Kegiatan perkhemahan dan pendakian gunung yang melibatkan aktiviti bermalam sama ada dilakukan secara persendirian atau berkeluarga sudah dibenarkan.
Bernama melaporkan, bagaimanapun bilangan individu yang bermalam dihadkan kepada 50 peratus daripada kapasiti maksimum sesebuah tapak perkhemahan.
Pengarah Forest Eco-Park dan Hutan Taman Negeri, Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia, Mohd Yussainy Md Yusop berkata perkara itu antara langkah penambahbaikan prosedur operasi standard (SOP) terkini.
Ia membabitkan pengunjung yang berkunjung ke Taman Eko Rimba dan Hutan Taman Negeri sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).
"Contohnya, kapasiti tapak perkhemahan di Sungai Pauh, Cameron Highlands ditetapkan seramai 70 orang sahaja berbanding kapasiti penuh 150 orang, begitu juga aktiviti berkelah dan berkhemah di Taman Eko Rimba Komanwel, Rawang ditetapkan seramai 100 orang dalam satu-satu masa berbanding kapasiti maksimum 250 orang.
"Pada masa sama, Jabatan Perhutanan Negeri juga boleh menetapkan syarat tambahan agar semua SOP yang diluluskan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dipatuhi termasuk pemakaian pelitup muka semasa menjalankan aktiviti reakreasi statik (pergerakan setempat) dalam hutan," katanya kepada Bernama baru-baru ini.
Justeru katanya, setiap pengunjung perlu membuat permohonan terlebih dahulu sekiranya mahu menjalankan aktiviti di Taman Eko Rimba dan Hutan Taman Negeri melalui sistem permohonan dalam talian atau mendapatkan permit masuk terus melalui Jabatan Perhutanan Negeri.
Mohd Yussainy berkata bagi aktiviti reakreasi dinamik seperti 'merentas hutan' dan pendakian gunung pula, pendakian harus dilakukan dengan mengamalkan jarak tiga meter antara setiap pendaki selain mengekalkan nisbah lima pendaki bagi setiap seorang malim gunung.
Sementara itu, beliau berkata aktiviti sukan lasak seperti "motorcross", "ATV," basikal bukit, "rock climbing", luncur layar serta aktiviti tali seperti menakik turun dan daki tembok yang sebelum ini dilarang juga telah dibenarkan.
Turut dibenarkan ialah majlis keramaian yang tidak melebihi 20 orang dalam satu kumpulan, sewaan perkhidmatan rumah bot dengan kapasiti tidak melebihi 50 peratus dan penganjuran kursus atau latihan teknikal jabatan, katanya.
"Harus diingatkan setiap pengendali, penggiat aktiviti lasak atau pengunjung mestilah mematuhi SOP terkini antaranya, memastikan penjarakan fizikal sekurang- kuranganya satu hingga tiga meter selain mewajibkan pemakaian pelitup muka dan digalakkan menggunakan peralatan sendiri," katanya.
-- BERNAMA
Agensi
Sun Aug 09 2020

Kebenaran aktiviti perkhemahan itu antara langkah penambahbaikan prosedur operasi standard (SOP) terkini. -Gambar hiasan
AWANI Pagi: Meniti populariti di negara ASEAN kerana masakan Melayu
Bersama dua pempengaruh masakan di Selatan Thailand, Salee Style dan Chef Farn berkongsi bagaimana jambatan budaya menerusi bahasa Melayu dan masakan tradisi Melayu menjadikan kedua-duanya popular di platform media sosial di negara ASEAN sehingga meraih jutaan pengikut. Ikuti perkongsiannya, 7:30 pagi Sabtu.
AWANI Pagi: Sukan ekstrem | Pelancongan bagi mereka yang gemar aktiviti mendebarkan
Pelancongan sukan lasak menawarkan pengalaman mendebarkan meneroka pelbagai jenis laluan mencabar yang bersesuaian untuk penggemar adrenalin yang ingin menikmati keindahan alam semula jadi sambil menguji ketangkasan dan keberanian mereka. Saksikan AWANI Pagi meneroka sektor pelancongan ini.

FAM perkenal bekas pemain kebangsaan Australia selaku penolong jurulatih Harimau Malaya
Tugas utama Miligan sudah pastinya membantu Cklamovski mempersiapkan pasukan menjelang aksi pertama pusingan ketiga kelayakan Piala Asia 2027.

Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat tarawih
Larangan ini diumumkan oleh Kementerian Urusan Islam, Dakwah dan Bimbingan Arab Saudi baru-baru ini.

Penunjuk perasaan lanjutkan protes 'Indonesia Gelap' lawan dasar Prabowo
Ratusan mahasiswa dan aktivis turun ke jalan di beberapa bandar utama pada Jumaat dalam protes digelar sebagai -Indonesia Gelap-.

Hamas siasat silap serah mayat tebusan, Netanyahu berang
Hamas sedang menyiasat kemungkinan kesilapan dalam mengenal pasti mayat yang diserahkan kepada Israel di bawah perjanjian gencatan senjata.
Sidang Kemuncak Pemimpin Arab bermula di Riyadh
Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman menjadi tuan rumah bagi sidang kemuncak peringkat tinggi di Riyadh pada Jumaat.
Perbincangan baik dengan Putin, tapi tidak Ukraine - Trump
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, berkata beliau telah mengadakan perbincangan yang “sangat baik” dengan Presiden Rusia, Vladimir Putin.
Penunjuk perasaan lanjutkan protes lawan dasar Prabowo
Ratusan mahasiswa dan aktivis turun ke jalan di beberapa bandar utama pada Jumaat dalam protes digelar sebagai “Indonesia Gelap”.
Hamas siasat silap serah mayat tebusan, Netanyahu berang
Hamas sedang menyiasat kemungkinan kesilapan dalam mengenal pasti mayat yang diserahkan kepada Israel di bawah perjanjian gencatan senjata.

Lelaki dihanyutkan arus deras ditemukan lemas
Mangsa ditemui pada jam 6.38 petang selepas tiga hari operasi mencari dan menyelamat dilakukan.

Remaja lemas ketika mandi bersama rakan di Air Terjun Pecah Batu
Dalam kejadian itu, mangsa Muhammad Aqif Mikhail Ali Arafat, 15, dikatakan mandi di sungai berkenaan bersama beberapa rakannya.

Dua penuntut IPT lemas ketika mandi air terjun
Bomba menerima maklumat daripada orang awam memaklumkan tujuh lelaki dewasa yang juga penuntut IPT di Kuantan, Pahang mandi di kawasan itu.

Mayat mangsa tragedi kepala air di Kampung Sebat ditemui
Mayat mangsa ditemui tersangkut di celah-celah batu di kawasan air terjun tersebut oleh penduduk kampung.

Kepala air: Seorang maut, seorang hilang di air terjun Kampung Sebat
Insiden tersebut melibatkan empat mangsa yang kesemuanya lelaki dengan dua daripada mereka berjaya diselamatkan orang kampung.

Remaja lemas mandi di Air Terjun Lipur Sungai Pandan
Mangsa dikatakan mandi bersama empat rakan sekitar 1.30 tengah hari sebelum dia didakwa terkapai-kapai meminta tolong.

Remaja mati lemas ketika mandi air terjun
Mohd Syaiful Romeo, 18, dibawa keluar dari lokasi kejadian oleh pihak bomba sebelum mangsa disahkan telah meninggal dunia oleh pasukan perubatan.

Bomba kenal pasti 93 kawasan berisiko kepala air
Selain kawasan air terjun, sungai dan pantai juga menjadi lokasi pemantauan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Orang ramai diminta peka dengan sebarang perubahan keadaan, paras ketinggian air
Perubahan ini merupakan antara indikator untuk mengesan sebarang kemungkinan bahaya yang boleh berlaku.

Lelaki parah terjatuh ketika mandi di air terjun
Seorang lelaki parah selepas tergelincir dan jatuh pada ketinggian lebih 15 meter di kawasan air terjun Seri Perigi, pada Rabu.