yang bertemakan budaya dan nilai.
"Soalan ini tak salah dan tapi tak cukup bijak," katanya.
Sementara itu, Pengarah Urusan Zubedy (M) Sdn Bhd dan Profesor Adjung Taylor's University, Anas Zubedy berkata, topik sepatutnya tidak sahaja tertumpu kepada perkahwinan, dan konteks sepatutnya diperbesar kepada topik lain termasuk kerjaya, adventur, percutian atau otomotif.
"Pelajar-pelajar wajar untuk memilih apa topik bersesuaian dengan mereka," tambahnya.
Dalam masa yang sama, Angkasawan Negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor menegaskan tindakannya memuat naik perkara itu di laman Facebook, bukan untuk mempersoalkan sukatan pelajaran.
Sebaliknya, beliau berkata ia soalan yang 'menggerunkan'.
Terdahulu, topik 'Perkahwinan Idaman' bagi ujian lisan pelajar SPM 2022 mengundang reaksi kurang senang dalam kalangan warganet.
Hasimi Muhamad
Tue Feb 15 2022
Noor Azimah berkata, ahli jawatankuasa PAGE sendiri juga pernah berdepan situasi sama ketika SPM pada 1988 melibatkan sebuah sekolah mubaligh lelaki terkemuka di Petaling Jaya - Gambar fail
Singapura perkenal kod amalan untuk aplikasi bagi meningkatkan keselamatan dalam talian
Kategori kandungan berbahaya yang dikenal pasti termasuk kandungan seksual, keganasan, bunuh diri dan mencederakan diri.
Tidak 'janji bulan bintang' MTBC usaha beri penghargaan sewajarnya
Mohd Najeeb menegaskan beliau sentiasa percaya terhadap kemampuan pemain terutama dengan jadual padat menanti mereka sepanjang tahun ini.
Perjanjian Gencatan senjata di Gaza dimeterai, mula Ahad ini
Rundingan gencatan senjata telah mencapai persetujuan berperingkat pada Rabu untuk menamatkan perang di Gaza antara Israel dan Hamas.
Malaysia perlu rebut peluang peluang perdagangan luar untuk imbangi halangan perdagangan AS
Malaysia perlu mempelbagai rakan dagangan dan tidak bergantung sepenuhnya kepada sumber perdagangan tunggal, untuk mengukuhkan ekonominya.
PM Palestin seru tindakan tamatkan pendudukan Israel
Mustafa berkata masyarakat antarabangsa mesti ambil tindakan konkrit dan tidak boleh diubah terhadap Israel untuk laksanakan penyelesaian dua negara.
Malaysia, UK optimis peroleh penyelesaian isu Gaza secepat mungkin
Anwar berkata perkara itu dibincangkan semasa pertemuan dengan rakan sejawatnya Sir Keir Starmer di No. 10, Downing Street, London, pada Rabu.
Pengharaman TikTok: Aplikasi RedNote jadi tumpuan pengguna AS
Pengguna di China mengalu-alukan pengguna baharu dari Amerika Syarikat dan bertukar pendapat mengenai topik seperti makanan dan pengangguran belia.
AS tegaskan semula sokongan untuk Korea Selatan, puji usaha tegakkan perlembagaan
Jurucakap Majlis Keselamatan Negara Rumah Putih mengeluarkan kenyataan, menegaskan semula komitmen teguh Amerika terhadap Korea Selatan.
Tiga rakyat China dipenjara 7 tahun, terlibat aktiviti perlombongan haram
Cheng Chang Fu, Wan Ling Wu dan Cheng Hai-Yan juga dikehendaki membayar denda bersamaan $600,000 serta disenarai hitam daripada memasuki negara itu secara kekal.
PM Thailand jadi sasaran 'scammer' guna AI
Paetongtarn mendedahkan bahawa beliau hampir terpedaya dengan penipuan itu, apabila seorang penyamar menggunakan suara pemimpin berkenaan dan mendakwa beliau gagal membuat sumbangan tertentu.
10,000 daripada hampir 30,000 calon tidak duduki SPM 2022 daftar ulangan
Sebanyak 10,000 daripada hampir 30,000 calon yang tidak menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 telah mendaftar untuk ulangan peperiksaan itu pada tahun ini.
1,106 calon SPM 2022 di Perak tidak duduki peperiksaan - Exco
Menurut Khairudin, isu keciciran pelajar SPM bukan berlaku pada 2022 sahaja tetapi berlarutan setiap kali ia dilaksanakan sebelum ini.
Ibu kepada pelajar 11A meninggal dunia
Tuan Faridah Tuan Ismail menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 8.40 malam.
21 klien AADK lulus SPM
Kesemua klien yang lulus SPM 2022 berpeluang untuk melanjutkan pelajaran ke tahap lebih tinggi seperti di IKM, ILP, IKBN, GiatMara dan politeknik.
Prestasi SPM 2022: Mata pelajaran Sejarah tunjuk prestasi tertinggi
Mata pelajaran Sejarah menunjukkan peningkatan prestasi tertinggi, iaitu sebanyak 0.23 mata.
Keputusan SPM 2022: Lebih 10,000 calon peroleh semua A
Keputusan Gred Purata Nasional bagi SPM tahun 2022 dilaporkan lebih baik daripada tahun 2021, dengan gred purata 4.74 berbanding 4.86 pada tahun 2021.
PM ucap selamat maju jaya kepada calon SPM 2022
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan selamat maju jaya kepada calon yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 mulai esok.
'Perkahwinan Idaman' soalan lisan SPM 2022: 'Topik aneh bukan sesuatu baharu' - Presiden PAGE
Terdahulu, topik 'Perkahwinan Idaman' bagi ujian lisan pelajar SPM 2022 mengundang reaksi kurang senang dalam kalangan warganet.
'Perkahwinan Idaman' soalan lisan SPM 2022: Bukan saya mahu pertikai silibus...' - Dr Sheikh Muszaphar
Dr Sheikh Muszaphar, berkata terdapat banyak lagi topik lagi yang boleH dijadikan sebagai perbincangan untuk menilai tahap kecerdasan minda.