KUALA LUMPUR: Kerajaan digesa mempertimbangkan pilihan raya bagi memecat wakil rakyat atau recall election bagi menghalang mereka yang lompat parti, kata Datuk Seri Azalina Othman Said.
Ahli Parlimen Pengerang itu berkata, recall election merupakan mekanisme yang membolehkan rakyat menarik balik mandat yang diberikan kepada wakil rakyat sekiranya seseorang itu melompat parti.
Dengan ini, katanya, ia membolehkan pilihan raya kecil diadakan semula di kawasan tersebut untuk membolehkan rakyat memilih wakil rakyat yang baharu.
Dalam ciapan terbaharunya pada Ahad, beliau yang juga bekas Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat itu, membangkitkan mengenai Akta Mencegah Lompat Parti dengan sembilan persoalan.
Berikut adalah perincian lanjut sembilan persoalan itu:
1. Apa itu Akta Mencegah Lompat Parti?
Akta Mencegah Lompat Parti adalah undang-undang yang akan menghalang wakil rakyat yang telah diberikan mandat oleh rakyat (pengundi) sewaktu pilihan raya daripada ‘melompat dengan kerusinya’ ke parti politik lain selepas menang kerusi pilihan raya tersebut. Pada masa ini, tidak ada undang-undang yang mencegah seseorang itu dari melompat ke parti politik yang lain kerana hak ini dipelihara di bawah Perkara 10, Perlembagaan Malaysia.
2. Kenapa lompat parti sesuatu sikap yang tidak profesional?
Perbuatan ini mengganggu imbangan kuasa wakil rakyat (ahli Parlimen) di Dewan Rakyat yang membuat undang-undang, kelangsungan kerajaan dan Demokrasi Berparlimen.
3. Apakah akibat lompat parti yang paling besar di Malaysia?
Ibaratkan lompat katak yang sentiasa lompat tidak kira masa dan tempat, lompat parti wakil rakyat menjadikan politik kucar kacir dan kepentingan rakyat diabaikan.
4. Apakah contoh jenis cara kejadian lompatan parti?
a) Tinggalkan parti politik atau dibuang dari Parti tersebut.
b) Parti Politik tersebut diharamkan atau dibuang pendaftarannya.
c) Tidak ikut cakap atau arahan parti politik dan mengambil pendirian sendiri di dalam keputusan mengundi dalam Dewan Perundangan.
5. Apakah Objektif Akta Mencegah Lompat Parti?
a) Untuk memelihara semangat demokrasi dengan mengelakkan mandat rakyat digadai untuk kepentingan pelompat dan biar rakyat menentukan sama ada 'pelompat' boleh kekalkan kerusinya.
b) Untuk mengurangkan kejutan kepada keseimbangan kuasa dan kemelut antara semua parti politik.
6. Apakah salah satu cara untuk menghalang lompatan parti ini?
Salah satu kaedah yang boleh diambil dalam Akta Mencegah Lompat Parti ialah memperkenalkan pilihan raya untuk memecat wakil rakyat' (Recall Election). Recall Election merupakan mekanisme yang membolehkan rakyat menarik balik mandat yang diberikan kepada wakil rakyat sekiranya mereka melompat parti, dan pilihan raya kecil akan diadakan semula di kawasan tersebut untuk memilih wakil rakyat baharu.
7. Apakah itu Pilihan Raya Bermandat untuk Parti (Elections with Mandate for Parties)?
Pilihan Raya Bermandat untuk parti adalah satu mekanisme di mana rakyat akan mengundi berdasarkan pilihan parti politik dan bukannya individu. Parti akan memenangi kerusi berdasarkan peratusan keseluruhan undi yang diperolehi. Ini perlukan perubahan sistem pilihan raya.
8. Apakah yang dimaksudkan dengan Confidence and Supply Agreement?
Confidence and Supply Agreement (Perjanjian Percaya dan Pembekalan) merupakan satu persetujuan yang di buat antara pihak kerajaan (biasanya kerajaan minoriti) dan pembangkang, di mana pembangkang bersetuju untuk menyokong kerajaan atau sekurang-kurangnya berkecuali atas undian kepercayaan, ketidakpercayaan, belanjawan dan penerimaan titah Raja.
9. Apakah itu Pemerkasaan Blok Pembangkang dan Ahli Parlimen Kerajaan Bukan Menteri (Empowerment of Oppositions and Government Backbenchers)?
la merupakan satu usaha untuk memperkasakan dan menjaga kepentingan wakil-wakil rakyat yang bukan dari kalangan menteri kabinet dan timbalan menteri untuk memastikan wakil-wakil rakyat ini tidak melompat parti atas janji untuk diberikan pangkat dan harta.
Umavathi Ramayah
Sun Aug 29 2021

Azalina Othman Said berkata, recall election merupakan mekanisme yang membolehkan rakyat menarik balik mandat yang diberikan kepada wakil rakyat sekiranya seseorang itu melompat parti. - Gambar fail/BERNAMA

Pelajar Tingkatan Satu maut dirempuh lori selepas turun bas
Supt Mohammad Shofee Tayib berkata, laporan mengenai kejadian itu diterima daripada orang awam pada jam 7.45 petang.

Nurfakhira ditemui selamat di rumah nenek rakan lelaki
ACP Bahrin berkata, remaja berkenaan ditemui dalam keadaan baik di rumah nenek rakan lelakinya.

3 bas meletup di Tel Aviv, polis Israel tuduh pengganas
Dua butir bom turut ditemukan dalam bas yang berasingan berjarak kira-kira 500 meter antara satu sama lain.

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im
JK HARMONI mencari jalan dan memberikan pandangan kepada kerajaan tentang kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.

Petronas buat bayaran tunai lima peratus jika petroleum didapati dan diperoleh di Terengganu
Petronas hanya membuat pembayaran tunai lima peratus kepada kerajaan negeri Terengganu sekiranya petroleum didapati dan diperoleh di negeri itu.

Parlimen: Kerugian penipuan dalam talian cecah RM2.4 bilion
Dewan Rakyat dimaklumkan jumlah kerugian akibat penipuan dalam talian mencecah RM2.65 bilion sejak 2022 hingga Jun tahun ini.

Mary Lim dilantik Pengerusi Jawatankuasa Protem Penubuhan Mahkamah Timbang Tara AIAC
Mary Lim Thiam Suan dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Protem bagi penubuhan Mahkamah Timbang Tara, Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia (AIAC) Malaysia.

Format baharu pengisytiharan harta dikuatkuasakan dalam masa terdekat
Pengisytiharan harta bagi anggota pentadbiran dan ahli Parlimen yang dicadangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Tatakelola Nasional akan dikuatkuasakan menggunakan format baharu.

RCI Batu Puteh tidak boleh hukum mana-mana pihak - Azalina
RCI untuk mengkaji pengendalian kes kedaulatan Pulau Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan tidak boleh menghukum mana-mana pihak.

Pindaan kembalikan Akta Perkhidmatan Parlimen 90 peratus siap - Azalina
Akta Perkhidmatan Parlimen antaranya akan memberi kuasa autonomi kepada pentadbiran dan kewangan Parlimen.

Malaysia tidak layan tuntutan remeh United Tausug Citizens ke atas Sabah - Azalina
Malaysia tidak melayan sebarang bentuk tuntutan remeh oleh kumpulan digelar sebagai United Tausug Citizens (UTC) ke atas Sabah.

Kertas Pandora: Tiada pilih kasih, SPRM siasat semua nama yang tersenarai - Azalina
SPRM bertindak mengikut undang-undang, peraturan dan bebas menyiasat tanpa sebarang campur tangan atau pengaruh daripada pihak luar, tegas Azalina.

Kerajaan kaji perluas skop perlindungan Seksyen 3 Akta 792 - Azalina
Kerajaan sedang menjalankan kajian sewajarnya bagi memperluas skop perlindungan di bawah Seksyen 3 Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 (Akta 792).

Reformasi pengasingan kuasa Peguam Negara, Pendakwa Raya proses yang panjang - Azalina
Reformasi pengasingan kuasa antara Peguam Negara dan Pendakwa Raya merupakan satu proses yang panjang.