DALAM beberapa hari lagi genap setahun Laporan Jawatankuasa Khas Mengenai Penambahbaikan Sistem dan Undang-undang Pilihan Raya (ERC), yang dihasilkan dalam tempoh dua tahun sebagaimana dimandatkan oleh kerajaan, telah diserahkan kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Laporan itu terdiri daripada 49 syor. Sejumlah daripada syor-syor itu memerlukan pindaan Perlembagaan Persekutuan dan juga Perlembagaan Negeri bagi membolehkan satu perubahan yang menyeluruh dapat diperkenalkan bagi memperkasakan sistem dan undang-undang pilihan raya di negara ini.
Ketika itu, ramai yang bertanya sama ada syor-syor yang dikemukakan oleh ERC boleh dilaksanakan.
ERC sendiri ada menggariskan bahawa sejumlah syor yang disyorkan memerlukan sokongan dua pertiga, terutama yang melibatkan pindaan Perlembagaan Persekutuan dan Negeri.
Malah ada beberapa pihak mengatakan adalah mustahil untuk membawa pindaan yang digariskan sekiranya ia melibatkan pindaan perlembagaan atas alasan kerajaan tidak ada majoriti dua pertiga.
Jawapannya, ia boleh dilakukan dan dengan mudah boleh dilakukan.
Ia boleh dilakukan dengan syarat kesemua wakil dewan perundangan bersetuju demi kepentingan rakyat dan negara.
Tidak ada apa yang mustahil.
Parlimen dan Dewan-dewan Undangan Negeri pernah menyaksikan kesatuan suara wakil rakyat dalam memberikan sokongan kepada pindaan dalam perkara-perkara tertentu pada masa-masa lalu.
Paling dekat dengan garis masa hari ini adalah pindaan Perlembagaan Persekutuan pada Julai 2019 bagi membolehkan had umur untuk menjadi pengundi dan calon diturunkan daripada 21 tahun kepada 18 tahun.
Pindaan itu telah diluluskan dengan sokongan kesemua anggota Dewan Rakyat sebelah blok pemerintah dan pembangkang ketika itu.
Kedudukan blok itu berubah pada Mac 2020, seperti yang disaksikan pada hari ini.
Malah, Parlimen pernah mengundi dengan sokongan wakil rakyat merentasi parti dalam isu yang menyentuh isu Palestin.
Mengambil kira pengalaman-pengalaman lalu, anggota dewan perundangan pernah bersatu suara dalam menyatakan pendirian dan sokongan dalam banyak perkara yang melibatkan pindaan undang-undang dan bukan undang-undang.
Maka tidak mustahil untuk para Yang Berhormat mengetepikan persefahaman politik demi kepentingan rakyat yang mengundi mereka dalam setiap pilihan raya.
Pada Jumaat lalu, Muhyiddin dalam ucapan khas telah menawarkan tujuh cadangan rangka persefahaman merentasi parti.
Beliau menjemput pimpinan parti politik dari luar Perikatan Nasional (PN) untuk berbincang mengenai tawarannya minggu ini, dan beliau bersedia mendengar pandangan semua pemimpin politik.
Antara tawaran itu termasuklah peruntukan kepada Ahli-ahli Parlimen.
Juga diumumkan bahawa atas semangat kerjasama bipartisan di Parlimen dan keperluan untuk memperluaskan bentuk-bentuk bantuan kepada rakyat dalam situasi pandemik, semua Ahli Parlimen akan menerima peruntukan tahunan yang sama tanpa mengira parti politik.
Dalam pada itu, jika kerajaan berjaya mendapatkan sokongan bipartisan di Dewan Rakyat dan Dewan Negara yang melebihi majoriti dua pertiga, Rang Undang-Undang (RUU) Pindaan Perlembagaan untuk mengehadkan tempoh jawatan perdana menteri kepada dua penggal sahaja dan RUU Antilompat Parti akan digubal.
Kerajaan juga telah bersetuju untuk melaksanakan Undi 18 tanpa menunggu pelaksanaan pendaftaran automatik yang akan mengambil masa dan bagi tujuan itu, RUU Pindaan Perlembagaan akan dibentangkan di Parlimen.
Muhyiddin juga memaklumkan kerajaan juga akan memperkukuhkan reformasi Parlimen dengan memastikan jumlah Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang yang menganggotai Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) adalah lebih seimbang.
Jumlah Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen juga boleh ditambah untuk memastikan semua Ahli Parlimen dapat memainkan peranan semak dan imbang yang lebih berkesan menerusi penglibatan mereka dalam jawatankuasa ini.
Sebagai pengiktirafan kepada peranan semak dan imbang di Parlimen, 50 peratus PSC akan dipengerusikan oleh Ahli Parlimen kerajaan dan 50 peratus lagi oleh Ahli Parlimen pembangkang.
Malah, kata beliau, RUU termasuk RUU perbekalan yang akan dibentangkan di Parlimen akan dirundingi terlebih dahulu dengan semua Ahli Parlimen.
Setiap RUU hanya akan dibentangkan sekiranya mendapat sokongan majoriti Ahli Parlimen.
Dalam pada itu, sebagai pengiktirafan kepada peranan parti pembangkang yang mempunyai jumlah perwakilan yang hampir seimbang di Dewan Rakyat, Ketua Pembangkang akan diberikan saraan dan kemudahan setara Menteri Kanan.
Dalam ucapan khas kali ini, Perdana Menteri juga membuat akujanji bahawa Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 akan diadakan selewat-lewatnya pada penghujung Julai tahun hadapan, untuk membolehkan kerajaan terus berfungsi pada waktu pandemik dengan sokongan bipartisan di Parlimen.
Tawaran ini selari dengan saranan ERC yang mengesyorkan supaya notis mengadakan PRU dikeluarkan lebih awal, misalnya enam bulan sebelum pembubaran dewan perundangan disyorkan, sebagaimana diamalkan di beberapa negara.
Tidak dapat dinafikan perkara -perkara yang ditawarkan oleh Muhyiddin adalah sesuatu menarik, ia wajar disegerakan memandangkan perkara seperti ini sudah lama diketengahkan oleh banyak pihak, sama ada parti-parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan.
Kini adalah masa untuk perkara dan amalan itu diinstitusikan secara formal supaya sesiapa sahaja yang diberikan mandat untuk menerajui kerajaan, sama ada di peringkat pusat ataupun negeri, meneruskan tradisi pembabitan wakil pembangkang dan kerajaan dalam menentukan pengisian RUU dan menerima sokongan dua pertiga jika melibatkan pindaan Perlembagaan Persekutuan dan Negeri.
Ini adalah mengenai masa depan negara, bukannya satu-satu individu atau parti.
Parti politik dan wakil rakyat hanya meneruskan 'jentera pentadbiran' yang merealisasikan harapan rakyat dan pengundi menerusi platform Parlimen atau Dewan Undangan Negeri.
Langkah yang diambil Perak dan Johor dalam membawa kesemua wakil rakyat dalam sesi perbincangan kolektif perlu dijadikan model amalan jangka panjang bagi memperkasakan semangat demokrasi di Malaysia.
Kita perlu memberi imej baharu mengenai amalan demokrasi. Kita perlu meninggalkan pendekatan dan kaedah lama.
Sudah tiba masa bagi parti-parti politik dan mereka yang dipilih sebagai anggota dewan perundangan, tidak kira peringkat persekutuan ataupun negeri, mengambil langkah ke arah amalan politik profesional, dengan mengutamakan kepentingan rakyat.
Apa yang berlaku kebelakangan ini menunjukkan ahli-ahli politik boleh bersatu sekiranya mereka beriltizam untuk berbuat demikian; bukannya membangkang atau menolak satu-satu undang-undang atau dasar atas pendirian mahu menolak atau membantah.
Kita perlu mengamalkan politik rasional yang mengutamakan kepentingan dan kebajikan pengundi dan rakyat keseluruhan.
Atas pendirian ini, saya yakin bahawa syor-syor yang digariskan oleh ERC dan pandangan yang dikemukakan oleh pelbagai pihak, sama ada orang persekorangan ataupun pertubuhan sivil, akan dibahaskan dengan bernas, rasional dan secara membina di dewan perundangan untuk membawa lebih banyak faedah dan manfaat kepada rakyat.
Ini perlu dilakukan, tidak kira siapa yang memerintah. Rakyat akan kekal menyokong sekiranya mandat dan kepercayaan rakyat terus dihargai.
Segala perkembangan sejak tiga tahun lalu telah menyediakan satu gambaran umum yang kukuh kepada rakyat untuk memilih kerajaan yang terbuka kepada idea dan pandangan yang pelbagai bagi membawa negara ke hadapan.
Banyak perkembangan sosiopolitik sejak selepas PUR-14 perlu dijadikan kajian kes bagi memperbaiki sistem dan undang-undang negara, terutama yang berkaitan dengan pilihan raya.
Di kesempatan ini, diharap kesemua syor yang dikemukakan oleh ERC akan direalisasikan dengan pembabitan kesemua parti.
Kita perlu ada proses keterlibatan bersama yang konstruktif. Segalanya ada mengenai sejauh mana kita utamakan proses keterlibatan bersama dalam komunikasi politik.
Kita perlu mewujudkan persekitaran politik yang matang dan tidak berdendam sepanjang hayat, sebaliknya perlu lebih profesional dalam membawa anjakan baharu lagi dinamik bahawa kepentingan rakyat dan negara perlu diutamakan senantiasa.
Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan!
Kemahuan kita adalah harapan dan kepentingan rakyat. Maka, jika ia wujud dan diutamakan oleh ahli politik, iltizam yang kuat akan membuka jalan ke arah itu.
G Manimaran merupakan perunding media dan komunikasi, dan penulis bersama buku "Pilihan Raya Demokrasi Malaysia: Tanding, Pilih, Menang dan Tadbir".
Kenyataan di dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan Astro AWANI.
G Manimaran
Sun Aug 15 2021

Parlimen dan Dewan-dewan Undangan Negeri pernah menyaksikan kesatuan suara wakil rakyat dalam memberikan sokongan kepada pindaan dalam perkara-perkara tertentu pada masa-masa lalu. -Gambar fail
Trump dakwa capai perjanjian dengan Ukraine
Presiden Donald Trump berkata pada Sabtu bahawa Amerika Syarikat telah menutup perjanjian dengan Ukraine mengenai perkongsian hasil daripada galian Ukraine sebagai sebahagian daripada usaha menamatkan perang
12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Seramai 12 individu termasuk tiga kanak-kanak dan seorang bayi perempuan terperangkap dalam lif di sebuah hotel di sini pada Sabtu.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

EPL: Sensasi Asensio buat Chelsea gigit jari
Asensio menjaringkan gol kemenangan Villa pada minit ke-89 hasil kesilapan penjaga gol Chelsea, Filip Jorgensen.

Saya kehilangan sahabat baik - MB Perak
Menurutnya, secara peribadi hubungan mereka baik sejak sebelum Allahyarham menjadi Ketua UMNO Bahagian Tapah pada 2018.

Muhammad Kamil akan umum keputusan tanding Ketua AMK
Katanya, walaupun kesemua 14 AMK negeri telah nyatakan sokongan terhadapnya, beliau perlukan sedikit masa untuk mempertimbangkannya.
#AWANIRingkas 23 Februari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 23 Februari 2025
1️⃣ Kesihatan tebusan Israel yang dibebaskan dalam keadaan baik
2️⃣ Pope Francis kritikal setelah kesihatan merosot
3️⃣ Trump dakwa capai perjanjian hasil galian dengan Ukraine
#awaniringkas
1️⃣ Kesihatan tebusan Israel yang dibebaskan dalam keadaan baik
2️⃣ Pope Francis kritikal setelah kesihatan merosot
3️⃣ Trump dakwa capai perjanjian hasil galian dengan Ukraine
#awaniringkas

Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning diserah Selasa - Speaker
Speaker Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid berkata, ia akan dibuat selepas urusan kematian Allahyarham selesai.

EPL: Arsenal kian menjauh daripada kejuaraan
Aksi tidak kemas Arsenal dalam perlawanan kali ini dihukum Jarrod Bowen yang menanduk masuk lintangan Aaron Wan-Bissaka sebelum separuh masa.

Pasaran bunga terbesar Asia saksikan perniagaan berkembang dalam 2024
Dengan nilai transaksi 11.57 bilion yuan, pasaran itu mendahului dalam jumlah serta nilai dagangan bunga negara 25 tahun berturut-turut.

Senator Datuk Salehuddin Saidin dilantik Pengerusi MAIS baharu
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan melantik Senator Datuk Salehuddin Saidin sebagai Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) baharu berkuat kuasa 1 Mac.

KPKT cadang khidmat masyarakat sehingga 12 jam kesalahan buang sampah - Nga
KPKT bercadang untuk melaksanakan perintah khidmat masyarakat sehingga 12 jam bagi kesalahan pembuangan sampah kecil melalui pindaan undang-undang.

Pembukaan Parlimen Isnin ini, titah Agong tumpuan utama
Seri Paduka Baginda dijadual menyampaikan titah ucapan diraja itu bagi perasmian kedua-dua dewan iaitu Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

Korea Selatan: Yoon dipindahkan ke sel persendirian di Pusat Tahanan Seoul
Presiden Korea Selatan Yoon Suk Yeol dipindahkan ke sel persendirian di Pusat Tahanan Seoul selepas ditahan secara rasmi hujung minggu lalu, menurut seorang pegawai penjara pada Isnin.

Dua pemimpin UMNO angkat sumpah Senator hari ini
Dua Ahli Dewan Negara mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah, di Dewan Negara, hari ini.

Mahkamah Perlembagaan Korea Selatan mulakan pra-perbicaraan ke atas Presiden Yoon
Mahkamah Perlembagaan Korea Selatan memulakan sesi pra-perbicaraan pertama pada Jumaat membabitkan Presiden Yoon Suk-yeol.

Institusi kewangan sekat RM302 juta transaksi tidak sah, mencurigakan setakat Sept 2024
Institusi kewangan dalam negara berjaya menyekat sejumlah RM302 juta transaksi tidak sah dan mencurigakan setakat September lepas.

288,000 ahli KWSP daftar caruman melebihi kadar 11 peratus - Lim
Seramai 288,000 ahli KWSP telah mendaftar untuk membuat caruman pekerja melebihi kadar berkanun sebanyak 11 peratus setakat Oktober 2024.

10 set tren ETS baharu dijangka beroperasi suku pertama 2025 - Hasbi
Kerajaan telah memperoleh 10 set tren elektrik (ETS) baharu yang dijangka memulakan operasi pada suku pertama tahun hadapan, kata Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Hasbi Habibollah.

Dewan Negara luluskan lima RUU berkaitan aktiviti perniagaan di Labuan
Dewan Negara hari ini meluluskan lima rang undang-undang (RUU) di bawah Kementerian Kewangan berkaitan aktiviti perniagaan di Labuan.